Aku memerhatikan Mingyu yang sedang mengunci basikalnya.
"Mingyu, lamanya kunci basikal? Cepatlah.." Ucap aku sambil menyilangkan tangan.
Mingyu memandang aku sekilas kemudian dia kembali fokus mengunci basikalnya. Nak tergelak aku bila tengok muka dia.
"Jap ah. Tersekat plak kunci ni. Tunggu jap."
Aku tersengih suka apabila melihat Mingyu yang berusaha untuk mengunci basikalnya.
"Okay, 5 minit. Lambat, aku gerak dulu." Ucapku sengaja untuk mengusik Mingyu.
"Kau kejam! Bukannya nak tolong.." Ujar Mingyu sambil mencebik.
Aku smirk. "Okay bye! Aku gerak dulu~~" Ucapku sambil berlalu pergi.
"Yah! Tak guna kau!" Jerit Mingyu.
Aku tertawa terdengar Mingyu yang menyumpah seranah diparkin basikal.
Dush!
Ah sudah! Good job Hana, jalan tak tengok depan sangat kan. Kan dah terlanggar orang. Aku memandang pelajar perempuan yang mengutip buku-bukunya yang berteraburan ditanah.
"Ah..mian. Awak okay?" Soalku khuatir sambil cuba untuk membantu pelajar itu.
Pelajar itu mengangkat wajahnya memandang diriku. Lama juga dia pandang tanpa berkata apa-apa. Naik seram aku. Tapi..pelajar tu..aku pula yang memandang pelajar itu lama sebab..aku macam pernah tengok dia sebelum ni.
"Saya okay." Ucap pelajar itu.
Aku terkedu. Betul ke apa yang aku tengok ni? Aku tidak percaya dengan apa yang dilihatku.
Pelajar itu mengutip saki-baki bukunya.
"Seol..hae?" Ucapku perlahan sebaik sahaja pelajar itu memandangku.
"Hmm?"
"Im..." Aku meneguk air liur. "...Seolhae batchi?" Sambungku.
Pelajar itu angguk sambil memandang aku atas bawah."Hana kan?"
Aku tidak menggangguk mahupun menjawap. Aku tak sangka akan berjumpa Seolhae lagi.
"Awak dah lain. Nampak lebih..." Seolhae tersenyum. "...feminin sekarang." Sambungnya sambil tersenyum.
Aku masih mendiamkan diri. Nak lari, kaki ni pula, berat macam kena paku. Nak jawap, tak termampu nak keluarkan suara. Aduh! Kenapa kau jadi lemah ni, Hana?!
"Yah! Hana, jom masuk kelas. Asal berdiri kat sini lagi?" Ujar Mingyu yang muncul tiba-tiba sambil tangannya merangkul leherku. Mingyu menjeling Seolhae yang mendiamkan diri.
Seolhae terdiam dan hanya memerhatikan mereka berdua.
Aku memandang Mingyu "Eo..em, kajja." Ujarku setelah mendapat kekuatan untuk bersuara.
Mingyu menjeling Seolhae, kemudian memandang Hana yang berubah reaksi.
"Kau kenal ke dia tu?"
Aku hanya mendiamkan diri. Nak cerita, memang panjang. Kalau nak pendekkan, memang tetap panjang.
"Nanti aku citer. Jom masuk kelas."
Mingyu menggangguk.
***
Aeyoung berjalan beriringan dengan Hana menuju ke kantin.
"Hana.."
"Hmm?" Ucapku acuh tak acuh.
Aeyoung mencebik.
"Ish kau ni. Aku nak tanya ni."
Aku menoleh memandang Aeyoung yang sudah masam mencuka.
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...