Flashback
"Kau gila ke apa Johan. Yang berhutang dengan kau si Bakar. Kau pergi minta kat dia. Kau minta kat aku buat apa. Aku kalau ada duit sekalipun, satu senpun aku takkan bagi kau." Biah mencemuh pada Johan. Benci sangat dia pada Johan sekarang ni.
"Oh kau berlagak lah sekarang ni. Kau kena ingat semakin lama kau tak bayar, hutang kau semakin melambung. Aku tak rugi apa-apa. Dari aku mula-mula jumpa kau 6 tahun lepas, sampai sekarang aku tak datang tuntut hutang kau tau. Sekarang aku mahu tuntut. Kau lupa ke anak kau jadi cagaran." Johan tersenyum bila membayangkan Suri sebagai cagaran.
"Kau ni betul-betul gila. Suri dah kahwin, jangan harap kau boleh ambil dia."
"Aku tahu dia dah kahwin Biah. Sebab tu aku tak datang jumpa kau selama bertahun ni. Kau ingat aku bodoh. Kau ingat jika Suri kahwin, aku tak boleh ambil dia. Kau silap Biah. Sepandai-pandai kau, aku lagi pandai."
"Dia dah kahwin, kau faham la sikit. Dia dah ada suami dah ada keluarga sendiri yang kau ni mahu kacau rumahtangga orang buat apa. Tua nak mampus macam nipun kau masih ada nafsu kat anak aku tu. Memang gila la otak kau ni."
"Dia mungkin dah kahwin tapi dia masih dara. Kau ingat aku tak tahu dia kahwin dengan siapa. Dengan Ilham, anak aku sendiri. Kau fikir kalau kau kahwinkan Suri dengan anak aku, aku takkan tuntut. Kau silap Biah. Ini Johan, janji tetap janji. Tiada siapa yang berani main api dengan aku."
"Itu anak kau sendiri Johan. Takkan kau nak aniaya anak kau sendiri. Kau ni tak tahu agama ke apa Johan."
"Kau jangan nak mengajar aku pasal agama. Pasal agama lah aku nak tuntut hak aku. Janji kena tepati. Kau yang bodoh tak tahu agama. Jangan kau nak ajar aku."
"Suri dah kahwin. Dah ada suami, bahasa mana yang kau pakai sampai kau tak faham-faham lagi. Kau lupakan lah dia. Sekarang ni kita bagi budak-budak tu harungi rumah-tangga mereka. Kau jangan nak kacau mereka. Kau nak rumah ni, kau ambil. Nak tapak tanah ni, ambil Johan ambil aku tak ralat sedikit pun kalau kau ambil tapi kau biarkan budak-budak tu. Aku rayu pada kau Johan."
"Bodoh kau ni Biah. Setakat tanah dan rumah kau ni, aku petik jari boleh dapat. Aku mahu Suri. Suri milik aku. Kalau dulu aku tak dapat kau, sekarang aku mahu anak kau. Bila aku pandang Suri aku nampak diri kau pada dia. Kau fikir aku tunggu selama bertahun ni pasal tanah kau ni ke? Aku tunggu buah aku cukup masak ranum Biah, baru aku boleh petik dan berbaloi selama aku tunggu dia. Dan kau pula fikir dengan tindakan bijak kau, kau kahwinkan dia dengan Ilham tapi sampai sekarang Suri tu masih dara dan aku lega Biah, dia masih dara sebab aku yang akan merasai dia. Aku! Bukannya Ilham. Ilham tu bodoh, jantan dayus. Sampai sekarang masih tak dapat jalankan tugas dia sebagai jantan. Tapi bagus juga jika tidak aku takkan dapat lepaskan hajat aku. Aku mahu aku orang pertama yang merasmikan anak kau." Johan tersenyum puas.
"Binatang kau Johan. Berani kau mengapa-apakan budak-budak tu, aku takkan lepaskan kau Johan. Kau nak hancurkan budak-budak tu, kau langkah mayat aku dulu Johan. " dada Biah laju turun naik cuba untuk mengawal kemarahan yang melampau sekarang ni.
Johan menggenggam jari-jarinya kuat sehingga buku limanya menjadi putih. Berani Biah cuba mengugut. Giginya diketap rapat sehingga rahangnya berbunyi menahan kemarahanku.
"Kau ugut aku? Ha! Kau ugut aku, berani kau." Johan tak tunggu lama bingkas bangun dan mencekik leher Biah. "Kau cakap sekali lagi, kau nak ugut aku. Kau cakap kau cakap." Johan menguatkan cekikkannya pada Biah sehingga Muka Biah menjadi kemerahan-merahan. Biah meronta cuba melepaskan dirinya dari gengaman Johan. Apabila johan dapat merasakan Biah semakin lemah, dia melepaskan cekikannya. Dengan batuk-batuk kecil, segera Biah menarik nafas dalam untuk mengisi kekosongan udara pada paru-parunya.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...