Suri Ilhamku

2.6K 20 0
                                    

Suri POV

"Ibu, Ibu tak bolehlah paksa Su kahwin. Lagi pun Su belum bersedia. Banyak lagi benda yang Su nak buat",aku cuba memujuk Ibuku.

"Su, ko nak tunggu apa lagi. Engkau tu bukannya semakin muda. Muka tu semakin berkedut. Ko nak jadi anak dara tua ke. Ibu ni dah tua. Entah esok entah lusa tuhan ambil nyawa Ibu bila-bila masa saja. Ibu ni teringin timang cucu sebelum Ibu mati", bebel ibuku panjang lebar.

"Alah bu. Su tak mahulah. Entah siapa yang Ibu nak Su kahwin. Su tak kenalpun orangnya. Namanyapun Su tak pernah dengar. Anak siapa,dari mana, kerja apa semua Su tak tahu. Silap nanti macam abah. Tak mahulah".

Ibu diam. Mulutnya tertutup rapat. Ops! Aku tak sepatutnya menyebut nama abah depan ibuku. Aku cukup faham setiap kali abah disebut, ibu pasti akan menitiskan air mata.

"Alah ibu." Aku memeluk bahu ibuku." Maafkan Suri bu." Aku memujuk. Tak perlu aku tambahkan lagi kesedihan dihati ibu. Walaupun sudah bertahun abah tiada tapi ibuku tetap akan menitiskan air mata setiap kali nama abah disebut. Kenangan hidup bersama abah tak akan dapat ibu lupakan. Manusia seperti abah memang ramai, tapi tiada siapa di dunia ini yang dapat tandingi abah. Abah memang satu dan tiada pengganti.

"Okey ibu, ibu mahu apa. Su belikan. Kita shopping mahu tak bu. Ibu suka bukukan. Kita pergi kedai buku. Kita shopping buku. Nak tak, naik tak ".

" Ibu tak mahu! Ibu mahu cucu. Cucu!"

"CUCU! Ibu...ibu ni tak habis lagi ke kisah kahwin ni. Su tak mahulah. Su dah katakan, TAK MAHU. Muktamad", bentakku.

"Okay. Fine. Muktamad juga ibu kata ibu mahu cucu". Ibu ku berlalu terus ke biliknya. KLIK. Ibu mengunci pintu biliknya. O'o..itu tandanya ibu merajuk denganku. Tak tahulah nanti berapa lama ibu akan perang dingin denganku. Aku menyandar pada sofa sambil melepaskan nafas panjang. Aku perlu fikir, bagaimana untuk ku katakan pada ibu bahawa sebenarnya aku sememangnya tidak mahu berkahwin. Untuk apa berkahwin. Aku ada kerja. Kerja ku bagus. Duitku cukup untuk aku dan ibuku. Aku ada kereta, ada rumah. Semuanya aku ada. Aku tak perlukan lelaki dalam hidupku. Aku boleh hidup tanpa lelaki. Aku boleh jaga diriku dan aku boleh jaga ibuku. Untuk apa berkahwin. Kahwin...menambahkan kusut dikepala. Kahwin...menyusahkan. Kahwin...aku terbayangkan muka arwah abahku. Aku terbayangkan air mata ibuku. Aku terbayangkan diriku ditempat ibuku. Oh tidak. Aku takkan benarkan hidupku menjadi seperti ibu. Aku takkan izinkan. Aku bahagia dengan cara hidupku sekarang. Aku bebas. Aku boleh buat apa yang aku suka. Aku boleh pergi kemana aku suka. Tak perlu ada kekangan. Kenapa ibu tak faham. Sepatutnya kenangan hidup dengan abah sudah cukup buat ibu faham kenapa aku tak mahu berkahwin. Tetapi kenapa ibu tak faham. Kenapa ibu mahu aku jalani kehidupan sepertinya dahulu. Aku mengeluh. Terasa pernafasan ku seperti tersekat di dada ku.

Aku melihat ke pintu bilik tidur ibuku. Senyap. Mungkin ibu sudah tidur. Tak apalah. Biarlah ibu tidur. Biarlah ibu berehat. Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 4 petang. TV didepanku masih menyiarkan siaran National Geografic. Rancangan kegemaran ku. Tapi kali ini hatiku hambar untuk menikmati rancangan kegemaranku. Fikiranku masih memikirkan ibu. Masih memikirkan kahwin. Masih memikirkan Ilham. Siapa Ilham. Kenapa ibu bertekad menyuruh ku mengahwini Ilham. Dari mana ibu mengenali Ilham. Siapakah Ilham sebenarnya. Argh! Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Tensionnya. Tensionnya. Ilham Ilham. Argh!! Ibu memberi ku masa 2 hari untukku buat keputusan. Aku tak perlukan 2 hari untuk berfikir, 2 minit aku sudah boleh beri kata putus ku. Tapi nampak gayanya ibu tidak bersetuju dengan keputusanku.

Ibu ini hidup Suri. Biarlah Suri yang menentukan kehidupan Suri. Ini hak Suri. Suri tak mahu berkahwin. Suri hanya mahu ibu disamping Suri. Biarlah Suri menjaga ibu, membalas jasa ibu. Suri sanggup bertukar nyawa demi ibu. Permintaan ibu untuk Suri berkahwin, takkan dapat Suri tunaikan. Tidak akan sekali berlaku sambil aku melepaskan nafas panjang.

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now