Hana menyarungkan kasut sukannya lalu memakai begnya.
"Omma, Hana pergi dulu ye." Laung Hana sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.
Tanpa menunggu respon ommanya, Hana menutup pintu dan melangkah ke sekolah.
Tidak seperti kebiasaannya, hari itu, Hana ke sekolah sendirian tanpa Mingyu kerana Mingyu sudah berada disekolah sedang siap sedia untuk perlawanan bola sepak.
Jam ditangannya dikerling sekejap.
8.00 A.M
"alamak, macam dah lambat." Langkah kakinya dipercepatkan menuju ke sekolah.
***
Mingyu memandang kiri dan kanan. Matanya ligat mencari kelibat yang dinantikan.
"Mingyuuu!" Laung seseorang dari jauh. Mingyu berpaling, namun senyumannya kendur kerana yang memanggilnya bukannya orang yang ditunggu-tunggu.
Aeyoung mencebik melihat reaksi Mingyu yang hambar.
"Wei, aku tahulah bukan aku yang kau nak tengok sekarang. Rilek ah, dia bangun lambat kut." kata Aeyoung sambil menyiku-nyiku lengan Mingyu.
Dengan serta-merta wajah Mingyu bertukar merah. Manakala kepalanya laju menggeleng.
"Eleh..taknak mengaku plak dia. Wahahahah.."
"Goodluck Mingyu. Jangan plak kau malukan maruah kita sebagai junior." Ucap Jimin sambil mengangkat buku limanya.
"Kau ni dah kenapa? Kau jangan peduli apa yang si Jimin ni cakap. Dia tetiba lak emo pagi-pagi ni." Ujar Jungkook sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Mingyu tersengih. Matanya masih melilau mencari seseorang.
"Mingyu!"
Serentak mereka berempat menoleh. Mingyu tersengih.
"Mian sebab lambat. Game kau tak mula lagi ke?" Soal Hana sambil termengah-mengah.
"Belom lagi." Ujar Mingyu sambil tersenyum.
"Mingyuuu!" Laung Wonwoo dari padang bola.
Mingyu, Hana, Aeyoung, Jimin, dan juga Jungkook menoleh serentak.
"Okay la. Aku gerak dulu. Jumpa nanti. Bye." Ucap Mingyu sebelum beredar mendapatkan Wonwoo dan pasukannya yang lain.
"Mingyuu! Fighting!!" Laung Hana. Mingyu tersengih suka.
Bunyi tiupan wisel yang menandakan game telah pun bermula.
Riuh rendah kawasan padang dengan sorakan daripada penonton.
Hana dan yang lain juga tidak ketinggalan bersorak untuk pasukan sekolah mereka.
Penuh seat penonton dengan peminat Mingyu.
"Mingyu! Sini! Sini!" Laung Wonwoo sambil berlari mendekati Mingyu.
Mingyu memandang Wonwoo yang tidak dikawal sesiapa. "Wonwooo!!!" Teriak Mingyu lalu menyepak padu bola kepada Wonwoo.
"Guys! Jaga mamat mata panjang tu! Cepat! Cepat!" Teriak penjaga gol pihak lawan apabila mendapati Wonwoo menghampiri ke gawang gol.
Belum sempat pihak lawan bertindak, Wonwoo terus menendang bola kepada Mingyu dan Mingyu terus menendangnya ke gawang gol.
Golll!!!!
Mereka semua bersorak apabila Mingyu berjaya memasukkan bola ke gawang gol.
Akhirnya, setelah sejam lebih bertanding, tiupan wisel tamat permainan berbunyi. Ini menandakan, pasukan sekolah mereka telah berjaya menewaskan pihak lawan dengan 2-0.
Mingyu bersorak bersama ahli pasukannya yang lain. Para penyokong juga tidak melepaskan peluang untuk bersorak diatas kemenangan tersebut.
Mingyu menoleh ke arah penonton. Matanya meliar mencari sesuatu. Dia mengukir senyuman apabila melihat kelihat Hana yang bersorak gembira.
***
Aiskrim yang dipegangnya direnung. Kemudian, sekuntum senyuman terukir dibibir.
"Aku belanja kau aiskrim tu, untuk dimakan, bukannya untuk direnung." Tegur Mingyu sambil melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan Hana. Hana mengangkat wajahnya memandang Mingyu yang sedang makan aiskrimnya.
"Nak makanlah ni." Hana mencebik lalu mengoyakkan pembungkus aiskrimnya.
Mingyu tersengih.
"Kau nak terus balik ke?" Soal Mingyu sambil merenung Hana.
Hana terdiam. "Emm...", Hana mengangguk perlahan.
Mingyu mengeluh.
"Kenapa?" Soal Hana sebaik sahaja mendengar Mingyu mendengus
"Aku ingatkan nak ajak kau pergi somewhere."
Hana tersengih suka.
" pergi mana tu?" Soal Hana excited.
"Kau free ke?"
Hana menggangguk laju. Mingyu tergelak melihat gelagat Hana yang baginya cute iu.
"Ikut je la. Mana boleh bagi tahu sekarang. Pi....mil." Ujar Mingyu lalu dia tersengih.
"Ish! Bagitahu jelah."
Mingyu bangkit dan menuju ke basikalnya.
"Dah, jom. Nanti lambat pulak balik."
Hana tersengih lalu berlari ke arah Mingyu.
***
Seorang lelaki sedang baring dibawah pokok sakura. Dia tersenyum sendirian.
Pokok itu direnungnya. Satu per satu memori lamanya berputar kembali. Dia tersenyum.
Wajah Bestfriend yang pernah dia tinggalkan dulu bermain difikirannya.
"Maafkan...aku..Hana." Ucapnya dengan penuh rasa bersalah.
******
To be continued...
Sori sebab pendek.
Kalau ada typo tu..maafla ye..
Jangan lupa untuk
Vote.
😁😁😁😁
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...