Sudah seminggu Suri hanya memendam rasa apabila Ilham masih tidak mahu tidur sebilik dengannya. Apa silapnya lagi setelah apa yang telah berlaku pada mereka. Kejadian Johan benar-benar telah membuka mata dan menyedarkan Suri luar dan dalam. Ianya benar-benar telah membuka mata Suri. Tapi kenapa sekarang Ilham seperti mengasingkan dirinya daripada Suri. Adakah Ilham sudah berasa jijik dengannya akibat perbuatan Johan yang hampir menodainya. Adakah Ilham tidak sanggup memandangnya apabila dia dengan biji matanya melihat Johan menindih Suri. Tapi ianya bukan salah Suri. Suri juga mangsa dalam keadaan itu. Suri tidak mampu melawan. Kudrat Johan tidak seperti kudrat seorang tua yang sebayanya.
Ilham lebih banyak menghabiskan masa di luar,balik jauh malam kadang-kadang langsung tak balik. Bila diajak makan malam bersama, ada sahaja alasannya. Raut wajahnya sentiasa serius dan telefon bimbitnya tidak lekang dari tangannya. Selalu sahaja telefonnya berdering tidak kira masa. Bila di rumah, Ilham banyak mengurungkan dirinya di dalam bilik pejabatnya. Kalau tidak pun di biliknya sendiri, tidur.
Itu satu perkara yang membuatkan Suri tertanya-tanya. Ada lagi perkara yang paling merisaukan Suri sehingga membuatkannya tidak tidur. Sudah seminggu juga Suri tidak dapat tidur lena. Sekejap-sekejap dia akan tersedar dan selepasnya itu sukar baginya untuk tidur semula. Kalau dia dapat tidur sekejap sekalipun, tidurnya akan terganggu dengan mimpi-mimpi buruk. Mimpi Ilham menghalaunya, mimpi Ilham membuangnya dari hidup Ilham dan yang paling ditakutinya Ilham berlaku curang padanya.
Memang benar Suri selalu melihat seorang gadis cantik datang kerumah dan akan terus masuk ke bilik pejabat Ilham. Berjam mereka berdua akan duduk di dalam bilik. Mahu saja Suri menyerbu masuk untuk melihat apa sebenarnya yang sedang mereka lakukan. Di dalam kepala Suri 1001 imaginasi buruk yang terlintas di dalam kepalanya sampaikan dia sendiri tidak sanggup untuk membayangkannya. Sudah beberapa kali juga Suri terlihat, gadis cantik yang memasuki bilik Ilham akan keluar bilik dalam keletihan tapi apabila dia terlihat sahaja Suri sedang memandangnya, dia hanya akan menegakkan semula badannya sambil menolak rambutnya ke belakang bahu dan melangkah melangkaui Suri sambil menganggukkan kepalanya tanpa sapa.
Sudah banyak kali Suri bertanya kepada gadis tersebut yang dia perkenalkan dirinya sebagai Ain, apa yang dia sedang bincangkan bersama Ilham sehingga berlama-lama di dalam bilik, tapi jawapan yang diberi benar-benar menghampakan Suri. Mana mungkin apabila duduk berduaan dan berlama dan tak lupa juga tak kira masa hanya tak buat apa-apa. Ain hanya disuruh buat apa yang Ilham suruh lakukan dan tidak boleh ada bantahan cuma Ilham hanya mahukan semua yang diminta mesti dilakukan sebaik mungkin sehingga dia puas.
Pernah juga Suri melekapkan telinganya di pintu bilik pejabat Ilham, tapi apa yang didengarinya, lagi memburukkan prasangkanya. Apa yang dia dengar Ilham asyik bercakap "good job, Yes, that's it" manakala Ain akan berkata "you like it? Let's continue" dan bermacam lagi yang membuatkan Suri rasa mahu muntah. Apabila dia bertanya pada Ilham, Ilham hanya tersenyum dan cakap nothing.
Suri cuba menangkis segala anggapan buruk terhadap suaminya. Dia sudah berjanji, akan cuba mempertahankan rumah tangganya sebaik mungkin. Mungkin sekarang Ilham sedang mengujinya atau paling teruk yang boleh Suri fikirkan, Ilham mahu membalas dendam. Mungkin Ilham sudah sampai tahap maksimum kesabarannya. Bertahun lamanya Ilham sabar dengan kerenah Suri dan kali ini mungkin dia hanya mahu membalas dendam. Tapi bagaimana jika dia berasa jijik dengan Suri. Dengan matanya sendiri Ilham nampak Johan menindih Suri. Pinggang ke atas memang sudah tidak berbaju, hanya coli yang masih tinggal dan Johan pula sedang rakus mengeksploitasikan tubuhnya. Mungkin benar ini yang jadi punca kenapa Ilham berubah sifat.
Ibu pula langsung tidak ambil peduli. Bila Suri cuba untuk mengadu pada ibunya, mak Biah hanya mendiamkan diri. Paling banyak dia cakap hanya menyuruh Suri sabar, bawa berbincang dan berdoa. Ilham pula bila di depan ibu akan berlagak seperti biasa cuma dengan Suri dia akan bersikap tidak seperti sebelum ini. Dulu dia seorang yang penyayang, sabar, lemah-lembut dan suka mengusik Suri tapi sekarang dia selagi boleh cuba melarikan pandangan dan mengasingkan dirinya.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...