Aku melajukan kayuhanku, kami semakin hampir dengan pagar sekolah lalu kelajuan kayuhanku diperlahankan. Kang terlanggar pulak dua ekor makhluk yang berdiri kat tengah pagar tu. Nak je aku langgar dorang.
"Itu?!" Kata dua ekor makhluk tadi serentak dalam nada terkejut. Dah kenapa dorang ni? Tak pernah nampak orang bawak basikal ke? Mereka memandang diriku tidak berkelip. Aku biarkan je, bertambah lagi la peminat aku. Haih, rimas!
Sampai dihadapan pagar, aku menghentikan kayuhanku lalu aku menoleh memandang minah tadi yang diam seribu bahasa.
"Dah sampai, turunlah." Kataku kepadanya.
Dia turun sambil membetulkan pakaiannya.
"Kumawo! Jjinja!" Minah tu menundukkan badannya sedikit kepadaku. Aku cuma perhati je dia melangkah masuk ke dalam sekolah. Tiba-tiba, dua makhluk yang terpacak kat depan pagar tadi menyerbu minah tu sambil pandang-pandang aku.
"Hana! Asal lambat?" Kata pelajar perempuan yang memandang pelik diriku tadi.
"Kawan dia rupanya. Jadi..Hana ke nama dia?" Aku tersenyum sebelum mengayuh basikalku masuk ke dalam sekolah meninggalkan dorang bertiga.
Hana memandang lelaki yang membantunya tadi.
"Kau okay? Macam mana kau boleh pergi sekolah dengan dia? Kau kenal ke dia?" Soal Aeyoung bertalu-talu kepada Hana.
"Haih! Nantilah aku citer! Aku harap aku tak satu kelas dengan mamat tu! Malu! Malu!" Hana menepuk-nepuk dahinya. Sungguh dia rasa sangat malu! Dah la lambat! Jatuh tersungkur plak tu!
Aeyoung dan Jimin akur.
"Korang!" Laung Jungkook sambil berlari ke arah mereka.
"Jungkook!"
"Guys! Aku dengan Jimin sekelas!" Jungkook merangkul leher Jimin. Mereka berdua bersorak gembira.
"Wah! Bestnya! Aeyoung, kau kelas mana?"
"Rilek, kita satu kelas la." Aeyoung memeluk bahu Hana.
"Wah! Yeke! Eh! Jomlah masuk kelas, dah lambat la." Hana melirik jam tangannya.
"Aah lah! Korang jumpa rehat nanti! Bye! Jungkook! Jom gerak!" Jimin menarik rambut Aeyoung sekilas.
"Aish! Yah! Jimin pabo!! Sakitlah bongok!" Marah Aeyoung apabila rambutnya yang diikat gaya ponytail ditarik Jimin.
"Jungkook jom! Lari weh!" Kata Jimin sambil tertawa sebelum mengheret Jungkook ke kelas.
"Bye korang!" Kata Jungkook sebelum dia diheret Jimin.
"Siap kau nanti Jimin! Aku botakkan rambut kau nanti!!"
Hana hanya mampu menggeleng dengan karenah kawan-kawannya itu.
"Jom la Aeyoung, nanti lambat."
Mereka pun menuju ke kelas.
***
Hana mengambil tempat ditengah kelas manakala Aeyoung duduk disebelahnya. Suasana agak riuh dengan sesi suai kenal diantara mereka. Ye lah, mereka kan dari sekolah rendah lain-lain. Ada yang sudah kenal, ada yang tak kenal dan baru kenal.
Hana memerhatikan sekeliling kelasnya. Mamat yang membantunya pagi tadi tiada. Dia berasa lega.
Guru kelas mereka menapak masuk, manis dan ayu je orangnya.
"Baiklah murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing. Cikgu nak check kedatangan kamu semua."
"Jang Haejin.."
"Nae!"
"Yoo Taek.."
"Nae!"
"Bang Minsoo.."
"Nae"
"Kwon Mina.."
"Nae"
Bla bla bla..
"Shin Aeyoung.."
"Nae..saem.."
"Em, Lee Hana.."
"Nae!"
"Dan yang terakhir, Kim Mingyu.."
"Kim Mingyu?" Cikgu tersebut memandang anak muridnya. Satu kelas berpandangan sesama sendiri.
"Takde?" Cikgu tersebut mengeluh kecil.
Belum sempat nama Kim Mingyu ditanda sebagai tidak hadir, pintu kelas mereka ditarik seseorang. Muncul pelajar lelaki dengan wajah kosong menapak masuk.
"Omo? Em, Kim Mingyu?" Soal cikgu tersebut.
"Nae."
"Hari pertama dah lambat ye? Hhm, takpe..pergi duduk."
Mingyu tunduk hormat sebelum mengambil tempat dibelakang sekali, tepi tingkap. Hana tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya. Dia menutup wajahnya agar tidak dapat dilihat oleh Mingyu.
"Adui! Macam mana dia boleh sekelas dengan aku ni?!! Aish! Jjinja!" Getus hati Hana.
"Okay, murid-murid sekalian. Saya guru kelas kamu semua dan saya akan ajar mata pelajaran Matematik. Nama saya Goo Hyesun. Panggil saya cikgu Hyesun. Saya harap, kelas 1-2 ini sentiasa berkelakuan baik. Faham?"
"Faham!"
"Bagus. Sekarang kita mulakan sesi pembelajaran."
***
Kring!
"Aeyoung jom la keluar cepat!" Hana menarik lengan Aeyoung.
"Ala, jap la.."
Mingyu memandang Hana yang kelihatan gelisah itu. Dia tersengih sendirian. Kadang-kadang Hana pandang-pandang Mingyu. Tapi Mingyu sengaja buat tak nampak.
"Aeyoung..cepatlah.." Rayu Hana.
"Yela. Dah, jom." Aeyoung bangkit dari duduknya.
Hana terus menarik Aeyoung untuk keluar dari kelas.
"Oi..kau.." Langkah mereka berdua tergendala. Hana menelan air liur kelat.
"Habislah!"
******
To Be Continued......
Sori kalau hambar😂😂😂
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...