Plan

1.3K 17 2
                                    

Aku sudah sampai ke destinasiku. Aku berjaya sampai ke kampungku, ke rumah makcik.Rumahnya gelap gelita. Sunyi. Kampung, tiada bunyi enjin kereta yang menderum di malam hari. Tiada mat rempit yang berlumba haram di jalan raya menunjukkan aksi gila mereka. Di kampung, hanya bunyi cengkerik yang menemaniku. Aku mematikan enjin kereta. Aku tak mahu mengejutkan makcik. Aku menyandar pada kerusi keretaku. Mataku hanya tertumpu pada rumah makcik. Ditangga rumah inilah aku bermain dengan anak perempuan makcik. Siapa namanya ye. Aku cuba untuk mengingati namanya tapi hampa. Ah..siapa pula namanya. Lantaklah. Sakit pula kepala aku untuk mengingatkannya. Baik aku tidur daripada menyakitkan kepalaku. Aku melelapkan mataku. Memang aku mengantuk dan badanku sengal. Mungkin akibat aku memandu jauh.

Aku membuka mataku apabila aku terdengar cermin tingkap keretaku diketuk. Argh....silaunya. Teriknya matahari. Pukul berapa ni. Aku melihat jam ditanganku. 9.30 pagi. Tok! Tok! Cermin ku diketuk lagi. Aku menoleh. Seorang perempuan tua berdiri di sebelah keretaku. Berbaju kurung Kedah kelabu dan berkain batik lusuh. Aku menurunkan cermin keretaku.

"Ye?" tanya ku.

"Anak ni cari siapa. Kenapa tidur di sini? tanya makcik tersebut.

"Saya di mana?" Aku menoleh ke kiri dan kanan sambil menggosokkan mataku. Tangga itu. Ye tangga itu. Tangga itu mengingatkan aku. Aku menoleh semula ke makcik yang masih melihatku. Aku cuba untuk mengingati makcik yang berada didepanku. Tapi kosong.

Aku keluar dari keretaku. Aku hulurkan tanganku untuk bersalam. Makcik menyambutnya dengan wad-was. Keningnya berkerut tapi mulutnya masih tertutup rapat. Matanya masih tepat memandangku.

"Saya Ilham. Makcik siapa?" Soalku.

"Kenapa nak tahu?"

"Oh takde, dulu rumah ni makcik saya yang tinggal. Tapi sebab saya dah terlampau lama tak balik kampung, saya tak tahu dia masih tinggal di sini ke tidak."

"Takde. Hanya makcik je yang tinggal di sini. Tak ada orang lain. Siapa nama makcik awak tu?"

"Itulah..saya dah lupa namanya." Aku cuba mengalihkan pandangan ku dari makcik tersebut. Segan benar bila aku sendiri tak tahu nama makcik ku.

"Hai..nama makcik sendiri pun tak tahu. Awak ni betul ke ada makcik kat kampung ni?"

"Eh betul makcik. Saya ada makcik kat kampung ni. Tu rumah dia. Saya masih ingat tangga itulah tempat saya bermain. Hah! Itu...itu pokok durian tu...makcik tu selalu merungut cakap dia tanam pokok durian jantan. Pokok tu tak berbuah-buah."

"Oh pokok tu sampai sekarang pun masih tak berbuah. Memang pokok jantan agaknya. Siapa nama tadi?"

"Ilham"

"Ilham je. Bapanya?"

"Ilham Safwan bin Johan."

"Johan? Johan tauke kedai runcit kat simpang tiga tu?"

"Ha ye ye. Makcik kenal bapa saya."

"Mana tak kenalnya. Baru 2 minggu lepas dia datang sini."

"Papa datang sini? Buat apa? Makcik ni siapa?"

"Makcik ni orang panggil Mak Biah. Kenapa Johan datang sini, panjang ceritanya. Tak ingin makcik ingat. Makcik penat bila teringatkan Johan. Eh mari lah masuk. Boleh kita borak panjang." Aku mengekori Mak Biah kerumahnya. Perabotnya masih sama. Susunannya masih sama. Rumahnya simple tapi kemas. Di sudut rumah itulah tempat aku meluruskan badan. Sejuk dan nyaman.

"Duduklah. Makcik ke dapur sekejap." Selepas 10 minit, Mak Biah datang semula sambil menatang dulang air. Kopi O panas berserta dengan kuih cucur.

"Minumlah. Ini je yang ada. Maklumlah tinggal seorang. Ala kadar je," jemputnya.

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now