Puas Hana berjalan sekitar bangunan sekolahnya, namun kelibat Taehyung masih tidak dijumpai.
"Mana dia pergi? Owh ya! Kelas dia, aku tak pergi lagi. Mungkin dia kat situ kot" Langkah kakinya diatur menuju ke kelas Taehyung.
***
"Kau..apa?" Seolhae bersuara
"Aku.." Taehyung merenung ke dalam anak mata Seolhae.
"Aku sukakan kau," akhirnya perkataan itu berjaya diungkapkan oleh Taehyung.
Seolhae memandang wajah Taehyung lalu tersenyum. Kemudian, tangan Taehyung diraih. Tak lama lepas itu, Seolhae angguk tanda setuju. Taehyung tersengih gembira kerana perempuan kesukaannya turut menyukai dirinya lalu tubuh kecil Seolhae dipeluk.
"Kumawo, Seolhae-ah."
***
Hana berdiri diluar kelas Taehyung. Dia menekup mulutnya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Taehyung bersama-sama dengan Seolhae berdua-duaan di dalam kelas. Apatah lagi, mereka berkucupan.(Walaupun dorang baru 11 tahun, tapi jangan hairan kalau dorang kiss..kahkahkah..author bukan byuntae!😂)
Tangisan Hana tidak dapat ditahan lagi lalu dia menitiskan air matanya. Perlahan-lahan dia melangkah pergi walaupun dia tidak tahu kemana harus dia membawa diri.
Taehyung menoleh ke arah luar kelas. Dia seperti terdengar sesuatu.
"Wae?"
"Tak..takde pape. Jom pergi dewan balik," Taehyung memimpin tangan Seolhae yang sudah rasmi menjadi yeojachin nya.
"Eo," Seolhae tersenyum.
***
Hana cuba untuk meredakan tangisannya. Namun, memori Taehyung berkucupan dengan Seolhae berulang-ulang didalam ingatannya yang menyebabkan dirinya kembali menangis.
"Apa ni Hana? Kau tak confess lagi kat dia, dia dah reject kau." bisik Hana sendirian. Kemudian, matanya terpandang pokok sakura yang dia dan juga Taehyung selalu lepak. Dia mendekati pokok tersebut. Dia duduk bersandar dibawah pokok sakura itu.
" Aku ni betul-betul bodoh. Sah-sahlah Taehyung takde perasaan kau kau, sebab dia anggap aku ni kawan dia je. Aku je yang terhegeh-hegeh suka kat dia. Apalah.." Air matanya kembali menitis. Dia menangis sepuas-puasnya.
***
Dewan...
Jimin terpandang kelibat Taehyung yang masuk ke dewan bersama-sama dengan Seolhae. Jimin kehairanan, dia fikir Taehyung bersama dengan Hana.
"Tae! Oi Tae!" Jimin melambai-lambai. Taehyung yang ternampak Jimin terus mendekati Jimin.
Aeyoung terdiam tatkala Taehyung memimpin mesra tangan Seolhae. Taehyung yang perasan perubahan riak wajah sahabatnya itu tersengih melihat dua rakannya yang memandang dirinya bersama Seolhae. Tangannya yang masih memimpin kemas tangan Seolhae diangkat lalu disuakan kepada Jimin dan Aeyoung.
" Kitaorang dah kapel."
Jimin terkejut manakala Aeyoung ternganga. Seolhae pula tersenyum malu.
"Serius ke weh?" Jimin menepuk bahu Taehyung yang tersenyum kotak.
"Iye! Hahahah!" Taehyung ketawa suka.
Jimin angguk. Lalu dia menjeling Aeyoung dengan ekor matanya.
Aeyoung pula menggigit jari risaukan keadaan Hana."Aku ingatkan kau dengan Hana." kata Jimin sekadar berbisik sendiri namun masih boleh ditangkap oleh Taehyung.
"Apa yang kau cakap?"
Jimin menggeleng.
"Tak tak..takde pape. "
Taehyung tersengih, tiba-tiba senyumannya mati. Dia menoleh kekiri dan kanan.
"Mana Hana?"
Jimin dengan Aeyoung berpandangan. Mereka menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Aku tengok tadi, dia dah takde. Aku ingat dia dengan kau."
Taehyung menggeleng.
"Aku keluar sorang je tadi. Dia ada mesej kau tak Aeyoung?"
Aeyoung menggeleng.
"Mungkin dia dah balik kut?" Seolhae bersuara.
"Yeke?"
"Dia dah balik?"
Taehyung memandang Seolhae. Dia mengeluh.
"Mungkin kut. Hmm, guys..aku nak cakap sikit ni," Taehyung memandang Jimin dan Juga Aeyoung.
"Cakap la..apa dia?"
"Janji dengan aku, jangan bagitahu Hana. Aku taknak dia sedih." Taehyung tunduk.
Seolhae merenung wajah Namjachin nya. Tangan Taehyung disentuh lembut. Taehyung menoleh memandang Seolhae, dia tersenyum.
"Cepatlah! Kau ni buat suspen je!" Ujar Jimin tidak sabar.
"Aku kena pindah. Lusa."
"Apa?!" Soal Jimin seraya berdiri mengejut.
"Habis tu, kau taknak bagitahu Hana ke?" Soal Aeyoung pula.
Taehyung menggeleng.
"Jangan bagitahu dia, tolong."
Jimin memandang Seolhae yang kelihatan tenang.
"Seolhae macam mana? Korang kan baru kapel? Kau pindah mana?"
Taehyung memandang Seolhae.
"Seoul. Appa aku kena transfer sana. Sebenarnya, aku terpaksa amik program pertukaran yang pihak sekolah buat disebabkan appa aku kena transfer kat seoul. Yang pasal Seolhae, aku tak tahu pulak dia pun amik program tu. Aku ingat, aku nak confess kat dia sebelum aku pindah, pastu bagitahu dia yang aku akan berpindah. Tapi rupanya, dia pun akan pindah jugak." Taehyung tersenyum memandang Seolhae.
"Owh..tapi..Bagitahu la kat Hana. Korang bestfriend kot!"
Taehyung menggeleng. Dia tak sanggup nak bagitahu Hana. Jimin dan juga Aeyoung mengeluh.
"Hana, mianhae.." Bisik Taehyung didalam hatinya.
******
To Be Continued...
Vote..
Comment..Enjoy reading..
YOU ARE READING
I Choose You
FanfictionAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...