Prologue

116 15 0
                                    

Hana berjalan menuju ke sebuah kelas. Memandangkan semua guru sedang mesyuarat, bolehlah dia merayau-rayau.

Sampai sahaja dipintu kelas tersebut, dia memanjangkan lehernya mencari kelibat seseorang.

"Aik? Dia pun merayau juga ke?" Hana mengeluh.

"Hana~ kau cari Taehyung ea?" Soal Aeyoung. Keningnya digerak-gerakkan sambil tersengih .

"Haha. Kau ni Aeyoung, macam tahu-tahu je kan? Dia mana?" soal Hana sambil memerhatikan sekeliling ruang kelas itu.

"Ah! tadi aku nam-" Aeyoung terdiam.

Hana masih setia menunggu jawapan Aeyoung.

"Hah! Tu pun dia!" kata Aeyoung spontan apabila ternampak TaeHyung bersama-sama rakan kelasnya yang baru masuk.

Cepat-cepat Hana menoleh. Bibirnya mengukir senyuman.

"Taehyung! "

Jeritan Hana menyebabkan Taehyung serta rakan-rakannya menoleh memandang dirinya.

"Ehem-ehem, tu..pergi la, awek kau panggil tu" kata Jimin sambil menyiku-nyiku lengan Taehyung.

Yang lain ketawa suka melihat wajah Taehyung yang berubah riak.

"Banyak la kau punya awek" Taehyung meluku kepala Jimin.

Berdekah-dekah Jimin ketawa. Taehyung malas mahu melayan rakan sekelasnya lalu mendekati Hana.

"Kau panggil aku ni ada apa?" Mendatar suara Taehyung.

"Pinjam nota Science kau" Hana tersengih

Taehyung merenung Hana tidak berkelip lalu rambut Hana menjadi mangsa kekejaman Taehyung.

"Adoi! Yang kau tarik rambut aku kenapa?" Hana menggosok rambutnya yang ditarik Taehyung sebentar tadi.

"Jangan buat muka macam tu. Hodoh tahu!" Taehyung tersengih.

Hana mencebik. Tangannya dihulur kearah Taehyung.

"Apa?"

"Nota science la. Aku nak pinjam"

"Balik nanti la aku bagi"

"Ala. Tapi aku nak sekarang"

"Ah! tak de tapi-tapi, aku bagi kau balik nanti" Taehyung menyerabutkan rambut Hana sebelum dia beredar ke tempatnya.

"Ish! okay! Balik nanti, aku jumpa kau kat tempat biasa! bye!" Hana terus beredar ke kelasnya.

"Woi! aku ada hal la balik nanti!" Teriak Taehyung. Namun, sia-sia sahaja pekikan Taehyung kerana kelibat Hana sudah tiada.

Taehyung menggeleng kepala dengan kawan baiknya itu.

***

Kringg!

Loceng menandakan tamat sesi persekolahan berbunyi.

Hana terus berlari keluar ke arah taman mini sekolah. Terdapat sepohon pokok sakura disitu. Itulah tempat dia dan juga Taehyung suka melepak. Tempat favoritenya.

"Wah! bunga sakura tengah mekar la!" Hana tersenyum sendirian sebelum terasa seseorang mengetuk kepalanya dengan buku daripada belakang.

"Kau dah kenapa cakap sensorang? " Taehyung memandang Hana yang menggosok kepalanya.

"Ish! Kau ni! kalau tegur elok-elok tak boleh ke? Sakit la gile!"

I Choose YouWhere stories live. Discover now