Taehyung mundar-mandir dihadapan rumah Hana. Jam ditangannya direnung.
"Adui! Hana ni bersiap ke jahit baju? Apsal lama sangat?! Haish!" Omel Taehyung sendirian.
Manakala, Hana yang sudah bersiap mengintai Taehyung melalui tingkap kecil pintu rumahnya. Hatinya berdebar untuk berhadapan dengan Taehyung.
"Alamak, kenapa aku rasa segan sangat ni? Aih! Hana! You can do it!" Dadanya diusap supaya tenang untuk berhadapan dengan Taehyung. Pintu rumahnya dibuka.
"Lambat lagi ke dia nih? Aku tinggal kang baru tahu!" Omel Taehyung lagi.
"Oi..sori lambat. Dah jom." ucap Hana tanpa memandang Taehyung.
"Hah! Baru kelu-" Taehyung termati kata. Matanya memandang Hana atas bawah. Dia susah nak percaya yang dihadapannya adalah Hana, bestfriendnya sejak darjah 1.
"Kau tunggu apa lagi tu? Jom lah." Hana memberanikan diri memandang Taehyung.
"Hana.."
"Apa?"
"Pfftt! AHAHAHAHAHAA!" Taehyung ketawa terbahak-bahak.
Hana mencebik. "Kau kenapa gelak?!"
"Apsal muka kau tuh?! Macam badut je aku tengok! Badut pun lagi lawalah! Ahahaha! Kau buat apa hah kat muka kau tu? Lawak siut!" Soal Taehyung sambil menyuakan jari telunjuknya ke arah wajah Hana.
Lebih kurang macam ni la..huhuhu
"Ish! Aku tahu lah aku buruk! Tak yah la gelak! Bongok la kau!" Hana mencapai tisu basah yang dibawanya lalu mengelap wajahnya sehingga bersih.
"Kau ni macam-macamlah. Kalau kau tak pakai benda merah-merah tu lagi cantik. Aku lagi suka kau yang biasa. Dah, jomlah.. Kita dah lambat ni." Ucap Taehyung sambil melangkah pergi.
Hana terkedu dengan kata-kata Taehyung, dia tidak berganjak dan hanya memerhatikan Taehyung. Taehyung yang perasan Hana tidak berganjak, terus memimpin tangan Hana.
"Kumawo." Hana bersuara perlahan menyebabkan Taehyung memandangnya.
"Takde hal. Dah lah, jom. Aku tak sabar nak melantak banyak-banyak." Ucap Taehyung sambil tersengih petak.
***
Jamuan akhir tahun sekolah.
Hana duduk semeja dengan Taehyung, Jimin, dan Aeyoung. Dewan sekolah mereka dijadikan tempat berlangsungnya jamuan akhir tahun. Ramai pelajar sekolah rendah daerah Busan menghadiri jamuan akhir tahun sekolah. Mereka makan, menyanyi, selfie, berborak, dan macam-macam lagi.
"Perhatian! Perhatian!" Ucap satu suara diatas pentas iaitu MC Jamuan tersebut.
Semua mata tertumpu pada MC tersebut.
"Tahun ini, Jamuan akhir tahun sekolah istimewa sikit..sebab, pihak sekolah telah menjemput idol group!!!"
Mereka semua bersorak gembira.
"Mempersilakan! BTS!!!!!"
"Anyeong! We are BTS imnidaaaa!" Serentak mereka memperkenalkan diri.
Semua pelajar yang hampir semuanya adalah Armys menjerit macam kena histeria apabila idol group mereka datang membuat persembahan. Mereka terus menyerbu pentas apabila BTS membuat persembahan.
"Wuish! Ramai gak peminat dorang kat sekolah ni kan Taehyung?" Hana memandang Taehyung. Taehyung sekadar angguk kerana matanya fokus ke tempat lain.
"Hana, aku keluar jap ea. Nanti aku datang balik." Taehyung bangun lalu menapak keluar dewan.
Hana mengangguk, dia memandang Aeyoung yang sibuk bersorak dipentas.
"Rasanya, inilah masanya untuk aku confess," Hana memandang Taehyung yang tidak jauh darinya. Pantas dia mengikuti langkah Taehyung.
***
Taehyung melangkah menuju ke kelasnya. Dia sudah berjanji dengan seseorang untuk bertemu disitu. Akan tetapi, dirinya merasa seperti diekori lalu dia menoleh kebelakang. Tiada sesiapa. Dia meneruskan perjalanannya tetapi dengan langkah yang lebih cepat.
"Alamak! Dia nampak aku ke tadi? Haish," Hana mengetuk kepalanya. Perlahan-lahan dia bangkit untuk mengintai Taehyung. Dirinya terpempang kerana kelibat Taehyung sudah tidak kelihatan.
"Adui, lajunya dia jalan?! Hish! Mana aku nak cari dia ni?" Hana mula melangkah mengikut kata hatinya untuk mencari Taehyung.
Sementara itu, Taehyung menyentuh dadanya. Dia menarik nafas sedalam yang boleh lalu dilepasnya perlahan-lahan. Pintu kelasnya ditarik dan dia menapak masuk ke dalam kelas.
"Seolhae."
Seolhae yang termenung memandang luar menoleh memandang Taehyung. Dia bangkit dari duduknya apabila Taehyung mula merapati dirinya.
"Ada apa nak jumpa?" Mata mereka bertembung sekejap sebelum Seolhae tunduk memandang lantai.
"Aku..." Taehyung mendekati Seolhae lalu kedua tangannya menyentuh kedua bahu milik Seolhae. Seolhae terkedu lalu mendongak memandang wajah Taehyung yang sangat dekat dengannya. Hatinya mula berdebar.
"Kau..apa?" Seolhae bersuara.
"Aku.." Taehyung merenung kedalam anak mata Seolhae
******
To Be Continued.....
Agaknya..apa yang Taehyung nak cakap kat Seolhae ye?
Dapat ke Hana confess kat Taehyung?
Vote.
Comment.
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...