"So Suri, dah hampir seminggu you tidur rumah Ilhamkan. So macammana? You dah boleh terima dia sebagai hubby you ke." Fira berdiri di depan meja Suri, menunggu jawapan Suri.
"Entahlah. Aku masih marah pada dia. Dengan kau sekali. Aku tak sangka korang semua berpakat mainkan aku. Aku ingat kita ni best friend Fira. Sampai hati you berpaling tadah."
"Alah, Suri. Aku bukannya berpakat dengan Ilham. Benda ni berlaku tanpa kita orang rancang pun. Terjadi dengan sendiri. Lagipun aku hanya membantu mengeratkan hubungan korang. Kau patut bersyukur aku ni tolong kau. Kalau tak, kau takkan kenal Ilham."
"Ye, kenal sebagai chef yang datang dari kampung kau kan. Kau patut kenalkan dia sebagai Ilham, suami aku Fira."
"Oh wait Suri. Kalau aku cakap dia suami kau, kau terima dia tak? Kau beri dia peluang tak? Tak kan. Aku kenal kau Suri. Hati kau keras macam batu. Kau langsung tak peduli untuk ambil tahu siapa Ilham, suami kau. Kau tolak dia mentah-mentah. Kau tak nak kenal dan terima dia. Bagi kau Ilham tu hanya menyusahkan kau. Tapi bila aku kenalkan dia sebagai budak satu kampung aku, kau senang je terima dia. Kenapa Suri. Kenapa kau tak boleh terima Ilham tapi kau boleh terima orang lain. Apa yang Ilham dah buat sampai kau benci sangat dengan dia."
"Aku benci dia sebab dia kahwin dengan aku tanpa rujuk pada aku dulu. Dia terus terjah nak kahwin dengan aku. Aku tak kenal dia. Sebab dia aku gaduh dengan mak aku. Sampai mak aku sanggup tak mengaku aku ni anak dia. Sebab tu aku benci dia."
"Tapi sekarang kau dah kenal dia, kau tahu kenapa dia mahu kahwin dengan kau, kau masih benci pada dia."
"Aku tak tahu. Yang pasti aku tak boleh terima dia. Tapi aku juga tak boleh kehilangan dia. Aku tak tahu Fira."Suri bersuara perlahan.
"Okay, tolak alasan kenapa dia kahwin dengan kau, dia memang cintakan kau, Suri. Kau buka mata kau sikit, malam kau kahwin, kau lari. Dia sabar tunggu kau sampai kau balik. Dia tak marah kat kaupun. Dia beri kau masa yang kau perlukan untuk kau terima dia. Kau tak tahu, dia macam hilang arah, cari kau macam kucing hilang anak. Aku kasihan tenguk dia masa kau lari tapi aku dah janji dengan kau takkan bagitahu sesiapa, jadi aku diamkan je."
Suri mendiamkan diri kali ini. Hatinya berbelah bahagi. Antara terima dan tidak. Egonya kata tidak tapi hatinya kata ya.
"Suka hati kaulah Suri. Kalau aku jadi kau, aku akan tolak ego aku ke tepi. Ilham tu dah cukup sabar dengan kau. Kalau ikut ego, Ilham tu sepatutnya lebih ego dari kau. Ego sebagai lelaki, ego sebagai suami dan ego sebagai CEO IS Corp. Siapa tak kenal dia Suri. Kau seorang je yang tak kenal dia. Orang lain akan berlutut hanya untuk berdiri sebelah dia tapi kau, ego kau terlalu tinggi sampai kau jadi buta. Buta sebab kau tak nampak betapa Ilham tu cintakan kau." Fira memusingkan badannya meninggalkan Suri sendirian di dalam pejabatnya. Fira benar-benar rasa meluat dengan perangai Suri. Ego tak bertempat dan keras kepala yang melampau. Jika Suri beri Ilham sedikit ruang dalam hatinya, mungkin Suri akan nampak siapa Ilham sebenarnya.
Sepanjang hari, Fira langsung tidak tunjuk muka pada Suri. Pertama dia memang sibuk dan kedua, hatinya masih geram pada Suri. Memanglah Fira tidak layak masuk campur urusan rumahtangga Suri, tapi Suri ni terlampau degil. Jika Tak ada orang yang tegur perangainya, dia takkan sedar. Sedangkan dah ditegur pun, Suri masih keras kepala.
Suri menutup komputernya dan bersiap untuk balik. Hari ini, dia perlu balik ke rumahnya sendiri untuk mengambil baju baru. Kemudian baru dia akan menuju ke rumah Ilham. Ibu masih tak mahu tinggal di rumah Suri, jadi Suri terpaksa tinggal sebumbung dengan Ilham. Sepanjang Suri tinggal dengan Ilham, Suri hanya bersikap seperti biasa. Suri banyak menghabiskan masanya berkurung di dalam biliknya. Dia akan cuba mengelak dari bertembung dengan Ilham. Kali ini Suri benar-benar keliru. Dia sendiri tidak faham, dia tak rasa marah pada Ilham, dia tak rasa benci, dia tak rasa Ilham tu menyakitkan hatinya, dia tak rasa dia menolak Ilham malah tiada dendam lagi dalam hatinya. Setiap hari, Suri sebenarnya tidak sabar mahu berjumpa dengan Ilham. Cukuplah hanya setakat bayang Ilham, itu sudah memadai bagi Suri. Tapi sudah tentu egonya mengatasi segalanya. Bila di depan Ilham, Suri akan jual mahal, berpura-pura seolah dia masih marah pada Ilham. Padahal setiap kali Ilham tersenyum, memandang padanya atau setiap sentuhan kecil yang Ilham lakukan sudah cukup membuatkan Suri seperti dilanda tsunami. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana susahnya Suri untuk mengawal dirinya sendiri di depan Ilham. Disebabkan itu jugalah Suri banyak mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia takut jika dia tak mampu mengawal dirinya dan hanya memaafkan Ilham dengan mudah.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...