Pagi yang indah

2.2K 18 1
                                    

Suri dan Ilham bertembung di depan bilik masing-masing keesokan paginya. Mata bertentang mata sebelum Suri mengangkat dagunya bergaya seperti orang yang berbangga diri sambil menjeling sebelum beredar meninggalkan Ilham di belakang. Suri dapat mendengar Ilham ketawa kecil dibelakangnya.

"What?" Suri berhenti dan berpaling menghadap Ilham.

"Nothing." Ilham berjalan mendahului Suri sambil mulutnya masih terlekat senyuman sinis.

"Whatever." Suri menjeling dan membontoti Ilham dibelakang.

"Yea, whatever tapi cantik baju. Seluar pendek tupun cantik tapi I tak ingat I ada seluar pendek ni. Seingat I, ini boxer I. Best ke pakai boxer?" Ilham menyindir dari tepi Suri dan matanya tak lepas memandang ke kaki Suri.

"Ha! Boxer? Apa tu boxer. I jumpa seluar ni je yang muat dengan I. Yang lain besar."

"Tak tahu boxer tu apa? Tanya Google." Ilham meninggalkan Suri terpinga-pinga.

-

Apabila Suri sampai di dapur, Ibu sudah siap menyediakan sarapan pagi. Ibu sempat menggoreng kueh cucur sebagai menu pagi ini. Ibu menjeling memandang Ilham dan Suri bersilih ganti. Ibu tak bersuara dan hanya memandang antara Suri dan Ilham. Sekejap ibu tersenyum sendiri dan sekejap secara tetiba sahaja muka ibu akan menjadi merah. Dan ketika itu, ibu akan mengalihkan pandangannya daripada Suri atau Ilham.

"Ibu kenapa? Ibu tak sihat ke?" Suri bersuara, risau melihat ibunya.

"Sihat. Tak ada apa." Ibu menuangkan kopi ke dalam cawan dan menghulurkannya pada Ilham.

"Habis tu kenapa muka ibu merah. Ibu tak sihat ni. Ibu duduk je biar Suri buat semua ni." Suri segera mencapai teko air di tangan ibu tapi ditepis ibu.

"Ish...bukan ke ibu dah kata ibu sihat je. Kamu tu duduk je sana, makan kueh kamu." Ibu memberi arahan. Suri menganggukkan kepalanya dan dia melihat Ilham seronok menjamu selera tanpa memperdulikan perangai ibu yang pelik pagi ini.

"Ibu nak cakap sikit pada kamu berdua. Ini nasihat orang tua."

"Apa dia ibu." Suri dan Ilham bertanya serentak kemudian memandang antara satu sama lain sebelum Suri mengalihkan pandangannya pada ibunya.

"Ni...ibu nak cakap, lain kali kalau bersama tu janganlah tunjukkan sangat. Tak elok. Kita ni orang timur, ada adab sopan kita." Ibu berkata tanpa memandang pada Suri ataupun Ilham. Suri dan Ilham hanya mendiamkan diri, tidak faham dengan apa yang ibu cuba sampaikan.

"Ha? Tunjuk apa pula ni. Suri tak tunjuk apa-apapun. Seluar ni memanglah singkat sikit tapi ini je yang Suri muat. Yang lain besar." Suri memandang pada ibunya. Ilham pula cuba sedaya upayanya untuk tidak ketawa. Bibirnya diketap kuat dan buat-buat sedang menikmati kueh cucurnya.

"Lain orang cakap, lain pula dia cakap. Ibu sedang cakap pasal seluar kamu ke Suri."

"Dah tadi ibu kata Suri tunjuk apa ntah jadi Suri ingat ibu tegur seluar Suri ni. Yelah lepas ni Suri tukarlah, pakai je baju semalam." Suri mencemikkan bibirnya

"Ibu tak kisah kamu tu pakai seluar dalam si Ilham tu. Lantak kamulah nak pakai apa. Ni pasal hal bilik kamu Suri."

"Kejap! Ini seluar dalam Ilham? Ilham! Ini seluar dalam you. I pakai seluar dalam you. Kenapa you tak cakap." Dengan itu ketawa Ilham terhambur keluar. Ketawa yang ditahan dari tadi akhirnya terlepas juga. Muka Ilham yang putih sudah bertukar menjadi kemerahan akibat ketawa.

"Ha sudah sudah. Ilham kamu jangan nak gelak banyak sangat. Ni apa ni...kamu suami sepatutnya kawal hal dalam bilik kamu. Ini tidak, habis satu rumah dengar apa kamu buat dalam bilik malam tadi. Malu la sikit." Ibu memandang pada Ilham pula.

"Kami tak buat apa-apapun malam tadi ibu." Ilham bersuara.

"Tak buat apa-apa konon. Tu yang berbirat leher tangan kamu tu apa bendanya. Dan kamu ni pula Suri terjerit nama si Ilham ni, tak malu ke kamu. Kot ye pun syok sangat tak payahlah sampai terpekik terlolong. Ibu yang dengar ni pula segan." Ibu mencapai cawan kopinya dan menghirup tanpa memandang pada Ilham ataupun Suri.

Ilham hanya mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata ibu. Di bibirnya terukir senyuman penuh makna manakala Suri masih kebingungan masih tidak dapat menangkap maksud ibunya.

"Sebab tula kamu ni Suri,hari ni sampai seluar dalam si Ilhampun kamu pakai. Kot ye pun malam tadi kamu kongsi malam kamu takkan sampai meleret ke pagi hari ni masih nak kongsi lagi. Ibu tak mahu tahu hal malam kamu. Simpan baik-baik dalam bilik kamu. Jangan bawa keluar."

Ilham masih tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Suri pula mengerutkan dahi tanda tak faham. Ibu pula, setelah selesai beri kuliah pagi pada Ilham dan Suri, dia bangun untuk membawa cawan kosongnya ke sinki. Ilham mengambil kesempatan ini untuk berbisik ke Suri.

"You faham apa ibu cakap?"

Suri menggelengkan kepalanya. Ilham mengeluh sambil menggelengkan kepala.

"Ibu fikir malam tadi kita on."

"On?" Suri memandang Ilham. Ilham mengangguk tapi Suri masih tak faham. Sekali lagi Ilham mengeluh. Ilham menunjukkan jari telunjuk kanannya diikuti jari telunjuk kiri. Dia merapatkan kedua jari dan mengangkat keningnya pada Suri. Suri mengerutkan keningnya tanda masih tak faham. Ilham merapatkan lagi kerusinya ke Suri dan berbisik.

"Okay, you tenguk badan I berbirat kesan cakar you dan malam tadi you menjerit sebut nama I dan sekarang you pakai ni" mata Ilham melorot ke seluar Suri. "Ibu fikir malam tadi kita having sex. Malam pertama kita..faham?" Dengan itu Suri segera menoleh ke Ilham memandang tepat pada Ilham. Ilham mengangguk tanda setuju dengan apa yang Suri sedang fikirkan. Suri menutup mulutnya yang terbuka luas, seluas matanya juga.

"Ibu! Bukan.. Su dan Ilham, kami tak tidur, ibu salah faham. Pencuri Su ingat Ilham, masuk bilik Su....oh, apa yang Su cakap ni." Ibu berpusing mengadap Suri tapi tiada reaksi pada wajahnya.

"Ye Suri...apa-apa je. Yang penting hal bilik simpan dalam bilik. Ibu tak mahu dengar atau tahu hal bilik kamu berdua." Ibu berkata sambil berpaling meneruskan kerjanya yang terganggu. Ilham pula masih ketawa sambil menekan perutnya, cuba untuk mengawal agar ketawanya tidak sekuat mula-mula tadi. Suri mengeluh sambil menyandarkan badannya ke kerusi sambil berpeluk tubuh, mengalah dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now