Hana melangkah keluar dengan keadaan yang agak bengang daripada Library selepas menamatkan sesi study yang agak huru-hara. Aeyoung, Jimin, dan juga Jungkook terkedek-kedek mengejar Hana dari belakang.
"Kau lah ni! Tengok Hana dah marah!" Aeyoung mengetuk kepala Jimin.
"Eh! Apa pulak?!" Jimin menjeling Aeyoung.
"Arh, dah la tu. Jom pujuk Hana." Jungkook berlari mendapatkan Hana.
"Kata nak study! Ni tak sampai bape minit dah buat benda lain" omel Hana tidak puas hati.
"Hana! Jap!"
Hana memandang tiga orang kawannya yang berlari kearahnya.
"Hana, sori la. Aku boringlah asyik belajar je. Jom makan tteobokki? Aku belanja" Jimin membuat puppy eyes dengan harapan Hana memaafkan dirinya.
"Hana, janganlah macam ni. Sori ea?" Giliran Aeyoung pula memujuk.
"Lain kali, kitaorang janji! Mata melekat je kat buku! Janji" Tambah Jungkook pula sambil meletakkan tangannya didada dan sath lagi diangkat macam nak berikrar.
Hana merenung wajah kawan-kawannya. Dia tersengih.
"Yah Jimin! Kau buat lagi puppy eyes tu! Aku sepak kau!"
Serentak mereka berempat ketawa suka.
Flashback..
Hana, Aeyoung, Jimin, dan juga Jungkook memilih meja yang agak jauh daripada orang lain.
"Kita nak belajar apa dulu ni?" Soal Hana
"Math! Aku serius tak paham satu apa pun! Dalam kelas aku tido!" Jimin terus membuka buku teks Math. Matanya membulat lalu menutup kembali buku mathnya itu. Yang lain hanya pelik dengan Jimin.
"Kenapa tutup balik?" Aeyoung menjeling Jimin yang tersengih.
"Sejarah lah! Kita belajar sejarah dulu! Ahahah.." Jimin menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Hahaha! Tak paham letuw" Jungkook ketawa suka. Jimin memberikan death glarenya kepada Jungkook. Jungkook terus membuat gaya sedang meng'zip' mulutnya.
"Okaylah, kita belajar sejarah je la dulu." Hana membuka buku teksnya.
Mereka kemudiannya memulakan study group dengan mat pelajaran sejarah. Namun, tak lama lepas itu, Jimin ketawa perlahan. Jungkook menjeling Jimin yang tiba-tiba ketawa itu. Tak lama lepas tu, mereka berdua ketawa bersama-sama.
Aeyoung dengan Hana berpandangan.
"Korang ni kenapa gelak-gelak?" Soal Hana.
"Aah! Kenapa? Kelakar sangat ke sejarah tu?" Aeyoung terus merentap buku teks Jimin yang ditegakkan itu sehingga jatuh.
Mata mereka berdua membulat.
"Korang baca komik?!" Soal Aeyoung.
Hana menjeling Jimin dan Jungkook yang tersengih-sengih.
"Weh! Komik apa yang korang baca? Lawak sangat ke? Nak baca gak boleh?" Aeyoung menarik komik milik Jimin yang jatuh tadi.
"Aeyoung!" Hana bangun dari duduknya.
"Korang ni nak study ke tak?! Kalau tak, aku balik dulu!" Tambah Hana lagi.
Aeyoung, Jimin, dan Jungkook tercengang apabila Hana naik angin. Mereka bertambah cuak apabila Hana mengemas barang-barangnya dan beredar meninggalkan mereka.
End Flashback..
Ahjuma ddeobokki meletakkan hidangan ddeobokki diatas meja Hana and the geng.
"Kumawo ahjuma" Jimin tersengih sambil mengambil chopstik.
"Banyaknya!" Jungkook menggaul rata ddeobokki.
"Jom makan!" Serentak mereka bersuara.
Maka bermulalah, sesi mengisi perut dengan ddeobokki yang sedap itu.
"Jap ea, aku gi mintak cheese kejap." Jungkook bangun lalu berlari ke arah ahjuma yang sibuk melayan pelanggan.
"Aku nak gi toilet jap. Hana, kau nak ikut?", Aeyoung memandang Hana lalu Hana menggeleng.
"Okaylah aku gi toilet jap. Wei gemok! Jangan habiskan tau!" Aeyoung sempat menolak kepala Jimin yang asyik menikmati ddeobokki.
"Aish! Bonggok kau Aeyoung!" Jimin kembali menikmati ddeobokkinya. Tak lama lepas tu, Jimin memandang Hana yang hanya menguis-nguis makanannya.
"Asal kau tak makan?"
"Hah? Ak..aku makanlah ni."
Jimin mengeluh.
"Kau.." Jimin merenung Hana yang mula gelisah.
"Apa?! Kenapa pandang aku camtu?" Hana mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook yang tengah berbual dengan ahjuma ddeobokki.
"Kau..sebenarnya...."
******
To Be Continued....
Enjoy!
Vote!
Comment!
YOU ARE READING
I Choose You
FanficAntara BTS dengan SEVENTEEN, mana satu yang korang akan pilih? Dan siapa yang akan korang pilih diantara dua Kim's? Kim Taehyung atau Kim Mingyu? Seorang adalah sahabat lama dan seorang lagi adalah sahabat baru kepada gadis bernama Lee Hana. Nak tah...