Suri melangkah perlahan cuba sebaik mungkin agar langkahnya tidak didengari. Rumah banglo ini terlalu sunyi sehingga jarum yang jatuhpun boleh didengari. Dia mencapai arca besi patung harimau di atas meja sudut di tepi tangga. Patung itu digenggam erat. Suri berjalan sambil menjengkitkan kakinya melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik Johan. Suri memasang telinganya apabila dia berada ditepi pintu bilik Johan. Pintu yang masih terbuka luas dan keadaan yang terlalu sunyi menambahkan lagi ketakutan Suri. Suri menjengahkan kepalanya melihat ke dalam bilik. Dia tidak nampak kelibat Johan. Dimana dia? Jadi benarlah tekaan Suri, Johan telah menembak Ilham darah dagingnya sendiri untuk kali kedua. Suri meninjau lagi ke dalam bilik yang samar-samar. Suri ternampak Ilham terbaring berlumuran darah di lantai. Suri memanggilnya perlahan tapi tiada tindak balas dari Ilham. Suri mula merasakan degupan jantungnya berdegup pantas. Darahnya sudah mula meninggalkan muka dan kepalanya turun perlahan menuju ke kakinya. Suri dapat merasakan bibirnya kering dan secara tiba-tiba tangannya menjadi sejuk. Suri berdoa agar apa yang dia fikirkan sekarang ini tidak menjadi kenyataan. Walaupun peluangnya tipis tapi Suri masih meletakkan harapan agar Ilham masih hidup.
Suri menjengahkan lagi kepalanya ke dalam bilik untuk mencari kelibat Johan. Dengan cahaya yang samar-samar membataskan penglihatan Suri tapi Suri yakin Johan mungkin sudah menghilangkan diri. Mungkin dia sudah keluar mengejarnya, mungkin dia fikir Suri mungkin masih berada tidak jauh dari kawasan perumahannya dan jika dia mengejarnya mungkin masih sempat. Tapi Johan tak tahu yang Suri tidak pernah meninggalkan rumah Johan dan sekarang Suri sudahpun berada semula di bilik, di mana Johan cuba melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya seorang bapa mertua lakukan kepada menantunya. Suri melangkah masuk ingin menuju ke Ilham yang terlantar. Baru 2 tapak kakinya melangkah, kaki Suri tersadung sesuatu. Suri hampir jatuh tersembam tapi dia dapat mengimbangi badannya. Suri memandang apakah yang menyadung kakinya dan Suri tergamam apabila melihat Johan sedang merangkak cuba mencapai Suri. Dengan muka yang berkerut dan darah membasahi bajunya menitis ke lantai. Mulut dan hidung Johan juga bengkak berdarah tapi melihat Johan masih mampu merangkak menuju ke Suri, keadaan Johan tidaklah seteruk Ilham yang telah kaku.
Jadi benarlah tekaanSuri, tembakan yang kedua memang mengenai Ilham. Mungkin Ilham cuba merampas atau bergelut dengan Papanya sehingga Papanya melepaskan tembakan ke Ilham. Binatang sungguh si Johan ni. Jika Suri tahu dimana pistol tu berada, tak bertangguh Suri akan menembak Johan sampai hancur kepalanya tak berbekas. Memikirkan pistol, Suri mencari-cari dimana pistol Johan. Suri tak nampak Johan memegangnya. Mungkin semasa bergelut dengan Ilham, pistol itu tercampak entah dimana? Nasib baik pistol itu sudah hilang jika tidak memang tidak bertangguh Suri akan tembak tepat dikepala Johan. Manusia seperti Jihan tidak layak untuk hidup di dunia ini. Kerana Johan, tidak semena-mena Suri mendapat status janda. Gelaran yang kaum wanita takuti dan cuba elak. Bukan senang hidup dengan status janda. Pandangan kaum wanita terhadap perempuan berstatus janda seperti meletakkan hukuman penalti pada mana-mana kaum sejenis yang memegang status janda. Tapi berbeza pula dengan kaum adam, mereka akan cuba mengambil kesempatan pada wanita yang berstatus janda ditambah pula kalau janda meletup dan kaya. Berbagai cara yang akan digunakan untuk memenangi hati wanita janda. Tapi masalahnya bukanlah seratus peratus kesalahan itu terletak pada wanita berstatus janda, ada janda yang langsung tak mahu berkahwin untuk kali ke dua kerana setia dengan pasangan yang pertama atau berasa serik dengan pengalaman hidup bersuami. masyarakat tetap akan mengumpat atau menuduh, wanita janda yang gatal menggoda suami orang atau kaum adam yang lain. Biasalah janda, memang perangainya begitu, kalau dia tu baik sangat suami dia takkan ceraikan dia, itulah antara cacian yang orang lemparkan. Tapi masyarakat tidak pula menyalahkan kaum lelaki. Mungkin kesalahan terletak pada kaum lelaki itu sendiri tapi sinonim janda dan gatal memang tidak boleh dipisahkan.
Suri tersentak apabila dia merasakan tangannya dipegang kuat dari arah belakang. Suri menepis, cuba untuk melepaskan dirinya. Suri tahu siapa yang memegangnya dari belakang. Siapa lagi jika bukan Johan. Ilham sudah terbaring kaku di depan matanya. Akibat cubaan Suri untuk melepaskan dirinya, Johan memeluk pinggang Suri pula sekarang ini. Tapi Suri takkan mengalah, dengan segala tenaga yang masih ada, Suri cuba menepis,menolak tapi apakan daya, tenaga wanitanya yang masih lemah masih tidak mampu melepaskan dirinya.
"Tolong. Tolong aku." Suri mendengar Johan bersuara meminta tolong. Suri tidak perlu menunggu lama untuk membuat keputusan, dia sudah tahu yang dia tak akan sesekali menolong Johan. Biar dia mati terseksa di depan Suri. Itupun masih tidak dapat memuaskan hati Suri.
"Tolong aku. Bawa aku ke hospital." Sekali lagi Johan merayu.
"Tidak! Pergi mampus kau tua jahanam." Suri menolak kasar.
"Tolong la aku. Aku kena tembak. Tolonglah. Tak kasihan ke kau tenguk aku berdarah macam ni. Tolong la. Aku akan bagi kau duit, berapa yang kau mahu aku sanggup bagi. Kau hanya bawa aku ke hospital."
Johan kena tembak? Tapi kenapa Ilham pula yang terbaring kaku. Ilham mungkin mati disebabkan pendarahan. Luka bekas tembakan Johan tadi kelihatan amat teruk. Badannya yang tidak berbaju habis berlumuran darah. Seluarnya pula sudah lencun dibasahi darahnya sendiri.
Suri meludah di tepi Johan setelah dia melihatkan keadaan suaminya. Jijik benar dia mendengar apabila Johan merayu meminta tolong. Ketika badannya sihat dan kuat, dia lupa diri, fikir dialah tuhan yang memiliki segalanya di dunia ini. Sekarang dia merangkak merayu minta di bawa ke hospital. Jangan harap Suri akan menolongnya. Suri membiarkan Johan terkial-kial di kakinya. Suri melangkah perlahan menuju ke Ilham yang terbaring. Dia memangku kepala Ilham diribanya. Jarinya yang halus mengusap lembut ke muka Ilham. Tanpa sedar air matanya menitis kembali. Suri membongkok merendahkan kepalanya dan mencium kening Ilham.
"Ilham, I minta ampun. I tahu I tak sempat minta ampun dari you." Suri bersuara perlahan. Dari kening, Suri mengucup pipinya pula.
"I minta maaf Ilham. I menyesal I tak respect you as a husband. Kalau I diberi peluang, I takkan abaikan you. I'm so sorry." Suri mengesat air matanya yang mengalir. Tiada guna dia menangis sekarang. Bak kata pepatah Melayu sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Benarlah kata pepatah itu. Sekarang Ilham sudah tiada.
Dari pipi, Suri mengucup bibir Ilham pula. Terasa olehnya betapa sejuknya bibir Ilham. Kali ini Suri sudah teresak-esak. Cubaannya untuk tidak menangis, tidak mungkin dia dapat menahan gejolak hatinya. Hatinya hancur dan penuh penyesalan. Suri takkan dapat memaafkan dirinya selagi dia masih bernafas. Salahnya sendiri kerana terlalu bongkak dan terlalu mengikut perasaan sehingga hati dan matanya menjadi buta.
"I love you Ilham, I love you." Suri berbisik perlahan dan sekali lagi Suri mengucup bibir Ilham yang sejuk. Kali ini Suri mengucupnya lama kerana inilah kucupannya yang terakhir. Suri mahu menghayati setiap inci bibir Ilham walaupun dia tahu Ilham tidak akan membalas kucupannya. Tapi inilah kucupan kasih yang luhur dari seorang isteri yang penuh penyesalan.
Tiba -tiba Suri merasakan satu tangan menekan kepalanya dari belakang menyebabkan Suri tidak dapat menarik semula kepalanya ke atas ketika dia sedang mengucup Ilham. Tekanan yang diberikan menyebabkan Suri kelemasan. Johan masih tidak serik dan masih tidak berputus asa untuk memilikinya walaupun dia sudah cedera parah, fikir Suri. Kali ini Suri akan pastikan Johan mati. Suri sudah tidak peduli. Jika Ilham tidak berjaya membunuh Johan, biar tangannya sendiri yang membunuhnya. Lagipun sekarang Johan sudah cedera parah jadi mungkin dia sudah tidak berapa kuat seperti sebelumnya. Dengan penuh yakin Suri bingkas bangun tapi terhenti apabila dia mendengar bunyi orang mengerang menahan kesakitan. Suri memandang semula ke Ilham, tapi tiada reaksi. Mungkin ini hanya halusinasinya sahaja. Jika Ilham yang mengerang sebentar tadi, sudah tentu dia sudah membuka matanya. Mungkin Johan yang mengerang. Suri memandang ke Johan pula. Johan juga sudah terbaring tidak bergerak, jadi suara siapakah tadi.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...