1

94 14 0
                                    

Aeyoung berlari anak ke arah kelas Hana.

"Hana! Hana!" teriak Aeyoung sambil berlari.

"Tu macam suara Aeyoung?" Hana mendekati tingkap kelasnya lalu menjenguk keluar. Ternyata Aeyoung berlari dikoridor sambil memanggil namanya.

"Hana!"

"Hah, kau ni kenapa Aeyoung? Terpekik-pekik?"

"Esok!"

"Kenapa dengan esok? esok kan sabtu?"

"Adui kau ni! esok pihak sekolah nak buat jamuan akhir tahun sekolah lah!"

"Jadi?" Hana masih tidak mengerti. Aeyoung menarik Hana supaya mendekatinya

"kau boleh la guna peluang tu untuk confess kat Taehyung!" Bisik Aeyoung teruja. Dia sememangnya tahu yang Hana menyukai Taehyung lebih dari kawan.

Hana memukul bahu Aeyoung lembut sambil meletakkan jari telunjuknya dibibir. Aeyoung tersengih sambil menoleh kiri dan juga kanan.

"Hehehe, mian."

"Ish! taknak lah! Nanti persahabatan kitaorang rosak lak." Hana mengeluh.

"Ala, kalau tak cuba, tak tahu kan? Mana tahu dia pun suka kat kau?"

Hana mencebik. Dia buntu. Sememangnya Taehyung memang ramai peminat. Cantik-cantik pulak tu kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang agak comot dan kelakian itu.

"Tengoklah nanti macam mana" Hana menggaru kepalanya.

"Assa! Nanti apa-apa, bagitahu aku ya!" Aeyoung berlalu pergi.

Hana mendengus kecil lalu dia ke tempatnya.

***

Waktu balik sekolah.

Taehyung bersandar pada pokok sakura sambil menikmati keindahan bunga sakura yang sedang mekar. Dia melirik jam tangannya.

"Mana si Hana ni? Aku balik dulu baru tahu!" Getus hatinya. Sedang dia membebel sendiri, matanya tertangkap kelibat Seolhae, ketua kelasnya yang sedang berjalan melintasi kawasan itu.

"Seolhae.."

Langkah kaki Seolhae terhenti kerana Taehyung memanggil namanya.

"Eo, Taehyung. Wae?"

Taehyung menggosok belakang lehernya. Dia sendiri buntu, kenapa dia memanggil Seolhae. Otaknya kosong. Tidak tahu alasan apa yang perlu diberikan kepada Seolhae.

"Em.." Taehyung terpandang poster bertulis Jamuan Akhir Tahun yang dilekatkan pada dinding koridor yang tidak jauh daripadanya.

"Kalau takde pape, saya pergi dulu la."

"nanti!"

Seolhae memandang tangan Taehyung yang memegang kemas tangannya.

"Mian. Esok, jamuan akhir tahun sekolah. Kau pergi tak?" Taehyung merenung wajah Seolhae yang tenang itu.

"Pergi, kenapa?"

"Aku ada something nak bagi tahu kau. Esok."

"Okay.." Seolhae menggangguk, lalu dia menghadiahkan senyuman manis kepada Taehyung sebelum beredar.

Taehyung memerhatikan Seolhae berlalu pergi. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.

"Oi Taehyung!" Hana berlari anak mendapatkan Taehyung.

"kau lambat.."

"Mian! Tadi Cikgu suruh aku tolong dia. Pastu ak-"

"Takpee~. Dah jom, aku belanja kau makan." Taehyung tersengih kotak.

"Biar betol kau ni?"

"Dah cepat! sebelum aku tukar fikiran." Taehyung menyerabutkan rambut Hana.

"Nae! Em..Taehyung, esok kau pergi tak jamuan?" soal Hana sambil memeluk bahu Taehyung. Well ketinggian mereka lebih kurang je. Dorang ni baru darjah 5 tau! Sekolah rendah lagi..

Taehyung merenung wajah Hana dengan pandangan kosong. Lalu dia tersengih kotak.

"Mestilah! aku nak melantak banyak-banyak! Hahahaha." jawab Taehyung sambil menggosok perutnya.

Hana tersenyum melihat telatah Taehyung yang baginya tersangatlah cute itu.

***

Hana mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan tuala. Memori dia bersama-sama Taehyung petang tadi bermain dimindanya. Dia mengukir senyuman.

Flashback..

Hana mengaul jajangmyun-nya lalu terus menjamahnya seperti orang yang sudah lama tidak makan.

Taehyung menggeleng kepala melihat kawan baiknya itu.

"Kau ni tak padan dengan perempuan lah! makan gelojoh! Tengok tu! habis comot! haih." Seloroh Taehyung sambil tangannya mencapai sehelai tisu lalu ditonyoh pada mulut Hana yang comot itu.

Hana terkedu disaat mulutnya dilap dengan tisu oleh Taehyung. Hatinya berdegup kencang namun dia cuba act normal.

"Hehe. Sayang jugak ye kau kat aku?" Hana tersengih.

"Mestilah sayang! bestfriend aku tu! Dah-dah, cepat makan. kau makan comot lagi, kau bayar sendiri jajangmyun kau tu." Taehyung smirk sambil kening sebelahnya terangkat.

"Yela-yela."

End of flashback.

Hana tersenyum. Hatinya mula berdegup laju.

" dia sayang aku?" Hana melabuhkan punggung diatas kerusi study-nya.

"Ala, kalau tak cuba, tak tahu kan? Mana tahu dia pun suka kat kau?"

Kata-kata Aeyoung menerjah masuk ke dalam kotak memorinya. Dia mendengus kecil.

"Perlu ke aku confess kat dia? Tapi kalau dia tak suka macam mana?"

Dia mengeluh panjang. Gambar dia bersama Taehyung yang menghiasi meja studynya direnung.

"Tapi Aeyoung betul! Kalau tak cuba tak tahu kan? mungkin aku perlu cuba." Hana mengangukkan kepalanya cuba memberi semangat kepada diri sendiri.

"Esok! Aku nak confess kat Taehyung!" dia bangun lalu merebahkan badannya diatas katil sebelum dia tertidur.


******

To Be Continued...

Hope u guys enjoy😀😀

I Choose YouWhere stories live. Discover now