Plan Suri

1K 19 4
                                    

Ilham POV

Suri setuju berkahwin denganku. Aku tersenyum lebar. Semua planku berjalan lancar. Ini Ilhamlah, Apa yang aku rancang, pasti akan menjadi. Tiada siapa yang dapat bantah kataku. Tiada seorang perempuanpun di dunia ini yang mampu menolak aku. Aku tersenyum bangga.

"Hai tersenyum seorang nampak. Apa yang suka sangat tu. Dapat bisnes baik punya ke?" tanya Zaidi.

"Yeps ini bisnes baik punya. Kau ingat tak aku pernah cerita kat kau pasal seorang awek kampung tu. Anak mak Biah."

"Ha ye ye . Mana aku boleh lupa. Dah kau cerita macam kau tu dah kena jampi, dah dirasuk dengan minah tu. Bukan main lagi kau duk bercerita kat aku ni sampai menanah telinga aku. Sikit-sikit Suri, sikit-sikit Suri. Ni pecah gegendang aku ni. Ha naper?"

"He he. Minah yang menyebabkan telinga kau tu menanah setuju kahwin dengan aku. Ini Ilham, tak ada perempuan yang mampu tolak aku." Aku mendepangkan dadaku yang bidang, bangga.

"Kau nak kahwin dengan dia. Kau biar betul. Aku tak sangka pula kau serius sampai nak kahwin. Kau biar betul."

"Naper aku nak tipu. Baru kejap tadi mak dia call bagi tahu, tapi aku kena balik kampung la malam ni. Mak Biah suruh."

"Aku tak caya. Engkau nak tamatkan zaman bujang kau yang gemilang ni, yang tengah hot ni. Aku tak caya."

"Hello kawan, tak semestinya aku kahwin, aku akan memerap kat rumah je. Zaman gemilang aku, aku tetap akan teruskan. Kahwin tu bukannya boleh menghalang aku. Apalah kau ni. Narrow sangat fikiran kau. Ini zaman modenlah, siapa kata lepas kahwin tak boleh pergi pub, sapa kata aku tak boleh keluar dengan perempuan lain. Aku tetap aku takkan berubah."

"No Ilham, bila kau setuju berkahwin maknanya kau dah bersedia untuk settle down. Apa yang kau buat sekarang ni, kau dah sedia untuk tinggalkan. Aku rasa kau masih belum bersedia. Kalau kau belum bersedia kenapa kau nak kahwin dengan perempuan ni. Apa istimewanya dia. Melambak lagi perempuan cantik kat sini. Perempuan kampung tu pula kau inginkan."

"Kau tak faham Zaidi. Kau tak pernah tenguk dia. Mata dia, senyuman dia...pergh, menikam kalbu. Tak ada perempuan yang mampu buat aku lemas. Tak ada."

"Takkan setakat lemas kau terus nak kahwin dengannya. Kau, Kau pernah ke jumpa dia?"

"Aku pernah tenguk gambar dia. Cantik."

"Gambar saja? Gambar saja dah buat kau jadi tak keruan macam ni. Gambar saja dah buat kau sasau dan berkeputusan untuk kahwin dengan dia. Kau biar betul. Entah-entah gambar tu diambil masa dia masih cantik, sekarang mungkin dah gemuk,spare tyre 3 tingkat. Tak tahu mana dada mana perut mana punggung. Semuanya sama. Kau biar betul. Baik kau fikir masak-masak."

"No no no. Aku tahu perempuan ni cantik. Kalau kau tak caya, jom ikut aku balik kampung."

"Suka hati kaulah. Aku dah ingatkan kau. Jangan kata aku tak ingatkan." Aku dan Zaidi sama-sama keluar dari pejabat ku. Tujuan ku hanya satu, ke kampung mak Biah.

Sampai di rumah mak Biah, aku melihat kereta minicouper putih krim di laman mak Biah. Kereta siapa pula ni. Suri balikkah? Hatiku berbunga bila mengingatkan Suri ada di sini. Tak sabar aku nak berjumpa dengan bakal isteriku. Aku mahu melihat sendiri rupa paras sebenar Suri dengan mataku. Aku yakin dia memang cantik, tidak seperti yang Zaidi bayangkan. Naluriku takkan silap.

"Assalamualaikum. Makcik O makcik."

"Waalaikumussalam. Ilham, masuklah."

"Ye makcik. Perkenalkan ini kawan saya, Zaidi." Aku membuka kasut ku dan melangkah masuk. "Kereta siapa tu makcik?" Tak sabar untuk ku tahu siapa pemilik kereta tersebut.

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now