Malam yang dingin

1.1K 15 0
                                    

Ilham POV

Aku dikirakan orang yang bertuah dalam dunia ini, datang dari keluarga yang kaya, tentang duit memang tiada masalah bagiku. Harta memang melimpah. Apa aku mahu semuanya seperti orang kata, petik saja jari semua akan datang bergolek. Tapi aku masih rasakan jiwa ku kosong. Duit yang banyak, harta yang banyak, saham, perempuan. Perempuan, aku tak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan perempuan. Perempuan yang datang kepadaku. Asalkan ada duit, semuanya tak menjadi masalah tapi semua tu masih tak mencukupi. Apa yang kurang?

Sunyi. Aku rasa sunyi. Walaupun kawan-kawanku ramai tapi aku tetap rasa sunyi. Perempuan datang dan pergi dalam hidupku. Aku tahu mereka rapat denganku hanya kerana duitku. Mereka hanya memandang kocek ku. Aku melihat sekeliling rumahku. Cantik. Hiasan yang mahal. Dekoratif dari pakar hiasan dalaman terkenal. Tapi semua ini masih tak dapat mengisi kekosongan ku.

Aku mencapai kunci kereta ku yang ku campak diatas meja tadi. Aku menghidupkan enjin dan keluar dari rumah banglo Papaku. Setelah puas aku memandu, aku memberhentikan keretaku di parking lot di luar shopping mall yang terkenal.Aku memandang keluar. Manusia berlumba-lumba dengan urusan masing-masing. Ada yang sibuk dengan handphonenya, ada yang mendengar muzik, ada yang berkumpul membuat bising, mengacau gadis-gadis yang melangkaui mereka, ada yang menunggu teksi. Pelbagai ragam pelbagai aksi. Tapi aku tak rasa terhibur melihat gelagat mereka.

Aku mencapai handphoneku. Aku mendail nombor Zaidi. Zaidi satu-satunya kawanku yang boleh ku harap di antara kawan-kawanku yang lain. Senang berurusan dengan Zaidi. Ke pub, padang golf atau melepak di kedai mamak Zaidi boleh saja. Selepas 5 kali ringing, Zaidi menjawab.

"Hello bro, lamanya baru ko nak jawab. Ko kat mana sekarang ni. Lepak jom," kataku.

"Sorry la bro, Shila ada kat rumah aku ni. Sekarang tak boleh la bro," balas Zaidi.

"Shila ada ngan ko. Hem...memang tak keluarlah ko. Mengulit Shila lah ko malam ni. Ha ha ha."

"Eh biasalah Ilham. Bukan ko tak tahu. Macam lah ko ni tak biasa."

"Hah..ok la. Aku tak mahu kacau ko. Lain kali saja lah."

"Ko kat mana ni Ilham."

"Ko tak payah tanyalah aku kat mana. Aku cakap ko bukannya boleh datangpun." Aku memutuskan panggilan. Hem..Zaidi busy pula. Siapa aku nak ajak melepak ni. Ke pub? Ah takde moodlah. Aku bermain dengan handphoneku. Satu persatu nama dalam contact list aku lihat. Ah bosannya.

Aku memandang semula ke kumpulan remaja tadi. Memerhati gelagat mereka. Aku teringat zaman remaja ku. Aku pun lebih kurang seperti mereka, membuat bising atau mengacau gadis yang lalu. Aku terus memerhati gelagat mereka sambil menyelami kenangan zaman mudaku. Zaman remajaku adalah dibandar. Aku berpindah ke bandar setelah perniagaan Papa bertambah maju. Dari seorang peniaga kedai runcit dikampung, sedikit demi sedikit Papaku mengembangkan perniagaannya. Aku masih teringat ketika aku kecil aku selalu ke rumah seorang makcik untuk mendengar cerita. Siapa nama makcik itu ye. Alah...siapa pula namanya. Aku terus memerah otak ku untuk mengingati nama makcik tersebut. Zariah? Mariah? Sofea? Argh..kenapa susah sangat nak ingat ni. Itu lah dah bertahun-tahun aku terputus hubungan dengannya. Seingat aku makcik itulah yang paling rapat yang paling aku sayang selain daripada Mamaku. Kalau Papa bergaduh dengan Mama, ke rumah makcik itulah tempat ku melarikan diri. Aku akan duduk di rumahnya sampai makcik itu sendiri yang menyuruh ku pulang. Aku suka membuli anak perempuan makcik tersebut. Anak perempuannya terlalu pemalu tetapi comel. Setiap kali aku datang, pasti dia akan berlari bersembunyi didalam biliknya.

Hem...macam mana aku boleh lupa nama makcik ni. Mungkin sebab aku terlalu hanyut dengan arus bandar. Hidup dibandar memang pantas dan terlalu banyak hiburan. Aku suka hidup dibandar. Semuanya ada. Kalau diikutkan memang tak bosan tapi aku tetap sunyi. Aku menghidupkan enjin keretaku. Aku ingat-ingat lupa jalan balik ke kampungku tapi aku nekad. Aku sudah tahu kemana tujuanku?

Hi guys, please vote or give comment ye. Love you all. :)

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now