TBAP!! 24

10.4K 304 18
                                    

Rayyan dan Rayqal melangkah masuk ke dalam rumah.
Untung,masih tiada tanda-tanda yang mama dan papa mereka sudah balik.Kalau tak..memang penat kena menjawab,dan rahsia antara Rayyan dan Rayqal akan terbongkar.

"Rayqal pergi mandi dulu,bersihkan badan yang melekit tu.Lepas tu baru boleh tengok TV.Ok??"

Rayqal mengangguk bersetuju.

"Abang Yyan pun dah bushuk la.Oh ya,nanti abang Yyan jadi imam boleh??kita tak solat Maghrib lagi ni.."tanya Rayqal.

"Erk..."

"Please abang Yyan...hm.."pujuk Rayqal sambil tangannya disatukan dan didekatkan di dada.Mata,pfft..habis besar dibuatnya.

"Erk..o.k,nanti masuk bilik abang Yyan."arah Rayyan.

"Ok captain.!!"

"Jap,abang panggil Mak Kiah tolong Rayqal."

Mak Kiah merupakan pembantu rumah yang baru.Dia bekerja selama 24 jam dek kerana Mak Nab yang terpaksa bekerja di siang hari sahaja.

Usai memberi salam,Rayyan terus menadahkan tangan.Entah kenapa,timbul rasa penyesalan dan rasa bersalah dalam dirinya.

"Ya Allah Ya Tuhanku,Ampunkanla dosaku Ya Allah,dah bertahun-tahun aku meninggalkan kewajiban ini Ya Allah,layak ke aku untuk memohon keampunan darimu Ya Allah.Bantu la aku Ya Allah,bantu aku untuk menemui jalan yang lurus."

Rayyan bukannye tak tahu solat,malah setiap bacaan dalam solat dia mampu ingat,cuma dulu dia malas.

"Amin!!"

Usai mengaminkan doa,Rayqal terus bersalam dengan abangnya itu.Setelah itu,Rayqal segera keluar dari bilik itu dan bergegas menuju ke ruang tamu.Kenapa??sebab mama dan papanya dah balik.

Setelah Rayqal keluar,Rayyan berdiri dan berjalan ke arah cermin yang ada di dalam biliknya itu.

Ditenung wajahnya sendiri.

"Lama...sejak mama mati,aku..aku tak pernah pakai macam ni lagi.."ujar Rayyan seorang diri sambil tangan kanannya memegang songkok yang berada di kepalanya.

Tiba-tiba rasa menyesal kuat menghimpitnya.

"Aku jauh Ya Allah,sangat jauh dari kau..Aku akan cuba baiki diri aku slow-slow.."ujarnya.

Kemudian senyuman sinis pula menghiasi bibirnya.

"Huh!!tu pun lepas aku dapat balas dendam dekat kau Rafieq!!"











Sofia berjalan menuju ke dewan.Rasa berdebar kuat bertandang di hatinya.Almaklum,hari first datang U pada tahun baharu.Nak-nak lagi semester ini merupakan Semester terakhir dia.

"Ika!!"jerit Sofia agak perlahan sambil tangannya dilambai-lambaikan.

Ika yang melihat lambaian itu segera menuju ke arah Sofia.

"Rindunye awak...lama tak jumpa kot.Nasib baik awak 'Whatsapp' saya tau.Kalau tak..see you in court la."ujar Ika.

Eh eh Ika ni,tahu la nak jadi lawyer,janganla loya buruk kat sini.

"Hm..kita ka"

"Eh jomla masuk dewan,taknak lewat in The first day right??"

Belum sempat Sofia menjawab,Ika telah menyampuk,kalau ye pun,bagi la si Sofia ni bercakap dulu.Nasibla dapat sahabat 'Happy Virus' macam Ika ni.








Tengku Rayyan Aiman berjalan menuju ke arah kereta BMWnya yang tersadai elok di halaman rumahnya.

"Rayyan,beg Rayyan ni tertinggal dekat meja makan ni,macam mana la budak ni boleh cuai,dahla nak pergi U,boleh pulak lupa,ish ish.."panjang lebar bebelan Mak Nab.

Walaupun begitu,Rayyan suka akan perangai Mak Nab yang seperti itu,dia berasa seperti dihargai dan disayangi seseorang.

"He..Rayyan lupa la Mak Nab.Nasib baik Mak Nab ingatkan,ni yang sayang ni.."ucap Rayyan sambil tersengih.

"Ha,dah dah,pergi la cepat,nanti lambat pulak kena marah."arah Mak Nab.

"Ish Mak Nab ni,halau nampak."Rayyan pura-pura merajuk.

"Kamu ni,Mak Nab cuma takut kamu lewat aje.."

"Tahu la Mak Nab,I'm joking ok,lagipun Rayyan tak nak and tak boleh lambat,sebab Rayyan ada misi yang penting."balas Rayyan sambil tersenyum sinis.

-TBC-

MISI??MISI APA PULAK SI RAYYAN NI..#SORRY PENDEK..SBB IDEA KERING,SEMUA DAH TUMPAH KAT STUDY..SBB TU,SIS BUAT SPECIAL KAT BAWAH..TURUN JE SIKIT..ni FIRST UPDATE UTK THUN NI KAN??SO ..SLAMAT TAHUN BRU..WALAUPUN DAH BERBELAS HARI..HE..






      Preview NEXT CHAP

"Now,let the mission begin."

"Hai My Wife."

"Apa awak mengarut ni??"

"Huh!!kau ingat aku nak ke kat kau??Aku tipu kau je la."

"You're mine,Forever."







Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now