Aeyoung memandang Hana yang menjadi kaku. Wajah Mingyu yang menghampiri mereka ditenung.
"Macam pernah nampak..tapi kat mana ye?" Aeyoung meneliti wajah Mingyu.
"Oi..minah cyborg.." Kata Mingyu selamba.
"Aku bukan minah cyborg la! Ish!" Marah Hana kepada Mingyu.
Mingyu mengangkat tangannya.
"Whoa! Rileks..aku dah tolong kau kot tadi, macam ni kau layan aku?"
Hana menggigit bibir. Geram pulak dengan mamat tunjuk baik ni. Jangan dia cerita yang aku jatuh pastu menangis sudah!
"Hmp! Mi..an."
Aeyoung memandang Hana dan Mingyu silih berganti. Dah kenapa dorang berdua ni?
" Erk, Hana..kau kenal ke dia ni?" Aeyoung menunding jari ke arah Mingyu yang tenang itu.
"Nak bagi tahu ke tak? Tapi kalau bagi tahu Aeyoung.." Getus Hana di dalam hati. Belum sempat Hana membuka mulut, Mingyu terlebih dahulu menyampuk.
"Kenal giler! Kalau kau nak tahu, dia terja-" Dengan pantas Hana menekup mulut Mingyu. Mingyu terkedu. Aeyoung pula ternganga pastu dia tersengih.
"Jebal!" Hana menggeleng-geleng.
Mingyu menyentuh tangan Hana yang masih menekup mulutnya. Hana cepat-cepat melepaskan Mingyu.
"Mian."
Mingyu tersengih sebelum beredar manakala Hana menarik nafas lega.
"Hana..tak sangka kawan aku dah!" Aeyoung menepuk-nepuk bahu Hana.
"Kau kenapa?"
"Pandai kau cari pengganti Taehyung! Hensem doh! Sapa nama dia? Sweet plak korang tadi main tekup-tekup mulut..wei, jom la ajak dia lepak dengan kita!" Aeyoung menjadi teruja.
"Bukanlah! Manade! Memandai je la kau ni!"
"Eh? Bukan ke?"
"Bukan!"
***
Hana dan Aeyoung berjalan seiring ke pintu pagar sekolah. Mereka pulang ke rumah menggunakan laluan yang berbeza. Jadi mereka hanya boleh berjumpa disekolah sahaja.
"Bye Hana! Jumpa esok!"
"Bye!" Hana melangkah pulang. Tetapi dia terasa kakinya pedih. Dia berhenti melangkah.
"Oi minah cyborg." Tegur Mingyu yang ternampak Hana.
"Akukan dah cakap yang aku bukan minah cyborg. Ish!"
"Hahaha. Janganlah marah. Asal tak balik lagi?" Mingyu memandang Hana, tiba-tiba dia ternampak lututnya luka.
"Aku..eh?! Kau buat apa ni?!" Hana agak terkejut kerana Mingyu tiba-tiba melutut dihadapannya.
"Lutut kau luka. Jap, jangan gerak." Mingyu mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.
"Yeke? Ala, sikit je tu." Hana terkedu kerana Mingyu menampal plaster pada lukanya.
"Okay, dah siap. Kau balik sorang je ke? Kawan kau yang mulut becok tu mana?"
Hana tergelak.
"Yah! Hahaha..Aku bagi tahu Aeyoung kau cakap dia mulut becok baru tahu! Apalah.."
"Bagitahu la. Aku boleh bagitahu yang kau ni suka nangis. Adoi! Oi! Sakit la! Yang kau cubit aku tu pehal?"
"Padan muka!" Hana meneruskan langkahnya.
Mingyu tersengih.
"Yah! Kau tak berterima kasih pun kat aku! Yah!" Mingyu terus mengayuh basikalnya perlahan-lahan seiring dengan langkah kaki Hana.
"Kau nak apa? Balik je la."
"Kau tak takut ke balik sensorang?"
"Tak. Dah pegi sana..shuh shuh!"
"Hana!"
Hana terkejut lalu memandang Mingyu.
"Naik lah. Aku hantarkan."
"Eh! Takpe, aku balik sendiri."
Mingyu terus menarik tangan Hana.
"Naik jela..dah cepat."
"Ish! Kau ni! Yela!" Hana duduk diseat belakang basikal lalu memeluk pinggang Mingyu.
"Erk, memang kau tabiat kau ke naik basikal peluk orang? Ke kau sengaja?" Mingyu tersengih-sengih.
Belakang badan Mingyu dipukul.
"Aku dah terbiasa lah! Dah la! Cepat hantar aku balik!" Kata Hana sambil menahan malu. Dia sebenarnya memang akan memeluk orang kalau duduk kat seat belakang basikal. Lagi-lagi kalau dengan Taehyung.
"Oi..kau malu eh?" Usik Mingyu lagi.
"Diam lah! Mana ada! Ish! Dah, jalan! Jalan!"
Mingyu ketawa mengekeh lalu memulakan kayuhan basikalnya.
***
To Be Continued......
Enjoy..
Hope menjadilah part sweet-sweet tu.
Ghee...
Vote lah!
Comment lah!
Nak tahu gak luahan rasa hati readers..huuu
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...