Hana menapak keluar dari rumahnya. Dia agak terkejut apabila memandang Mingyu yang terpacak depan rumahnya bersama basikal disisi.
"Yo! Pagi Hana." Mingyu tersengih.
"Ke..napa..em, kau buat apa kat sini?" Hana mendekati Mingyu.
"Jemput kau lah. Dah, jom." Mingyu sudah bersedia untuk mengayuh basikalnya.
"Haih! Kenapalah, aku setuju semalam. Ish! Jap ah!" Hana pun duduk diseat belakang basikal Mingyu.
"Aik? Hari ni kau tak peluk plak?"
"Taknak! Baik aku peluk Taetae dari peluk kau.."
"Taetae? Siapa tu? Peliknya nama? Taetae..Taetae?" Soal Mingyu sambil mengayuh basikalnya.
Hana mengeluh. " itu kucing aku lah! " Hana memukul beg yang digalas Mingyu.
"La kucing ke? Aku nak tengok boleh?"
"Tak boleh! Hanya kawan aku je yang boleh tengok! Kau tak boleh!"
Mingyu ketawa.
"Habis tu, aku bukan kawan kau ke? Entah-entah nama aku pun..mesti kau tak tahu. Huhuhu, sedihnya!"
Hana menggigit bibir.
"Ish! Aku tahulah Mingyu!"
"Hahahahaha! Maksudnya aku ni kawan kau lah! Okay, nanti aku nak tengok taetae!"
"Eeee! Menyampahlah layan kau ni!" Beg Mingyu dipukul bertalu-talu. Mingyu hanya ketawa sahaja. Bagi Mingyu, dia suka tengok Hana melenting. Kiut!
***
"Cepatlah Mingyu! Nanti lambat lah!" Hana bercekak pinggang.
Selesai sahaja dia mengunci basikalnya, dia berlari ke arah Hana.
"Jap arh! Dah jom." Mingyu merangkul leher Hana. Well, ketinggian mereka tak banyak beza pun. Haha, baru 13 tahun kan?
"Ish! Kau ni! Rimas lah..lepas ah.."
"Taknak.."
Kemunculan Mingyu sentiasa mendapat perhatian. Mingyu boleh dikatakan femes kat sekolah. Ramai pelajar perempuan termasuk senior perempuan meminati Mingyu. Sepanjang perjalanan mereka berdua untuk ke kelas, mesti ada je yang tergoda dengan kekacakan Mingyu. Hana yang berjalan disebelah terasa noob plak. Sebab tu Hana tak suka jalan berdua dengan Mingyu.
"Femes gak kau ye Mingyu?" Mata Hana meliar memandang Pelajar-pelajar perempuan yang senyum-senyum bila nampak Mingyu.
"Mana? Yeke? Haha, kau baru tahu ke kawan kau ni femes?" Mingyu menyerabutkan rambut Hana yang sudah panjang itu.
"Haih, apa-apa jela Mingyu. Malas nak layan." Hana menjulingkan matanya ke atas.
"Hana! Mingyu! Cepat-cepat! Berita gempak!" Aeyoung yang ternampak Hana dan juga Mingyu yang sedang berborak tidak jauh dari kelas diaorang memanggil mereka untuk masuk ke dalam kelas.
"Hah?! Apa? Apa?" Hana meninggalkan Mingyu lalu mendapatkan Aeyoung serta kawan kelasnya yang lain. Mingyu hanya memerhatikan Hana sambil berjalan perlahan.
"Tadi..ada senior perempuan datang kelas kita, dia nak jumpa Mingyu. Tapi korang tak sampai lagi. Jadi dia letak something kat bawah meja Mingyu." Terang Aeyoung.
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...