Plan Ilham

984 21 0
                                    

Suri POV

Rumpun buluh di depan pagar rumah ibuku semakin jelas. Aku memandu keretaku perlahan seolah-olah baru 5minit yang lalu aku baru terima kereta baru dari kedai kereta. Apabila sampai di laman, aku memberhentikan keretaku betul-betul menghadap ke pintu rumah. Pintu tertutup rapat tapi tingkap di ruang tamu terbuka luas. Ibu memang tak suka diwaktu siang hari, tingkap tertutup. Panas, rimas dan rumah akan berbau katanya. Ibu selalu membebel padaku jika aku terlambat buka tingkap di waktu pagi. Rezeki tak masuk dan angin tak lalu katanya. Ada sajalah petua ibu.

Aku membuka pintu keretaku dan memberi salam. Tiada jawapan. Aku memberi salam lagi, kali ni agak kuat berbanding yang mula tadi. Kali ini ibu menjawabnya dari dapur. Ibu menyuruhku terus ke dapur sahaja. Aku menuruti arahannya. Sampai sahaja di muka pintu dapur yang terbuka, aku melihat ibuku sedang makan. Patutlah dia menyuruhku ke dapur sahaja. Ibu tergamam melihatku, ku lihat matanya bergenang sehinggalah air mata ibu menitis satu persatu sehinggalah deras mengalir bagaikan paip pecah. Segera aku mendapatkan ibu dan memeluknya erat. Ibu membalas pelukanku sambil mengusap belakangku dengan tangan kirinya.

"Kenapa lama sangat, baru sekarang Suri nak balik jenguk ibu. Kalau ibu mati macammana Suri? Langsung Suri tak dapat jumpa ibu."

"Maafkan Suri bu. Bukan Suri tak mahu balik, tapi kerja terlampau banyak sangat. Maafkan Su." Aku memeluk ibuku lagi kuat. Seolah-olah dengan pelukan yang kuat ini, malaikat mautpun tak akan dapat mencabut nyawa ibuku.

"Sudah, sudah. Sakit dada ibu ni. Mari kita duduk."

Ibu melepaskan pelukanku. Tanganku dipimpin ke kerusi di sebelahnya.

"Duduk sini. Dah makan? Ibu masak ini je. Suri tak cakap pun yang Suri nak balik. Kalau tidak ibu masak lauk kegemaran Su."

"Eh tak apa ibu. Ini pun dah sedap ni. Rindu ibu dan masakan ibu. Tapi banyak juga ibu masak ni?"

"Ilham kata nak balik. Tiba-tiba tak jadi, kata ada urusan penting. Nasib baik Su balik, rezeki Su lah jadinya."

Aku mengetapkan bibirku, ketat. Apa si setan tu buat kat kampung aku. Tak habis-habis dia nak menyusahkan aku. Tak puas lagi ke hati dia, buat aku macam ni. Terbuang di bandar seorang diri sedangkan dia berseronok bermanja dengan ibuku dikampung. Memang dasar setan lah dia. Ibu berlalu untuk mengambil pinggan untukku sambil menggelengkan kepala. Aku tahu, ibu tahu apa yang sedang aku fikirkan sebab itulah ibu menggelengkan kepalanya.

"Sudah-sudah lah tu Su. Ilham tu suami kamu. Suami sah kamu. Kamu nak tolak dia sampai bila. Kamu ni menggantungkan diri kamu sendiri. Bukan si Ilham yang gantungkan kamu tak bertali. Kamu sendiri." Ibu membebel sambil menghulurkan pinggan kepadaku.

"Ibu, Su ni baru je sampai. Jangan lah ibu cakap pasal dia lagi. Su tak mahu dengar, Su hanya nak dengar cerita ibu sambil makan ni. Itu je . Tak ada seleralah kalau dengar nama dia."

"Ibu ni...ibu kamu. Kamu ni dah buat salah jadi ibu kena tegur kamu. Ilham tu.."

"Ibu, please...Su tak mahu dengar nama diapun. Kemudian sajalah ye ibu. Kita makan dulu."

Ibu mengeluh berat sambil meletakkan nasi ke pingganku dan selepas itu ibu langsung tak bersuara sehinggalah kami selesai makan.

"Ada kamu jumpa suami kamu?"

Aku hanya mendiamkan diri. Malas aku melayan soalan ibu. Asyik-asyik Ilham, asyik-asyik Ilham. Nak termuntah aku mendengar namanya.

"Ada kamu bercakap dengan dia? Ni kamu balik kampung ni ada kamu minta izin dari dia?"

"Eh ibu. Ini kampung Su, ibu Su. Kenapa nak minta izin pula. Suka hati Su lah nak balik sini. Nak lawat ibu sendiripun tak boleh?"

"Dia suami kamu, kamu nak keluar rumah pun kena minta izin. Jangan main redah je. Ilham tu, kamu kena dahulukan. Ibu ni nombor 2 itupun kalau Ilham izinkan. Kalau tidak, kamu tak boleh balik sini. Bukan ibu tak suka kamu balik, tapi kita isteri ni kena patuh cakap suami. Kamu faham tu."

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now