20

57 11 0
                                    

Hana merenung Mingyu yang memandangnya tidak berkelip. Lalu tangannya dilambai-lambai pada wajah Mingyu.

"Kau kenapa? Okay tak?" Soal Hana khuatir.

"Ah. Em, okay okay. Aku okay." Jawab Mingyu lalu memalingkan wajahnya ke hadapan.

"Kau ni terkejut kenapa?" Hana tergelak kecil.

"Hah? Terkejut? Apa? Aku ke?" Soal Mingyu sambil memandang Hana.

Hana mendengus. Matanya dijulingkan keatas.

"Bagus. Soalan dijawab balik dengan soalan."

Mingyu tersengih lalu mengusap rambut Hana.

"Ah yah! Hajima!" Jerit Hana lalu membetulkan rambutnya.

Mingyu tersenyum sambil merenung Hana.

"Kau kenapa pandang aku camtu?"

"Saje."

Hana mencebik lalu menghulurkan sebungkus sandwich kepada Mingyu.

"Nah. Sedap tau. Nah."

Mingyu mengambil sandwich pemberian Hana lalu menjamahnya.

"Kumawo."

Hana tersengih.

"Uwelcome."

Mingyu menjeling Hana yang sedang mengunyah sandwichnya. Lalu dia berdehem kecil.

"Em, Hana..aku nak tanya sikit boleh?" Soal Mingyu teragak-agak.

"Tanya? Tanya apa?"

"Hari tu, kenapa kau cakap yang kau tak boleh anggap aku..kawan kau?"

Hana terdiam lalu memandang Mingyu. Kemudian dia mengeluh kecil.

"Wae?"

Hana menarik nafasnya.

"Taehyung." Hana tunduk.

"Taehyung? Siapa tu?"

"Kawan baik aku."

"Kenapa dengan dia?" Mingyu duduk menghadap Hana.

"Dia..aku.." Hana menggigit bibirnya.

"Takpe la kalau kau taknak cerita. Aku tak paksa." Mingyu tersenyum nipis.

"Aku suka kat dia." Terang Hana sambil tunduk.

Mingyu memandang Hana dengan wajah yang terkejut. Dia cuma diam dan mendengar sahaja luahan hati Hana.

"Aku sukakan Taehyung. Kawan baik sendiri. Tapi..dia anggap aku ni tak lebih dari kawan. Dia..pernah janji kat aku, yang dia takkan tinggalkan aku." Hana tersenyum kelat.

"Tapi..janji sekadar janji. Dia pindah pastu tak bagi tahu aku. Sejak tu, aku jadi trauma nak kawan dengan lelaki. Aku takut..takut kalau perkara sama berlaku." Hana tunduk. Air matanya mahu menitis tapi ditahannya.

Mingyu mengangguk faham.

"Mian, sebab tanya kau. Aku just curious nak tahu. Mian." Mingyu memandang Hana. Tiba-tiba Hana menangis.

"Yah, janganlah menangis. Mian." Mingyu cuba menenangkan Hana namun esakannya semakin kuat.

"Isk isk isk!"

Mingyu terus memeluk Hana.

"Shu shu..dah dah. Janganlah nangis. Aku takkan sebut pasal dia lagi."

Hana memandang Mingyu.

"Kau..tak salah la. Aku cuma.." Hana tunduk.

Mingyu menyuakan jari kelingkingnya. Hana memandang pelik akan kelakuan Mingyu itu.

"Huh? Waetto?" Hana memandang Mingyu.

"Cepatlah."

"Apa?"

Mingyu terus menarik jari kelingking Hana lalu jari mereka bersatu.

"Kau boleh percayakan aku Lee Hana. Aku..Kim Mingyu, janji yang aku akan jadi kawan yang terbaik untuk Lee Hana. Aku serius." Mingyu tersenyum.

Hana terkedu. Wajah Mingyu yang tenang itu direnungnya.

"Kau tahu tak Hana..kau la perempuan pertama yang buat aku rasa selesa. Kau tak macam perempuan lain. Serius aku cakap." Mingyu tersenyum.

"H-huh?"

"Jadi! Kau harus bersyukur sebab..ada jugak lelaki kacak macam aku ni..yang sudi kawan dengan kau.." Mingyu menyerabutkan rambut Hana.

Hana tergelak.

"Mwoya? Poyo la kau." Hana menolak bahu Mingyu sambil ketawa.

***

Hana memimpin basikal Mingyu melepasi beberapa deretan kedai.

"Mana Mingyu ni? Basikal dia, suruh aku plak yang bawak.." Omel Hana sendirian.

Tiba-tiba, matanya tertangkap klip rambut yang comel. Dia merenung klip tersebut sambil tersenyum sendirian.

Mingyu memandang Hana yang sedang tersenyum. Lalu dia mendekati Hana.

"Kau tengok apa? Khusyuk sangat aku tengok." Mingyu memandang klip rambut tersebut.

Hana menggeleng.

"Anni. Amugeotdo. Nah! Amik basikal kau balik."

Mingyu mencebik. Lalu dia menunggang basikalnya sambil matanya masib tertumpu pada klip rambut tersebut.

"Aku nak naik ni. Tahan tau!" Hana duduk diseat belakang basikal Mingyu.

Kayuhan dimulakan.

"Kau nak ke klip rambut tu?" Soal Mingyu tiba-tiba.

"Huh? Klip rambut?" Hana terdiam sebentar.

"Iye la. Aku tengok kau khusyuk sangat tengok klip rambut tu."

"Boleh la. Em, dah la, cepatlah hantar aku balik. Aku ngantok la." Ucap Hana sambil memeluk pinggang Mingyu.

"Yela."

******

To Be Continued...

Vote lah.

Comment lah.

Juseyo.

I Choose YouWhere stories live. Discover now