15

62 13 1
                                    

"Tula kau, pendek sangat. Hahah."

"Kau tu pun bukannya tinggi sangat! Poyo je!" Orang itu melangkah pergi.

"Eh! Tunggu lah, Hana!" Mingyu mengejar Hana yang semakin jauh.

"Kau nak apa? Aku nak cepat ni." Hana mendengus sambil mengangkat bakul yang berat itu.

"Aku ternampak kau tadi. Pastu, aku ikut lah kau sampai sini. Kau langsung tak perasan ke?" Soal Mingyu sambil mengambil bakul yang dipegang Hana. Hana terkedu apabila Mingyu membantunya membawa bakul yang berat itu.

"Em, kau..ikut aku? Sampai sini?" Wajah Mingyu yang tenang itu, ditenungnya seketika.

"Iye. Kalau ada orang jahat ikut kau sampai rumah, mesti kau tak perasan! Ppabo!" Tutur Mingyu sambil menolak dahi Hana dengan jarinya. Hana mencebik lalu menggosok dahinya.

"Ish kau ni! Dah lah, meh sini, aku nak ke section sayur plak." Hana melangkah ke section sayur sambil diikuti oleh Mingyu dari belakang.

***

Seperti kebiasaannya, Mingyu menunggu Hana diluar rumah untuk ke sekolah bersama-sama.

Hana menapak keluar lalu Terpandang Mingyu yang menunggunya.

"Hai. Lambat kau keluar?"

"Kenapa kau ni asyik-asyik datang rumah aku? Pergi je la sekolah terus." Omel Hana kepada Mingyu sebelum dia melangkah meningkalkan Mingyu.

"Yah! Tunggulah." Mingyu berjalan sambil memimpin basikalnya mendapatkan Hana yang sudah jauh dihadapan.

"Kau ni, tak penat ke jalan kaki? Jom la, aku bonceng kau naik basikal. Laju. Tak de lah penat." Bebel Mingyu kepada Hana.

Hana berhenti berjalan lalu wajah Mingyu ditenung tajam.

"Jom?" Mingyu tersengih.

"Kau ni kenapa? Aku lagi selesa jalan kaki la!"

Mingyu masih memandang Hana tanpa berkelip. Dia kemudiannya menaiki basikalnya.

"Kau ni, aku offer kau, kau taknak pula. Bukan senang tau, pelajar popular ni nak tumpangkan seseorang naik basikal." Mingyu membuat wajah sedih. Matanya dikelipkan beberapa kali untuk meraih simpati Hana.

Hana mengeluh, " okay! Tapi ni last tau! Esok, lusa! Kau tak payah lah jemput aku kat rumah. Aku boleh pergi sekolah sendiri la. Meh beg kau." Kata Hana seraya mendekati Mingyu.

"Beg aku? Buat apa? Beg kau kan ada."

"Eee! Beg kau tu besar sangatlah! Kau tu dah la bawak laju! Sakit tahu muka aku kena pukul dengan beg kau tu! Dah bagi cepat, kalau tak..aku tak nak naik!" Hana menghulurkan tangannya.

"Yela..yela. Jaga beg aku tu elok-elok." Ucap Mingyu akur lalu menyerahkan begnya kepada Hana.

Hana merollingkan matanya lalu mengambil beg Mingyu dan duduk diseat belakang basikal Mingyu sambil tangan kirinya memeluk beg manakala tangan kananya memeluk erat pinggang Mingyu.

Mingyu tersenyum gembira, "aku gerak ni. Pegang kuat-kuat!" Kayuhan dimulakan.

"Yah Mingyu! Perlahan la sikit! Kau bawak laju-laju! Aku buang beg kau! Yah!" Teriak Hana sambil memejamkan matanya.

"HA HA HA! Cuba lah kalau berani! Beg tu mahal!" Kata Mingyu sambil ketawa mengekeh.


***


Mingyu tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada cikgu Kim yang sedang memberi penerangan di hadapan. Matanya melirik memandang lambakan surat cinta yang diletakkan dibawah mejanya. Dia mendengus.

"Okaylah. Saya harap kamu semua faham apa yang saya ajar hari ini. Sampai sini sahaja pembelajaran kita hari ini. Jumpa lagi next class." Cikgu Kim pun melangkah keluar.

"Ah! Boringnya!" Aeyoung mengeliat lalu menoleh memandang Hana.

"Kau ni, rajin sangatlah. Dah..dah..tak payah la buat nota tu."

"Ala, manade rajin."

Aeyoung mencebik lalu terpandang Mingyu yang sedang termenung.

"Mingyu tu kenapa?"

Hana memandang Aeyoung, kemudian memandang Mingyu.

"Aah la. Kenapa dia tu?"

Kring!

Loceng Waktu rehat berbunyi.

"Jom Hana. Lapar."

Hana masih lagi memandang Mingyu.

"Kenapa dengan dia? Pagi tadi okay je. Hmm?"

Aeyoung mencebik kerana Hana tidak memberi respons.

"Yah, Hana..kau dengar tak apa aku cakap? Jom la rehat.." Rengek Aeyoung sambil menarik-narik lengan Hana.

"Ah?! Owh..okay. Jom jom.." Hana tersengih sebelum kembali memandang Mingyu. "Aik? Dia pegi mana?" Soal Hana didalam hatinya.

"Dah, jom! Aku dah lapar ni." Kata Aeyoung dan terus menarik Hana.


***


Aku mengatur langkahku menuju tempat kesukaanku. Bila aku ada kat situ, rasa tenang je. Lupa semua masalah.

"Haih! Kenapa lah dorang ni menyemak je? Rimas!" Aku merebahkan punggungku di bawah pokok sakura. Redup je.

Aku mula membaringkan diriku sambil menikmati pemandangan dibawah pokok sakura ni.

Tiba-tiba, aku ternampak Hana dan juga Aeyoung yang menuju ke kantin. Aku cuma memerhatikan dia sehinggalah kelibatnya tidak kelihatan lagi. Aku mengeluh.

Sebenarnya..


******

To Be Continued......

Jangan kecam author..
Author tahu sangat part ni hambar😂😂😂

Mian mian mian

Author janji, lepas ni citer ni akan jadi best..









I Choose YouWhere stories live. Discover now