Setelah hampir 3 tahun belajar di UKM itu,Rayyan,Sofia dan rakan-rakan mereka akhirnya berjaya graduate.
Walaupun dah tak selalu berjumpa,namun mereka masih akan berhubung,kadang-kadang akan berjumpa jika ada masa terluang.
Nak selalu jumpa susah,masing-masing dah sibuk,Ben sambung belajar ke London,Haziq dah kerja dekat syarikat ayahnya,Fakhrul dengan Ika pula dah praktikal untuk jadi peguam.Ika punya pasal la Fakhrul ubah kos last-last sem,nasib pandai cover.Oh,lupa,mereka dah bertunang,sehari selepas mereka graduate.
Mula-mula memang la Ika terkejut,tapi dia terima sebab dia nampak Fakhrul ni ikhlas.Sofia pula dah praktikal sebagai seorang guru.Kalau ada peluang dia sambung belajar dia akan belajar dan sambung master untuk mengejar impiannya sebagai pensyarah.
Rayyan,dia dah bekerja,tapi tak diberitahu kepada Sofia,apa pekerjaannya.
Hari ini Rayyan akan membawa Sofia ke suatu tempat.
"Awak taknak bagitau ke pergi mana ni?hm.??"tanya Sofia sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.Nasib hari ni dia cuti.
"Tak,aku tak akan bagitau,just wait and see."Walaupun banyak perkara dah berubah,namun panggilan mereka masih sama.Apa kisah,panggilan tak penting,yang penting hati dan perasaan.
"Ok,suka hati awak la."Sofia mengalah.
Setelah 15 minit,barulah mereka tiba.
"Dah sampai,jom."ajak Rayyan.
Sofia hanya menurut dan melangkah keluar dari kereta BMW itu,apa yang dilihatnya hanyalah sebuah bangunan yang tersergam indah.
"Kenapa awak bawak saya datang sini?"tanya Sofia pelik.
Tidak membalas,Rayyan hanya menarik tangan isterinya itu supaya mengikuti langkahnya.
Berada di dalam bangunan itu membuatkan Sofia semakin pelik.
Semua yang berjumpa dengan mereka pasti akan menunduk dan menyapa mereka.
Tiba di tingkat 9,mereka melangkah keluar daripada lif dan menuju ke sebuah bilik yang kelihatan seperti pejabat yang besar.
"Silakan,my zaujah."ujar Rayyan sambil membuka pintu bilik itu.
Sofia mengerutkan dahinya namun diikutkan juga kata-kata Rayyan.
"Ha meh,duk kat sofa,aku nak terangkan hal yang sebenar."
Sofia mendudukkan dirinya di atas sofa sebelah Rayyan.
"Ok,macam ni,sebenarnya ni syarikat aku dengan geng aku,kitorang dah lama tubuhkan syarikat ni,em..masa kita tengah study lagi kot.Tapi kau tahu la kan,diorang semua dah buat haluan masing-masing,so takde sape yang nak handle syarikat ni kecuali aku,lagipun saham aku yang paling banyak."
Sofia terpegun,terkejut,ternganga dan semua 'ter'la.
"Oh ya,sebab aku dah ada kerjaya la aku nak kahwin dengan kau dulu.Kalau tak,memang takla,aku taknak isteri aku kebulur."
"Awak.."
"Eh?kenapa kau nak menangis pulak ni?aku ada bu."
Tidak sempat menghabiskan ayatnya,Sofia terlebih dahulu memeluk suaminya itu.
"Terima kasih,terima kasih sebab jadi suami yang sempurna buat saya."ucap Sofia dalam tangisnya.
"Tak,aku yang patut berterima kasih dengan kau,kau datang bawa nur dalam hidup aku.Dah-dah,takmo sedih-sedih ni."balas Rayyan sambil menyapu air mata isterinya itu.
"Papa dengan mama tahu ke?"
"Tahu,sebab tu papa izinkan aku kahwin dengan kau.Orang lelaki kena ada kerjaya dulu,baru boleh kahwin,nak tanggung isteri,anak-anak."

ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...