Hana memerhatikan Mingyu yang sedang nyenyak tidur dibawah pokok tersebut.
"Kenapa dia tidur kat situ?" Hana melirik jam ditangannya.
"Rehat dah nak habis, nak kejutkan dia ke?" perasaannya bercampur baur, dia menggigit bibirnya.
"Tapi kalau tak kejut, dia tak bangun plak nanti. Em, lagi pun, dia kan pernah tolong aku sebelum ni.." Hana mengeluh dan dia mula melangkah turun ke tempat Mingyu.
Hana duduk bersandar dibawah pokok tersebut. Dia menoleh melihat Mingyu disebelahnya yang masih tidur.
"Boleh plak dia tidur kat sini? Hmm, selesa sangat ke? Aku duduk sebelah pun tak sedar. Apalah." Soal Hana sambil melemparkan pandangannya ke langit.
Hampir 5 minit dia disitu. Kadang-kadang dia menoleh memandang Mingyu. Dia rasa bersalah pula nak kejutkan Mingyu sebab Mingyu kelihatan sangat nyenyak.
"Em, kenapa dia tak bangun-bangun ni?" Hana melirik jam ditangannya.
Dia mengeluh, "Haih! Kenapa la aku datang sini? Haih.." Bebel Hana sendirian.
"Kau ni bisinglah." Mingyu membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang Hana yang duduk disebelah dengan ekor matanya.
"Mingyu! Erk! K-kau dah b-bangun?" Hana yang terkejut terus memandang Mingyu yang menukar posisi dari baring kepada duduk.
"Kau buat apa kat sini? Kan dah nak habis waktu rehat?" Mingyu memandang Hana yang mula diam membisu.
"Um.." Hana bermain dengan jarinya. Dia telah kehilangan kata-kata apabila berhadapan dengan Mingyu.
"Um? Apa um um?" Wajah Hana direnung sedalam yang mungkin oleh Mingyu.
"Ish kau ni! Aku nak kejut kau lah tadi! Sebab..tu..aku ada kat sini..em, aku ternampak...kau tidur kat sini.." Hana menggaru kepalanya.
Mingyu tersengih dan kemudian kembali membuat wajah serius. "Dah tu? Kau tak kejut aku pun?"
Hana menggaru kepalanya dengan lebih laju. "Yela, kau tidur nyenyak sangat. Tak sampai hati plak, hehe. Dah lah! Yang kau soal aku macam aku ni buat salah besar kenapa?!" Hana mencebik lalu melemparkan pandangannya ke tempat lain.
"Hahaha. Saje." Mingyu ketawa suka lalu menyerabutkan rambut Hana.
"Eigh! Yah! Hajima!" Hana memukul-mukul tangan Mingyu. Mingyu hanya ketawa berdekah-dekah melihat reaksi Hana yang lucu itu. Hana terdiam lalu memandang Mingyu yang kembali baring.
"Em, Mingyu. Nak tanya sikit boleh?"
"Hmm, apa dia?" Soal Mingyu sambil matanya dipejam.
"Tadi kau..pergi ke? Jumpa senior yang bagi surat tu?" Hana menjeling Mingyu dengan ekor matanya. Bimbang kalau soalannya menaikkan kemarahan kawan sekelasnya itu.
Mingyu membuka matanya lalu dia bangun dan duduk bersila menghadap Hana,"Wae? Kenapa kau nak tahu? Kau jel-"
"ANNI!! AKU! Aku cuma curious je la." Hana menggeleng-geleng kepalanya.
Mingyu mencebik.
"Em, kau pergi ke tak? Jawablah.." Hana tersengih menunggu jawapan daripada Mingyu.
"Tak. Aku tak pergi pun." Mingyu bangkit dari duduknya dan mengebas-ngebas bajunya.
"Eh? Wae? Aku dengar senior tu cantik! Popular plak tu! Ramai lelaki suka kat dia tau!" Hana memandang Mingyu yang sudah berdiri sedangkan dia masih duduk.
"Tak minat. Tak suka. Rimas!" Mingyu mula melangkah pergi.
"Hah? Biar betul mamat ni? Budak lelaki kat sekolah ni punya la berebut nakkan senior tu! Dia boleh kata tak suka? Pelik!" Bebel Hana sendirian, tiba-tiba terfikir sesuatu. Matanya membulat dan mulutnya ditekup kerana terlalu terkejut.
"Takkanlah..dia tu kot?! Tak suka yeoja?!" Hana memandang Mingyu dan kemudian dia menggeleng. " Tak kot. Tak mungkin lah."
"Yah! Minah cyborg! Ppalli! Taknak masuk kelas ke?" Teriak Mingyu yang sudah berada di koridor.
"Ah! Jap! Aku datang lah ni!" Hana bangun dan berlari mendapatkan Mingyu. Mereka masuk ke kelas bersama.
***
Mingyu mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan tuala. Selesai mengeringkan rambutnya, dia merebahkan diri di atas katil sambil bermain telefonnya.
"Boringlah pulak. Malam-malam, takde citer best nak layan. Apa nak buat? Kerja sekolah, malas la pulak nak buat." Mingyu meletakkan telefonnya diatas perutnya lalu baring sambil merenung siling.
Dia tersengih sendirian kerana teringat perbualannya dengan Hana waktu rehat tadi.
"Lawak la dia tu. Curious nak tahu ye?" Dia tersengih lagi.
"Patutnya aku cakap je yang aku jumpa tadi! Hahahah! Mesti dia terkejut pastu muka dia mesti lawak! Macam monyet! Pfft!" Mingyu ketawa suka. Tiba-tiba dia mengeluh panjang.
"Hana tu..dia tak ingat aku ke?" Soal Mingyu kehairanan sambil kedua tangannya diletakkan dibelakang kepala. Matanya masih memandang siling.
"Lee Hana. Aku gembira dapat jumpa kau lagi." Dia kembali tersenyum.
******
To Be Continued......
Author harap 🙌 citer ni dapat menggembirakan kalian yang membaca.
Walaupun author ni..takde la gempak sangat dalam bab penulisan ni📖📝📝..
Tapi
Jauh disudut hati author ini😔..
Author mengharap sokongan dan dorongan dari kalian😊😊
Author akan sentiasa memperbaiki gaya penulisan supaya semakin gempak dan gempak😁😁😄
Vote lah. Janganlah kedekut vote😂😂😂😂
Comment lah supaya author boleh tahu apa yang kalian rasa pasal cerita ini.😆😆
🙌🙌🙌🙋
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...