Sebenarnya...
Aku memang rasa rimas kalau dikelilingi oleh perempuan. Tapi nak buat macam mana kalau dah mempunyai paras rupa yang hensem macam aku ni kan? Sejak dari tadika lagi la, ada je yang suka kat aku. Rimas giler!
Tapi...
Dalam ramai-ramai perempuan yang aku kenal. Aku rasa Hana sorang je yang buat aku rasa selesa bila ada dekat dengan dia. Dia lain, serius lain.
Kalau boleh, aku nak dia anggap aku ni kawan dia. Aku tersenyum sendirian.
Kalau orang tengok aku time ni, mesti dorang ingat aku ni gile.
Aku tersengih lagi.
Aku memerhatikan bunga sakura yang mekar cantik itu. Perlahan-lahan mata aku terpejam.
***
"Hana kau cari siapa? Terjenguk-jenguk?"
Hana tersengih. " Hehehe, tak. Takde sapa lah." Hana kembali menyuapkan makanannya.
Aeyoung tersengih. "Cari Mingyu eh?" keningnya diangkat-angkat.
"Mwo?! Manade lah! Memandai je kau ni!!" Hana menggeleng laju lalu menggaru kepalanya.
Aeyoung memukul manja siku Hana. " yeke?"
Hana mencebik.
"Um, nanti kau balik kelas dulu la. Aku nak gi tandas jap."
"Eleh, tukar topik plak dia..wuu."
"Aeyoung!"
"Hehe. Okay okay, arraseo."
***
Hana membasuh tangannya disinki tandas sambil meneliti wajahnya dicermin.
"Kau ada dengar tak?"
"Dengar apa ni?" Soal pelajar perempuan B sambil membetulkan rambutnya.
Hana menjeling mereka berdua.
" Mingyu. Kau pernah dengar kan?"
"Ah! Kim Mingyu, pelajar junior tu kan? Yang kacak giler tu kan?", pelajar A mengangguk.
"Yup! Aku dengar, dia langsung tak layan semua orang yang confess kat dia!"
Pelajar B terkejut.
"Biar betul?!"
Hana menggigit bibirnya setelah mencuri dengar perbualan dua pelajar tadi. "Femesnya Mingyu tu.." Bisik Hana.
"Tapi..kenapa Mingyu tolak dorang semua?" Soalnya didalam hati. Kemudian, dia menggeleng kepalanya.
"Ish! Kenapa aku nak sibuk hal dia pulak kan? Biarlah dia tu.." Hana terus melangkah keluar dari tandas meninggalkan dua pelajar yang masih bergosip itu.
Langkahnya diatur menuju ke kelas tetapi langkahnya terhenti apabila ternampak Mingyu yang sedang tidur dibawah pokok sakura.
"Aigo. Dia tidur lagi? Kat situ? Tak makan ke?" Hana menggigit bibirnya.
***
Mingyu terjaga kerana terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh memandang tuan punya suara.
"Mingyu.."
"Hana?" Soal Mingyu yang masih mamai.
"Oh! Hana! Kau buat apa kat sini?" Mingyu menggosok matanya.
"Aku ternampak kau tidur kat sini. Kau tak rehat ke?"
"Ah..aku tak rasa lapar."
"Yeke? Baru je nak bagi ni.." Hana menghulurkan roti sandwich kepada Mingyu.
Mingyu tersengih. " wah, caring juga ye kau. Kumawo." Mingyu mengambil roti sandwich pemberian Hana.
"Takde hal." Hana tersengih.
"Air takde ke? Nanti kalau aku tercekik macam mana?"
Hana mencebik. " ada la! Nah, amik." Tin minuman dihulur kepada Mingyu.
"Kumawo. Jap, kau tak letak racun kan? Kang tak pasal-pasal mati katak aku."
"Yah! Aku tak sekejam tu lah! Aigo!"
"HA HA HA! Gurau gurau." Ujar Mingyu lalu menjamah rotinya.
Hana mengeluh.
"Kau memang suka lepak sini ke Mingyu?"
"Gila kau tak suka? Tempat ni la paling aman kat sekolah ni! Paling penting, aku tak perlu jumpa pelajar perempuan. Rimas!" Omel Mingyu.
"Em, habis tu..aku ni bukan perempuan?" Hana menjeling Mingyu.
"Kau lain. Aku suka kawan dengan kau."
Hana terdiam. " ceh, poyo la kau."
"Haha, Kau ni, kalau tak marah memang tak sah kan? Cuba la cakap lek lok dengan aku." Mingyu menyerabutkan rambut Hana.
Hana menepis tangan Mingyu,
"Bukannya aku taknak, tapi aku tak boleh." Hana tunduk, dia takut untuk berkawan dengan lelaki. Takut jika dia turut jadi seperti Taehyung. Takut dikhianati.Mingyu terkedu lalu memandang Hana.
"Kenapa?"
"Aku tak boleh bagitahu kau." Hana tunduk sebelum dia bangkit.
"Aik? Kenapa plak?"
"Aku..tak anggap kau, kawan aku." Hana berlalu pergi.
Mingyu terdiam dan hanya memandang Hana sehingga kelibatnya tidak kelihatan.
"Tak anggap aku sebagai kawan?" Mingyu mengeluh. Roti sandwich dan juga tin minuman pemberian Hana ditenung.
******
To Be Continued.....
Hambar ke?
Mian.
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...