Aku meletakkan beg sekolah ku di atas kerusi lalu aku menarik kerusi sebelah dan melabuhkan punggung. Aku memerhatikan setiap gerak geri nenekku yang dari tadi menyediakan sarapan untukku. Kemudian nenek beralih ke sinki dan membasuh pinggan, setelah itu dia membancuh hot coco dan memberi minuman kesukaanku itu kepada aku.
"Hermm"
Nenek memandang aku apabila terdengar aku mengeluh.
"Wae? Tak sedap ke?" ucapnya gusar.
"Ah! anni..takde pape.." Jawabku lantas menghirup hot coco tersebut.
Aku bangkit dan mencapai beg sekolah ku. Kemudian, tubuh nenek aku peluk erat dan satu kucupan sayang aku hadiahkan kepada nenek di dahi.
"Nenek tak payah lah susah2 buatkan sarapan untuk Tae. Tae boleh makan masa kt sekolah nanti."
"Takpe la. Nenek suka tengok kamu makan apa yang nenek masak."
"Hmm, Tae taknak susahkan nenek." aku tunduk.
Nenek mengusap rambutku, dia menggeleng.
" Kamu tak pernah susahkan Nenek Tae. Nenek gembira bila kamu kata kamu nak temankan nenek kat sini. Takde la nenek bosan sorang2"
Aku tersenyum.
"Saya faham, nek. Tae pergi dulu ya. Jumpa nanti." Ucapku sebelum melangkah keluar.
***
Seperti biasa, aku memulakan rutin harianku di sekolah. Dan seperti biasa juga, Hana masih mengelak dari aku. Dia langsung tidak bercakap denganku walaupun kami satu kelas.
Dari tempatku, aku sentiasa memerhatikan Hana. Dia kelihatan sangat gembira tanpa aku disisinya. Entah kenapa, aku suka memandangnya, dia tidak lagi kasar malah penampilannya juga lebih keperempuanan mungkin kerana faktor usia kami yang sudah meningkat remaja. Mungkin.
Aku memandang mamat poyo disebelahku. Mingyu. Ya, namanya Kim Mingyu. Boleh dikatakan saingan aku kat sekolah ni.
Aku masih tak faham, macam mana mamat jerangkung ni boleh rapat dengan Hana. Lebih tepat lagi, pengganti aku.
Aku mahu bertanya dengan Aeyoung tetapi dia juga seperti Hana. Tegur tu tegur tapi aku tanya sepuluh patah, dia jawab sepatah. Kadang-kadang tu, dia angguk geleng sahaja. Jadi, aku malas nak tanya lagi.
Aku mengeluh. Pen ditanganku diputar-putar 180°, itu realiti sebab aku tidak reti putar 360°.
"Woi Jimin!!" teriak seorang pelajar bergigi arnab diluar kelas aku.
"Hmm, Jimin? Jimin? Jap! Jimin?? eh? Jimin?!" teriakku dalam hati. Automatik kepala aku berpusing 90° memandang ke luar kelas. Jimin. Si gigi arnab tu panggil Jimin.
"Jimin! jap lah! tunggu aku" Ucap si gigi arnab tersebut.
"Cepatlah! aku tak sabar nak main bopa sepak ni. Karang budak-budak pompuan amik plak port kita. Minggu lepas dorang dah kebas." ucap Jimin
Aku memerhatikan mereka sehinggalah tiada kelibat mereka disitu.
Sekarang aku tahu siapa yang aku boleh tanya pasal Hana.
Aku tersenyum sendirian
"kau pehal senyum sensorang?" tegur Mingyu. Aku tidak menjawab pertanyaannya malah membalas dengan senyuman petak milikku.
"Gila"
***
Aku berjalan melintasi koridor dan terus menuju ke kantin. Satu persatu pelajar lelaki aku scan. Akhirnya posisi Jimin berjaya aku kesan.
"Tu pun"
Namun, belum pun sempat aku melangkah kepada Jimin bajuku ditarik seseorang dari belakang. Langkahku terhenti dan aku menoleh.
"Tae..hyung"
.
.
.
.
.
Bersambung. . .
Maafkan author jikalau fanfic ini makin tidak menarik ataupun typo makin menjadi-jadi.
😊😊😊😊😊
Author akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan mutu kemenarikan cerita ini..wkwkwkwkwkk
vote + comment yg baik2 aja🤗 = Follow please
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...