Permulaan alam perkahwinan Suri dan Ilham

1.3K 18 0
                                    

Suri memandang pada Johan yang terbaring berlumuran darah. Dadanya turun naik perlahan, matanya di antara tertutup dan tidak. Sekejap-sekejap dia akan terbatuk kecil dan ketika itulah Suri boleh nampak darah menyembur keluar dari mulutnya. Jadi siapakah yang menekan kepalanya sebentar tadi.

Suri memandang pada Ilham pula. Keadaannya masih seperti sebelumnya. Kaku tidak bergerak. Suri mencucuk lengan Ilham dengan jari telunjuknya, tiada tindak balas. Ke sisi badannya pula, juga tiada reaksi. Suri menundukkan kepalanya ke dada Ilham dan dia dapat mendengar degupan jantung Ilham yang sangat perlahan.

"Ilham, bangun. I tahu you boleh dengar I. I tahu you hidup lagi, bangun. You jangan nak takutkan I lagi." Ilham masih terbaring tanpa tindak balas.

"Bangun Ilham. I sudah hilang separuh nyawa tenguk you macam ni. You jangan nak takutkan I. Bangun Ilham." Suri menggoncang badan Ilham yang lemah.

"Argh.." Hanya itu yang keluar dari mulut Ilham. Matanya masih lagi tertutup. Suri menggoncangnya lagi.

"Suri stop it. I'm bleeding right now."

"Ilham! Syukur you masih hidup." Suri memeluk erat tubuh Ilham. "Badan you Ilham, sangat sejuk. Mari kita keluar dari sini. I bawa you ke hospital." Suri cuba membantu Ilham untuk bangun. Setiap kali Ilham cuba untuk bangun, mukanya akan berkerut seribu menahan kesakitan yang sedang dia tanggung. Dengan menggunakan tangan kirinya, Ilham menekan lantai untuk menolak badannya agar boleh berdiri. Dengan bantuan Suri, akhirnya Ilham berjaya juga untuk berdiri. Tatkala Ilham mahu melangkah, matanya ternampak Johan yang terbaring lemah. Dadanya turun naik perlahan dan matanya memandang ke Ilham seperti meminta simpati dan pertolongan. Ilham hanya memandang sayu padanya.

"Suri bawa I ke bilik I, sebelah bilik ni. I kena uruskan sesuatu."

Suri hanya menganggukkan kepala tanda faham. Perlahan-lahan Suri memimpin Ilham ke bilik sebelah. Dengan terhinjut-hinjut Ilham cuba mengawal langkah dan kesakitannya.

Ilham mencapai ganggang telefon dan baru sahaja dia mahu mendail, Suri menahannya.

"Apa you mahu buat. You mahu call siapa?"

"Ambulan." Sepatah sahaja Ilham membalas.

"Tak perlu. Biar I bawa you terus ke hospital. Mari."

"Bukan untuk I tapi Papa. I tahu you akan bawa I tapi sebelum itu biar I call ambulan untuk dia."

"What! You masih nak tolong si syaitan tu. Dia cuba rape I, dia tembak you dan you masih nak call ambulan. Tak payah! Biar dia mati je lagi bagus. Hiduppun menyusahkan orang lain. Dia susahkan ibu, I, you......us."

"I tahu tapi dia tetap Papa I. Takkan I nak biarkan dia. Dia tetap darah daging I walaupun dia sebusuk-busuk manusia. Takkan you mahu I pun sama-sama jadi macam dia. You mahu I jadi macam dia ke?" Ilham memandang tepat ke dalam mata Suri.

"No."

"Then biar I jalankan tanggungjawab I sebagai anak. I tak kisah apa you mahu buat pada dia after that. Kalau you mahu buat report polis, I takkan halang dan tetap sokong tindakan you tapi sekarang biar I jadi seorang manusia."

Suri hanya membisu. Apa yang dikatakan Ilham ada benarnya. Suri faham dilema yang Ilham sedang tanggung. Kalau Johan ini orang luar, Suri pasti Ilham takkan pedulikan keadaannya. Tapi yang berdarah di bilik sebelah adalah bapa kandungnya. Dengan perlahan Suri menganggukkan kepalanya menyetujui tindakan Ilham. Tanpa berlengah Ilham mendail 999 meminta bantuan. Setelah selesai perbualannya dengan operator, Ilham mengajak Suri keluar dari rumah.

"Kita ke hospital, you masih boleh bertahankan Ilham." Suri mengerling ke Ilham yang duduk di sebelahnya sementara Suri memandu kereta. Ilham hanya mengangguk lemah. Suri memecut laju menuju ke hospital. Dia tahu hospital mana yang dia mahu tuju. Sementara itu Suri tidak putus bercakap, cuba membuat Ilham berjaga. Keadaan Ilham semakin lemah selepas dia bergerak untuk keluar dari rumah. Perjalanan menuju ke hospital bagaikan berjam-jam padahal hospital yang mahu dituju bukanlah jauh sangat. Hanya dalam jarak lebih kurang 8km, namun dia tetap merasakan seperti 80km. Ilham pula semakin kurang memberi respon pada Suri. Ada ketika Suri terpaksa menampar pehanya untuk mengejutkan dia dari tertidur. Suri tak mahu Ilham tertidur, mana tahu kalau dia akan tidur terus, tak bangun-bangun. Suri tak mahu perkara begitu berlaku.

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now