Ilham POV
Meetingku dengan Rosling berjalan dengan lancar. Jika mengikut perancanganku selama beberapa bulan, Rosling akan berada dalam gengamanku. Sudah lama aku mengawasi segala perkembangan Rosling dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku bertindak seperti yang di rancangkan. Rosling memerlukan aku untuk menjaganya. Dengan keadaannya sekarang, Rosling mungkin akan diistiharkan muflis dan dengan bantuan IS Corp, Rosling boleh diselamatkan. Aku bercadang untuk menyerahkan segala kertas kerja pada Zaidi apabila aku sampai di pejabat nanti. Sementara itu bolehlah aku menumpukan sepenuh perhatianku pada syarikat pula.
Aku berjalan perlahan menuju ke pejabatku. Aku tak perlukan kereta untuk balik ke pejabatku semula memandangkan Rosling hanya beberapa blok dari IS Corp. Lagipun di waktu tengahari ni, KL memang sibuk. Manusia berpusu-pusu di waktu puncak ini dengan urusan masing-masing. Aku tak mahu membuang masa dengan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Aku mengeluarkan iPhoneku dan mendail nombor pembantu peribadi ku.
"Ye Encik Ilham" Ain, pembantu peribadi ku bertanya.
"Ain, what's next?"
"Sekejap. Biar saya periksa dulu. Okey Encik Ilham, pukul 2 nanti meeting dengan Piagam Indah construction. Lepas tu dengan puan Saerah pengetua rumah kebajikan orang tua Selangor, pukul 5 dengan dengan peguam kita encik Yazid dan makan malam amal di Royale Chulan pukul 8."
"Okey, saya on the way back. Jika saya lambat, minta Piagam Indah tunggu di meeting room. Ain, tolong order saya lunch. Seperti biasa."
"Baik Encik Ilham,"
Aku memutuskan talian setelah aku tahu jadual ku. Aku terus mengorak langkah sehinggalah aku ternampak Fira sedang leka memerhatikan baju di patung yang dipamerkan di sebuah butik. Aku menghampirinya.
"Fira! Buat apa di sini?" Aku menegurnya. Bahu Fira sedikit terangkat apabila aku menegurnya secara tiba-tiba.
"Ilham! Kau buat apa....di sini? Fira menoleh ke kiri dan ke kanan seperti mahu memastikan kawasan sekitar kami selamat. Aku juga sama-sama mengikut tingkah laku Fira.
"Kenapa? Something wrong?"
Fira menarik ku ketepi, ketempat yang di fikirnya selamat. Aku hanya menurutinya sahaja.
"Kau buat apa di sini? Kenapa kau ada di sini Ilham?"
"Aku baru habis meeting. Kau?"
"Ini lunch time aku." Kami senyap untuk sementara waktu. Aku tak tahu nak cakap apa dengan Fira sebab aku terlalu banyak perkara yang aku mahu tanya. Aku tak tahu nak mula dari mana.
"Fira, kenapa kau tipu aku?"
"Tipu? Bila masa pula aku tipu kau." Fira mengerutkan dahinya.
"Pasal Suri. Kenapa kau tipu kau kata kau tak tahu. Jika kau berterus terang, aku tak perlu tunggu Suri sampai 5 tahun."
"Aku tak tipu. Aku cakap benda yang benar je." Fira mula bermain dengan jarinya. Dia tak berani bertentang mata dengan ku lagi.
"Tak apalah Fira. Aku tak marah pun tapi aku hampa dengan kau. Jika kau berterus terang mak Suri tak perlu bersedih selama 5 tahun ni." Aku menggunakan ibu mertuaku untuk memerangkap Fira. Fira menundukkan kepalanya. Mungkin rasa bersalah.
"Ilham, bukan aku yang tak mahu cakap. Tapi Suri yang tak bagi. Dia kata dia masih marah kat kau dan kecil hati dengan mak dia. Dia tak dapat terima hakikat yang maknya sanggup menipu untuk menyuruh dia berkahwin dengan kau. Dia bencikan kau, Ilham. I'm so sorry."
Aku mengeluh mendengarnya. Jelas Suri masih tak dapat menerima ku. Patutlah setiap kali aku cuba menghubunginya, dia asyik mematikan talian bila mendengar suaraku. Masihku ingat hanya beberapa patah kata sahaja yang keluar dari mulut Suri. Itupun masa mula-mula aku menelefonnya selepas ibu mertuaku menyerahkan nombornya padaku. Dia hanya bertanya dari mana aku mendapat nombornya. Bila aku cakap ibu yang bagi terus dia putuskan talian, selepas itu aku langsung tak berpeluang bercakap dengannya.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...