Bab kali ni saya ada selitkan sedikit bab yang pertama dahulu bertajuk Suri Ilhamku. Bab yang ini merupakan kesinambungan bab yang pertama sebab itu saya selitkan bab pertama agar pembaca semua dapat lebih faham dengan apa yang sedang berlaku. Harap anda semua enjoy :)
Hari pertama
Sabtu, pagi
"Ibu tak bincang pun dengan Su. Ibu senyap-senyap buat keputusan untuk Su. Ibu tak ambil kira perasaan Su. Su tak setuju."
"Su, ibu buat ni semua untuk kebaikkan Su. Benda yang baik tak perlu berbincang. Takkan ibu nak menganiaya Su. Ilham tu baik budaknya. Ibu kenal dia sejak dia kecil lagi. Su pun kenal dia. Ilham, anak pakcik Johan ko."
"Su tak kenal dan Su tak mahu kenal. Ibu yang buat keputusan so ibu saja yang kahwin dengan Ilham ni. Lagi pun ibu kenal sangat diakan."
"Suri Hani! Takkan ibu yang dah tua ni kahwin dengan Ilham. Buruk benar rupanya. Orang tua yang berpangkat nenek ni berkahwin dengan budak bujang sedang naik umur. Ish...fikirlah sikit Su."
"Habis tu dah ibu yang teringin sangat. Ibu, kalau Su mahu kahwin dari dulu lagi Su akan cari calon Su sendiri tapi masalahnya Su tak mahu. Kat office Su tu, melambak lelaki bujang. Su belum bersedialah ibu. Pintu hati Su belum terbuka lagi."
"Nak tunggu pintu hati Su terbuka, tak tahulah sampai bila. Nak tunggu sampai kucing berjanggut? Apa salahnya kahwin dengan Ilham tu. Ibu berkenan dengan dia. Baik, berbudi bahasa, pandai menghormati orang tua, handsome. Semua package ada. Tak payah lah fikir banyak lagi. Time orang nakkan kita, kita jangan jual mahal sangat. Nanti rugi. Su terima sajalah ye."
Hari pertama
Sabtu, petang
"Macam mana Su? Dah fikir masak-masak. Jadi Su setujulah. Kalau macam tu ibu beritahu Ilham, Su setujulah."
"Ish ibu ni, Su tak kata apapun. Tenguk tu..ibu buat keputusan sendiri lagi. Su kan dah kata, tak mahu. Ibu faham lah sikit."
"Setuju sajalah Su. Apa yang Su tunggu lagi. Kalau ibu dah kata Ilham tu baik, memang baiklah budaknya. Ini mata ibu Su. Ibu dah interview dah si Ilham tu. Dia dah lulus dah. Orang yang nak kahwin dengan anak ibu mestilah ibu check luar dan dalam. Setuju saja ye."
"Tak nak!"
"Apa lagi yang Su tunggu. Apa lagi yang Su nak cari? Umur Su tu semakin meningkat tua. Su cuba fikir perasaan ibu ni. Ibu mahu Su kahwin, bahagia ada keluarga sendiri."
Hari pertama
Sabtu, malam
"Su dah fikir? Setuju?"
"Tak."
Hari ke dua
Ahad, pagi
Tiada soalan dari ibu. Hanya jelingan dan keluhan panjang dari ibu. Aku hanya buat-buat tak dengar.
Hari ke dua
Ahad, petang
"Su...kita orang perempuan ni, walaupun ada kerja bagus, tapi kita tetap kena kahwin. Kalau tak orang kata kita ni anak dara tua. Su tak mahu ke ada anak sendiri. Cuba Su tenguk kawan-kawan Su, semuanya dah beranak. Su ni pula, masih macam ni. Tak kahwin-kahwin. Su tak segan ke?
"Tak bu. Su tak seganpun. Naper nak segan."
"Tapi ibu ni yang segan. Orang kat kampung ni semuanya mengatakan Su. Semua kata Su anak dara tua. Malu muka ibu ni Su." Tapi sebenarnya tiada siapapun yang mengatakan Su anak dara tua. Mak Biah sengaja membuat cerita agar Su setuju untuk berkahwin dengan Ilham.
"Alah bu, peduli lah dengan orang nak kata. Nanti penat mulut dia orang tu, senyap lah dia." Su masih berdegil.
"Suri Hani! Ibu tak kira ibu tetap mahu Su kahwin. Su setuju ke, tak setuju ke, hujung bulan ni Su tetap akan kahwin. Ini keputusan ibu. Su jangan bantah."
"Ibu, Su tak mahulah. Ibu tak bolehlah paksa Su kahwin. Su belum bersedia."
"Ibu mahu timang cucu. Ibu dah teringin timang cucu."
"Su tak kenal ilham lah bu. Asal usulnya semua Su tak tahu. Entah-entah nanti macam abah."
Ibu mendiamkan diri bila nama abah disebut. Ibu akan terkenangkan kenangan hidup bersama abah. Silap aku mengungkit kisah lama depan ibu.
"Alah bu...maafkan Su. Su tak bermaksud nak buat ibu sedih. Macam ni, kita pergi shopping mahu. Ibu kan suka buku. Kita shopping buku. Mahu?"
"Ibu tak mahu semua tu. Ibu mahu cucu. CUCU! Hujung bulan ni, Su mesti kahwin. Kalau tidak, Su jangan balik sini lagi. Ibu tak mengaku Su ini anak ibu."Aku terkejut mendengar kata-kata ibuku. Lidah ku kelu. Ibu tak pernah semarah macam ni. Takkan disebabkan aku tak mahu berkahwin, ianya jadi isu yang teramat besar bagi ibuku. Selalunya ibu takkan mendesak sehingga ibu sanggup berkata begitu. Hatiku pedih. Aku melihat ibuku. Ibu tak memandangku sebaliknya dia terus masuk ke bilik tidurnya. Ibu mengunci pintu biliknya, ibu betul-betul marah. Jam di dinding menunjukkan jam 4 petang. Sekejap lagi aku mahu balik ke Kuala Lumpur semula. Rancangan National Geografphic di TV tidakku endahkan. Aku melepaskan nafas yang panjang. Aku bangun memasuki bilik ku. Aku perlu berkemas untuk balik ke Kuala Lumpur.
Aku mengetuk pintu bilik tidur ibuku. Tiada jawapan. "Ibu, Su balik dulu ye." Senyap. "Ibu, ibu..Su nak balik ni." Masih tiada jawapan. Aku melepaskan nafas panjang. Aku mengorak langkah ku ke pintu. Aku berhenti sejenak memandang semula ke bilik ibu dengan harapan ibu akan membuka pintunya. 1, 2, 3 hem..ibu memang takkan keluar. Aku menuruni anak tangga rumahku. Beg kecil yang ku jinjing,ku masukkan ke dalam kereta.enjin kereta aku hidupkan tapi aku masih menunggu ibuku untuk keluar. Masih tiada bayang ibu. Ibu tak pernah berperangai begini. Biasanya ibu akan turut menghantarku sehingga ke kereta. Akan dipeluknya aku, diciumnya seolah-olah tak merelakan aku pergi dan melambai sehingga aku hilang dipandangannya. Air mataku bergenang memikirkan perangai ibu hari ini. Aku tak biasa ibu berperangai begini. Sepanjang hidupku ibu memang tak pernah semarah begini. Aku tak sanggup kehilangan ibu. Biar aku mati daripada ibu membuangku. Untuk apa aku hidup jika ibuku sendiri tak mengaku aku ini anaknya. Separuh diriku terasa seperti mati. Air mata yang bergenang sejak dari tadi mula jatuh satu persatu. Dari satu persatu, ianya semakin deras seperti empangan air mataku pecah. Aku tak sanggup. Aku tak sanggup.
Suri POV
Telefon dimejaku berdering. Segera aku menjawabnya.
"Hello, Suri. Encik Azmi mahu jumpa sekarang, dibiliknya."
"OK. Sebentar lagi saya tiba." Aku meletakkan ganggang telefon ku. Segera aku menuju ke pejabat Encik Azmi. Aku tak mahu dia menunggu lama.
"Hai Fira, boleh I masuk bilik bos?"
"Boleh,boleh. Bos memang tunggu you pun." Fira memandangku sambil tersenyum mesra. Aku membalas senyuman sambil menuju ke pintu bilik Encik Azmi. Aku mengetuk pintu bilik bosku. "Come in." Encik Azmi bersuara dari dalam. Dengan perlahan aku membuka pintu dan menutupnya semula. Aku mengatur langkah ke meja bosku.
"Hai encik Azmi. You mahu jumpa I?"
"Oh hai Suri. Masuk, masuk. Have a sit first. I need to reply this urgent email first."
"OK. No problem." Aku duduk di kerusi didepan meja bos ku. Aku tertanya-tanya, kenapa bosku memanggil ku masuk ke biliknya. Adakah aku telah membuat salah. Aku tak rasa aku telah buat salah tapi aku membiarkan saja persoalan yang sedang bermain difikiranku. Biarlah Encik Azmi memberitahu ku sebentar lagi. Tak perlu aku bermain dengan fikiranku. Sekarang ni terlalu banyak benda yang aku perlu fikir, jadi aku tak mahu menambah kusut dikepalaku. Encik Azmi memandangku setelah aku rasa dia selesai membalas emailnya. Dia tersenyum memandangku sebelum memulakan bicara. Aku mula rasa pelik tapi aku hanya pendamkan sahaja perasaanku.
"OK Suri. How are you?" Encik Azmi memulakan bicara.
"Good as always," aku membohonginya.
"OK good. Begini Suri,saya ada berita baik dan juga berita tak baik untuk you. Yang mana satu you mahu dengar dulu?"
"Berita baik dululah Encik Azmi."
"OK, congratulation, you telah dinaikkan pangkat sebagai manager. You telah beri comitment yang tak terhingga pada syarikat dan sebagai membalasnya, syarikat melantik you sebagai salah seorang daripada managernya."Encik Azmi menghulurkan tangan tanda mengucapkan tahniah. Aku terkejut dan tergamam seketika tapi tangan Encik Azmi segera ku sambut.
"Betul ke ni Encik Azmi? Encik Azmi tak main-main dengan sayakan?"aku cuba mendapatkan kepastian.
"Kenapa saya nak main-main. Betul syarikat kita telah melantik awak menjadi manager. Awak tak suka ke?"
"Suka Encik Azmi. Mestilah saya suka." Aku tersenyum lebar mendengarnya. Hatiku melonjak gembira. Kalau diikutkan hati mahu saja aku melompat di sini, mahu saja aku peluk Encik Azmi tapi aku tahan. Jangan tunjuk sangat kegembiraan di depan Encik Azmi. Aku kenalah jaga profesionaliti aku. "Tapi apa berita buruknya pula?"
"Ha! Berita buruk. Berita buruknya awak akan jadi manager di London. Awak akan start awal bulan depan. Syarikat memerlukan seorang yang berkaliber seperti awak untuk menguruskan syarikat disana pula. Tapi jangan risau, sebab awak hanya akan duduk sana 5 tahun sahaja. Polisi syarikat memang dah tertulis begitu. Kita takkan hantar staf ke oversea lama-lama. Maximumpun 5 tahun. Jika awak selesa untuk terus bekerja di sana, awak boleh minta untuk sambung dan syarikat amat mengalu-alukan.
Rahangku jatuh bila mendengar aku akan di hantar ke London. Aku mahu jawatan manager ni, tapi London, susah sikit. Jika aku terima aku akan berada di sana selama 5 tahun. Ibu tiada siapa yang akan jaga. Kalau aku tolak, rugi bagiku. Peluang hanya sekali, kalau aku tolak nanti syarikat ingat aku tak berminat untuk memajukan karier aku. Aku tak sokong syarikat. Kalau aku ajak ibu ikut sekali, aku pasti ibu takkan setuju. Ibu tak pernah keluar dari kampung. Aku ajak tinggal sekali denganku di KLpun dia tak mahu. Panas katanya. Inikan pula London. Lagi pula kalau kena naik kapal terbang. Lagilah dia tak mahu. Takut terhempas, nanti mati tak berkubur. Nampaknya, impianku pun akan berkubur di sini juga. Tak apalah, demi ibu aku sanggup lakukan apa sahaja. Ibu hanya seorang, jawatan manager mungkin di masa akan datang aku akan ditawarkan lagi. Tapi jika aku pergi London, aku tak perlu kahwin. Masalah kahwin ku akan selesai. Ibu takkan paksa aku. Itu yang aku mahukan. Tapi aku hanya boleh berangan. Ibu tak akan ikut aku ke London. Jika ibu tak pergi, aku pun takkan pergi. Tawaran manager terpaksa aku lepaskan.Hampanya hatiku.
"Encik Azmi, saya memang sangat gembira dengan offer ni, tapi saya rasa saya terpaksa tolak. Bukan saya tak berminat, saya sangat berminat tapi 5 tahun di London, saya tak rasa saya boleh. Jika offer ni di sini, saya tak fikir banyak saya akan terima sekarang juga. Maafkan saya Encik Azmi kerana mengecewakan you."
"Are you sure you tolak offer ni? You tak mahu fikir dulu?"
"Saya pasti Encik Azmi. Macam saya kata tadi, saya memang mahu terima offer ni tapi 5 tahun saya terpaksa tinggalkan ibu saya di sini, saya tak boleh. Siapa akan jaga sakit pening dia. Ibu saya hanya ada saya je Encik Azmi."
"O..masalah ibu. Siapa kata you tak boleh bawa ibu you. You boleh bawa dia, tiada masalah. So sekarang you tiada alasan lagilah."
"Masalahnya ibu saya tak mahu keluar dari kampung tu. Bagi dia, dia dilahirkan di kampung jadi mati pun di kampung. Saya ajak dia tinggal dengan saya diKLpun dia tak mahu, apakan pula London."
"Begini Suri, apa kata awak berbincang dengan ibu awak dahulu, kemudian baru awak beritahu saya sama ada awak terima ke tidak. Saya sebenarnya masih mahu awak terima jawatan ini. Awak layak, jangan tolak peluang."
"Saya pasti dengan keputusan saya Encik Azmi. Saya kenal sangat dengan ibu saya."
"Cuba dulu. Saya beri you masa 2 hari untuk you pujuk ibu you. Cuba dulu, okey."
"Saya tak janji Encik Azmi tapi saya akan cubalah. Saya harap saya boleh beri you jawapan yang positif tapi saya tak berani janji ye."
Encik Azmi hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Hatiku pula tetap rasakan yang ibu takkan setuju tapi bak kata Encik Azmi tak salah mencuba, mana tahu kalau ibu tiba-tiba mahu pula ikut aku ke London. Apa-apapun malam nanti aku akan telefon ibu dikampung. Tak sabar rasanya mahu kongsi berita gembira ini. Seperti biasa ibulah tempat aku berkongsi suka dan duka.
Aku menutup pintu bilik Encik Azmi. Aku melepaskan nafas panjang seolah-olah aku sedang melepaskan kekusutan di dalam kepalaku .
"Congratulation Suri. Ops! Cik Suri." Fira melompat kecil dan memelukku dari belakang. Aku tak sedar sejak bila dia berada dibelakangku.
"Ish, terkejut aku ni Fira. Nasib baik tak sakit jantung, kalau tak dah tergolek aku kat sini. O..ko dah tau rupanya ye. Sengaja ko tak mahu bagi tahu aku. Sampai hati ko. Sejak bila ko tahu berita ni?"
"Sejak minggu lepas. Mana boleh bagi tahu ko. Aku kenalah profesional. Lagi pun tak surprise lah kalau aku bagi tahu ko. So malam ni ko kenalah belanja aku makan besar. Aku tak nak makan banyak lunch ni sebab aku nak sparekan perut aku ni untuk malam ni nanti."
"Makan? Makan besar? Boleh, no problem. Tapi bukan malam ni. Malam ni aku dah ada date?"
"Date? Ko tak cerita pun dengan aku yang ko dah ada boyfriend. Senyap-senyap je ko ye. Siapa lelaki bertuah yang telah berjaya mencuri hati ko yang keras macam batu ni. Aku nak interview dia, macammana dan bagaimana dia boleh leburkan hati ko ni."
"Ish, lebur apa pula ni. Malam ni aku nak berdate dengan mak akulah. Aku nak call dia, share berita gembira ni dan pujuk dia supaya dia ikut aku ke London. Hah! Dialah yang berjaya leburkan hati aku yang keras ni." Sindirku.
"Mak ko rupanya. Aku ingatkan siapa. Hati aku ni dah berbunga-bunga bila ingatkan betullah kalau ko dah ada boyfriend. Aku dah berangan nanti ko perkenalkan dia pada aku. Aku dah bayangkan orangnya mesti handsome, tinggi, smart, baik..."
"Eh..eh ko ni melebih-lebih pula ye. Dah, aku nak sambung kerja. Layan ko ni sampai malampun tak habis"
Fira hanya tersengih menayangkan giginya yang putih. Aku menggelengkan kepala memikirkan Fira. Fira sentiasa gembira seolah-olah dalam dunianya tiada istilah masalah. Baginya setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian, jadi tak perlu terlalu mengikut perasaan bila ada masalah. Seronoklah kalau aku boleh jadi seperti Fira. Sentiasa gembira. Kadang-kadang aku cemburu dengannya. Dapat tidur lena, datang dari keluarga yang bahagia, aku memang cemburukannya.
"Okey Fira, aku nak sambung keje ni. Pasal makan tu, lain kali je ye. Aku tetap akan belanja ko."
" Iye? Okey. Bila-bila pun boleh. Sementara tu boleh lah aku survey restoran yang best-best."
Saat yang ditunggu pun tiba. Selesai saja aku menunaikan solat isya' , aku menekan nombor ibuku. 5 kali deringan baru ibu menjawabnya.
" Assalamualaikum ibu, Suri ni. Ibu apa..."
"Waalaikumussalam. Jadi Suri setujulah ni."
"Setuju? Setuju apa ibu?" Aku buat-buat tak faham.
"Kahwinlah, apa lagi."
"Tak ibu. Surikan dah kata tak mahu. Ibu tolonglah."
"Suri, ibu tak peduli, ibu kata Su mesti kahwin, Su mesti kahwin. Sama ada Su suka atau tidak, Su tetap akan berkahwin. Ini keputusan ibu, jangan jadi anak derhaka Su. Daripada Su jadi anak derhaka ibu lebih sanggup anggap Su bukan anak ibu lagi." Klik! Ibu memutuskan panggilan. Aku cuba mendail lagi tapi ibu tak mahu menjawab. Aku mencuba lagi dan kali ini ibu menjawabnya.
"Ibu jangan letak. Ibu dengarlah dulu apa yang Su mahu cakap."
"Su mahu cakap apa lagi. Su mahu cakap yang Su tak setuju. Ibu tak mahu dengar tidak Su. Ibu hanya mahu dengar Su kata ye. Su apa yang ibu buat ni semuanya untuk kebaikkan Su. Kemudian hari Su akan berterima kasih pada ibu dan Ilham."
"Berterima kasih apanya ibu. Su tak mahu kalau Su berkahwin, bakal suami Su sebenarnya orang tak guna, orang yang menyusahkan hidup Su. Su tak perlu lelaki dalam hidup Su. Macammana kalau bakal suami Su tu kaki judi, kaki arak, kaki perempuan, kaki pukul semua package lengkap macam abah. Bila takde duit, atau kalah judi balik rumah pukul Su, maki Su tuduh Su curang, anak yang Su lahirkan dia tak mengaku itu hasil benihnya, sepak terajang tu jadi perkara biasa bagi Su nanti, lebam patah ditumbuk di curah air panas, apa lagi, hah! dipukul dengan kayu macam pukul anjing, tak diberi makan, kalau makan tak boleh makan dengannya, tempat makan Su hanya di dapur di lantai saja, di bucu dapur tempat yang dia dah tetapkan, tempat yang tersorok sebabnya dia tak mahu lihat muka Su. Leher dirantai, kaki dipasung di tiang rumah, nak kencing pun tak boleh, Kalau terkencing juga nanti Su kena jilat air kencing Su sendiri. Bila dia ada kehendak terhadap Su, tarik je masuk bilik. Tak peduli sama ada Su ni boleh ke tidak, sakit badan tak peduli, yang penting hajatnya dilepaskan, lepas tu bila selesai tendang Su keluar. Apa lagi ibu, ibu ingat tak? Ibu ingat tak ibu?" Aku mengungkit kisah lama satu persatu. Air mataku laju menuruni pipi ku yang gebu. "Su tak mahu hidup macam itu. Ibu cubalah faham, tolonglah. Cukuplah dengan apa yang pernah kita alami. Jangan pisang berbuah 2 kali ibu. Su tak sanggup. Daripada hidup terseksa macam tu, biar Su andartu. Su rela. Tolonglah faham ibu." Aku meluahkan segalanya pada ibu. Apa yang terbuku dalam hatiku, yang bermain dalam kepalaku semuanya aku luahkan. Biarlah ibu faham. Aku mahu ibu faham. Ibu diam di hujung talian. Hanya nafasnya sahaja yang ku dengar.
"Ibu? Ibu dengar tak apa yang Su cakapkan?"
"Ibu dengar." Perlahan suara ibu aku dengar. "Tak semua lelaki macam abah. Ilham baik Su. Percayalah."
"Su tak peduli Ilham tu baik ke tidak. Bagi Su lelaki semuanya sama. Semuanya sama. Su tetap tak mahu kahwin. Tak akan ibu."
"Su akan kahwin! Ini arahan ibu. Ibu kata Su kahwin, Su mesti kahwin. Ibu tak peduli. Jangan degil." Ibu memutuskan talian sekali lagi. Kali ini aku tak rasa mahu mendailnya lagi. Tiada guna. Ibu langsung tak mahu cuba untuk memahamiku. Untuk apa memujuknya. Tapi aku juga masih tak mahu berkahwin, kenangan hidup dengan abah sudah cukup mengajarku apa erti perkahwinan. Tapi jika aku tak kahwin, ibu akan buangku. Tiada guna lagi segala yang aku usahakan selama ini. Kejayaan yang aku kecapi sekarang ni tiada gunanya. Untuk apa? Aku melepaskan nafas berat. Handphone ditanganku aku angkat. Aku perlu mendail seseorang. Sebelum aku ubah fikiranku.
"Hello, encik Azmi. Maaf call you malam-malam ni."
"No problem Suri. Yes, anything? Mesti ada urgent issue ni. Apa dia?"
"Erm..about offer. I accept."
"You terima? Good, good. Ok esok saya akan suruh Fira buat paperworknya. Saya gembira you terima offer ni Su. I'm really happy."
Aku meletakkan handphoneku di atas meja. Setitis air mataku jatuh di atas tanganku. Aku menangis? Aku tak sedar selama ni aku menahan sebak ku di dada. Aku biarkan saja air mataku yang jatuh. Aku meluruskan badanku diatas sofa. Terasa seluruh badanku lesu, sengal. Aku penat. Penat yang teramat sangat. Bantal kecil yang ku jadikan hiasan di sofa ku, ku peluk erat. Seperti aku sedang memeluk ibuku. Maafkan Su ibu. Su takkan berkahwin. Su tak mahu. Permintaan ibu kali ni tak dapat Su tunaikan. Maafkan Su.
*****************************************************************************************************************************
"Su, ini tiket flight you. 11.45 malam.I dah cuba dapatkan secepat yang boleh, tapi penuh la. Sorry ye. Nanti aku nak hantar ko boleh? Ye la lepas ni aku tak jumpa ko dah. So hari last tu biarlah aku hantar ko." Sambil Fira menghulurkan tiket kepadaku.
"Boleh Fira. Tiada masalah. Kokan best friend aku." Aku membelek-belek tiket flight ditanganku. Fikiranku melayang mengingatkan ibu. Ibu akan keseorangan di sini. Aku terpaksa membuat keputusan ini . Ibu yang menyebabkan aku lakukan semua ni. Kalau ibu faham, aku takkan buat keputusan ini. Aku mengeluh.
"Ish..ni apa ni mengeluh pagi-pagi ni. Tak baik mengeluh. Orang tua kata, mengeluh tu tolak rezeki. Berat hati? Pergi jelah. Nanti lepas 5 tahun ko akan balik sini semula. 5 tahun tu kejap je. Pejam celik pejam celik tahu-tahu ko dah balik sini semula."
"Hem." Itu saja yang mampu aku ucapkan. Tiba-tiba telefon ku berbunyi. Aku mencapainya. Nombor ibu tertera di screen. Setelah sekian lama, tiba-tiba ibu menelifonku.
"Hello."
"Su, ibu ni." Suara ibuku lemah. Percakapannya tersekat -sekat. Ibu tak sihat? Lelah ibu datang balik? Aku mula risau. Aku mula panik.
"Ibu! Ibu okey ke? Ibu tak sihat ni. Ibu, ibu." Tiada suara.
"Ibu, ibu. Cakap dengan Su ibu." Senyap.
"Su..."talian diputuskan. Panik ku bertambah. Tanganku menggigil. Bagaimana aku akan tinggalkan ibu jika ibu dah sakit macam sekarang. Aku takkan tinggalkan ibu. Aku mencapai kunci keretaku.
"Su ko nak kemana ni? Ko kenapa?"
"Aku nak balik kampung Fira. Mak aku sakit. Cakap dengan bos aku balik kampung. Urgent."
"Hey hey.. Chill."
"Macammana aku nak chill kalau mak aku sakit Fira!" Fira tersentak bila aku meninggikan suaraku.
"Woa...ko tak boleh drive dengan keadaan macam ni. Bagi aku 2 minit, aku jumpa bos kejap then aku ikut ko sekali. Biar aku drive." Fira mengambil kunci ditanganku. Betul juga kata Fira. Aku tak boleh memandu. Fikiranku tak menentu. Elok juga Fira mengikut ku ke kampung.
"Okey jom. Bos bagi aku cuti. Diapun setuju ko jangan drive. Jom."
Sepanjang perjalanan, hatiku berdebar. Ibu guna ke tidak inhaler yang doktor berikan. Kenapa tiba-tiba ibu kena lelah. Aku risau. Perjalanan ku rasa sangat lama. "Fira laju lah sikit. Slow sangat ko bawa ni."
"Slow? Su aku dah bawa laju dah ni. Cuba ko tenguk meter ni. Ko nak aku bawa selaju mana lagi." Aku memandang ke luar tingkap. Aku menggenggam erat jari-jari ku seolah-olah aku meletakkan kerisauan ku dijari. Apabila saja aku nampak simpang masuk ke kampungku, aku menegakkan badanku.
"Cepat Fira, cepat. Tu simpang kampung aku tu."
"Ye. Aku tahu. Akukan selalu ikut ko balik kampung ko ni. Aku takkan lupa jalan masuk ke kampung ko."
Aku menyandar semula ke kerusi. Aku masih rasakan Fira memandu terlalu perlahan. Jika Fira memberhentikan kereta sekarang, aku berlari balik ke rumah, aku pasti ianya lebih laju. Aku boleh nampak rumpun buluh didepan rumah ibuku.
"Stop! Stop Fira." Fira memberhentikan kereta.
"What?"
Aku membuka pintu dan segera berlari balik kerumah ibuku. Suara Fira tidak ku endahkan. Tahulah dia menyusul kemudian.
"Ibu? ibu?" Aku meluru ke ruang tamu. Kosong. Ke bilik ibu. Kosong. Kemana ibu? Aku menuju ke dapur. "Ibu?" Kosong. Air mataku tidak tertahan lagi. Aku membiarkan saja ianya membasahi pipiku. Bilik air. Mungkin ibu di bilik air. Aku meluru ke bilik air. Kosong. Mana ibu. Pintu dapur terbuka luas. Kenapa pintu dapur ni terbuka. Siapa yang membukanya. Aku melangkah menuju ke pintu. Aku menjenguk keluar. Masih tiada bayang ibu. Badanku jadi lemah. Kaki ku tak mampu menampung badanku lagi. Aku terjatuh di pintu dapur ibuku. Di mana ibu. Hospital? Aku bingkas bangun. Aku mesti ke hospital. Ibuku di sana. Fira baru sahaja keluar dari kereta.
"Fira, hospital. Hospital." Fira hanya menuruti sahaja kata-kataku. Enjin dihidupkan semula dan kereta bergerak perlahan keluar dari laman rumah ibuku dan tiba-tiba aku terlihat ibuku di berjalan pulang. Dari mana? Itu soalan pertama yang boleh aku fikirkan. Fira memberhentikan kereta. Aku keluar dan menuju ke ibuku.
"Ibu tak apa-apa ke? Ibu okey? Ibu dari mana?" Ibu hanya diam. Pandang pun tidak. Kakinya masih terus melangkah.
"Ibu..." Tiada jawapan. Aku mengeluh. Hatiku geram dengan perangai kebudak-budakan yang sedang ibu tunjukkan sekarang tapi aku lega melihat ibu sihat. Aku tolak jauh perasaan geramku. Aku menuruti langkah ibuku. Ibu terus menuju ke dapur. Mulut ibu masih dikunci.
"Ibu, Su berkejar balik ke kampung bila ibu call tadi. Su risau jika berlaku sesuatu yang buruk pada ibu. Tapi bila balik, ibu buat tak tahu pula. Jangan lah macam ni ibu." Ibu masih tak mengendahkanku.
"Ibu, jangan buat Su macam ni ibu. Ibu buat macam ni, separuh jiwa Su mati ibu. Tolonglah ibu. Jangan buat Su macam ni." Aku merayu. Sekali lagi air mataku tumpah.Aku tak boleh menahan beban perasaan dalam diriku. Aku kalah.
"Okey ibu. Su setuju. Su setuju kahwin dengan Ilham. Ibu suruh Su kahwinkan, okey Su kahwin kalau itu yang boleh menggembirakan ibu. Tapi jangan Ibu buat tak peduli pada Su. Ianya membunuh Su sedikit demi sedikit ibu. Baik ibu ambil saja pisau tu dan tikam Su daripada ibu buat Su macam ni. " ibu berhenti sejenak apabila mendengar kataku. Dia berpaling dan memelukku. Kami sama-sama menangis. Fira hanya membisu.
"Su akan faham suatu hari nanti kenapa ibu buat ni semua. Su satu-satunya anak ibu. Nanti bila Su ada anak sendiri Su akan faham hati seorang ibu. Sebentar lagi Ilham akan sampai. Malam ni juga Su kena kahwin. Ibu dah jemput tok imam." Dengan selamba ibu memberitahu ku.
Apa? Ibu merancang semua ni. Ibu pura-pura sakit, buat panggilan palsu, menyebabkan aku panik balik kampung. Membuatkan aku risau separuh mati tapi rupa-rupanya ibu merancangnya. Hatiku panas membara. Sanggup ibu menipuku.
"Apa semua ni ibu. Ibu merancang semua ni. Ibu dah rancang semua ni. Sanggup ibu buat Su macam ni. Bagaimana jika Su tetap tak mahu kahwin."
"Su tetap akan kahwin sama ada Su setuju atau tidak. Jika tidak Su takkan jumpa ibu lagi. Tak akan."
"Sampai hati ibu. Su tak sangka sampai ketahap macam ni ibu lakukan. Baik ibu, jika ini yang ibu mahukan. Ibu menghancurkan Su. Hati Su ni ibu, remuk hancur macam kaca. Su akan kahwin jika itu yang ibu mahukan. Su akan kahwin." Aku berlari menuju ke bilikku. Tak sanggup ku lihat muka ibuku. Hatiku hancur. Pintu bilikku di ketuk dari luar.
"Su tak mahu diganggu ibu. Bukan sekarang."
"Suri, ni aku Fira. Boleh aku masuk."
"Masuklah Fira. Pintu tak berkunci." Tak lama kemudia aku mendengar tapak kaki Fira melangkah menghala ke katil ku. Tangannya mengusap belakangku dengan lembut. Bahu ku diramas lembut.
"Su boleh aku tanya. Aku tahu ini bukan masa yang sesuai tapi aku antara faham dan tak faham."
"Yes kau boleh tanya. Seperti yang kau dengar ibu paksa aku kahwin dengan Ilham manusia yang aku tak kenal."
"Tapi kenapa ibu kau paksa kau? Selalunya ibu kau takkan paksa kau kalau kalau kau tak suka, kenapa kali ni ibu kau berkeras."
"Aku tak tahu. Dia mahu cucu katanya."
"Hem..cucu. Pelik alasan ibu kau ni. Takkan setakat nak cucu dia berkeras sampai sanggup dia menipu kau, lagi sudah merancang malam ni kau akan nikah. Takde jemputan, takde majlis. Nampak macam terdesak sangat. Apa yang menyebabkan ibu kau terdesak sampai tahap macam ni. Biasanya anak tunggal macam kau, lagi pula kau ni anak kesayangan dia, intan payung dia, mesti dia mahu buat majlis panggil jemputan, buat majlis kahwin yang meriah bukan macam kahwin cover up macam ni. Ada kau tanya dia? Aku pelik lah Suri. Ibu kau tak macam ni. Hati aku ni rasa macam ada sesuatu."
"Entahlah. Aku dah tanya dia. Dia tak cakap. Asyik cakap mahu cucu, Ilham tu lelaki baik. Aku dah tak kisah. Ibu mahu aku kahwin, okey aku kahwin. Dia nak aku kahwin malam ni, fine aku kahwin malam ni juga. Aku tak mahu ibu buang aku. Aku tak sanggup. Biarlah aku ikut kehendaknya."
"Tapi Su, flight kau malam ni. So macam mana? So aku assume kau tolak tawaran tu."
Aku mengesat air mataku. Tak guna aku menangis lagi. Malam ni aku tetap akan kahwin. Untuk apa aku menangis. Aku membetulkan dudukku di sebelah Fira. Aku terlupa, aku akan ke London malam ni.
"Fira, bila kau akan balik ke KL semula."
"Sekejap lagi. Dengan apa yang berlaku sebentar tadi, aku rasa tak sesuai aku tinggal lama di sini. Aku rasa janggal."
"Boleh kau temankan aku. Kau balik malam ni boleh? Sekurangnya aku ada teman. Aku tak mahu bercakap dengan ibuku lagi. Bukan untuk jangka waktu ni. Temankan aku, please."
"Okey lah. Lepas kau nikah nanti aku balik. Aku temankan kau. Kesihan kau aku tenguk. Kalau aku berada ditempat kaupun aku akan marah." Pujuk Fira.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...