"Suri....Suri..Tolong! Tolong!" Fira menjerit sekuat hati meminta tolong, namun tiada sesiapa yang berdekatan untuk membantu mereka. Fira cuba menarik Suri dari pelukan lelaki tersebut namun dengan kudrat wanitanya, dia tidak mampu untuk menggerakkan satu jari lelaki sasa itupun. Tapi Fira tidak mudah berputus asa, dia menampar, mencakar dan juga menyepak lelaki tersebut namun lelaki itu memeluk Suri lebih kuat dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan dia menampar Fira dengan tangannya yang kosong. Pandangan Fira menjadi gelap seketika, telinganya berdesing dan pipinya pedih perit apabila menerima tamparan kuat dari lelaki tersebut. Dengan hanya sekelip mata, lelaki itu sudah menyumbatkan Suri ke dalam keretanya dan memecut laju meninggalkan Fira yang masih cuba mengimbangi badannya.
Panik mula mengusai Fira. Di depan matanya, dia nampak Suri diculik. Untuk seketika Fira kebingungan, tidak tahu apa yang perlu dia buat. Otaknya seperti terhenti berfungsi. Hanya kelenjar air matanya sahaja yang berfungsi. Seluruh badannya sejuk dan bibirnya menggeletar. Bukan kerana sejuk tapi adrenalin yang dirembes keluar membuatkan Fira jadi begitu.
Fira berlari menuju semula ke keretanya yang terbuka pintu. Dia mencapai beg tangannya dan tangannya lincah mengorek isi kandungan di dalam begnya untuk mencari telefon bimbit. Apabila dia dapat menggarap telefonnya, dia menarik keluar dan terus mendail nombor Ilham. Beberapa kali Fira mencuba sebelum Ilham bersuara di hujung talian.
"Hello." Sepatah Ilham bersuara.
"Ilham. Suri.....Suri....." Fira tidak dapat menyusun ayatnya dengan betul.
"Fira...kenapa ni. Kenapa dengan Suri?" Ilham mula berasa tidak sedap hati.
"Suri Ilham. Suri kena culik."
"Apa! Culik? Siapa? Dimana?"jantung Ilham bagaikan jatuh ke bumi mendengar berita Suri diculik.
"Suri...Suri diculik. Aku tak tahu ke mana."
"Tak..aku maksudkan kau kat mana?"
"Oh! Aku kat kedai mamak yang dekat dengan office aku ni."
"Kau tunggu sana. Aku datang."
Ilham memandu laju keretanya menuju ke kedai mamak yang berhampiran dengan pejabat Fira. Ilham tahu kedai yang mana satu sebab hanya satu kedai mamak sahaja yang ada di sekitar kawasan tersebut. Apabila Ilham menghampiri kedai mamak yang dimaksudkan Fira, Ilham boleh nampak kereta Fira dan kereta Suri parking sebelah menyebelah. Ilham memberhentikan keretanya di belakang kereta Fira dan melangkah keluar tanpa memperdulikan untuk mematikan enjin keretanya.
"Ilham....Suri kena culik, aku tak dapat nak selamatkan dia. Lelaki tu terlalu kuat dan benda ni berlaku terlalu cepat. Aku tak sempat buat apa-apa. Sorry Ilham, I am so sorry."
"Okay okay Fira. Sekarang kita kena selamatkan Suri. Suri ada musuh ke?"
"Tak ada setahu aku. Semua orang di pejabat, semuanya suka dengan dia. Suri bukan jenis yang suka cari gaduh."
"Luar pejabat macammana?"
"Except you, dia memang tak ada kawan di luar pejabat. Semua kawannya budak-budak office. Aku tak fikir Suri ada musuh."
Ilham berfikir sejenak, cuba mencari sebarang kemungkinan kenapa Suri diculik. Keningnya bertaut memikirkan sebarang alasan. Tiba-tiba Ilham seperti terfikir sesuatu dan mukanya menjadi pucat tak berdarah.
"Kau cam penculik tu Fira? Nombor kereta atau jenis kereta kau cam tak?"
"Aku rasa aku cam."
"Kau pergi balai. Buat report. Aku nak pergi ke satu tempat." Ilham segera masuk semula ke dalam keretanya dan memecut laju meninggalkan Fira terpinga-pinga. Selepas bayang kereta Ilham hilang dari pandangan, Fira segera memasuki keretanya pula. Arahan Ilham perlu dia patuhi dengan segera. Dia tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada Suri.
Ilham berharap apa yang dia fikirkan sekarang ni tidak akan berlaku. Tapi jauh disudut hatinya, dia tahu siapa yang menculik Suri. Jika benarlah seperti yang dia fikirkan, Ilham berharap Papanya takkan melakukan sesuatu yang bodoh. Tapi Bila Ilham memikirkan perangai Papanya, Ilham tahu apa yang Papanya rancangkan. Disebabkan sekeping kertas usang, Papa sanggup membutakan mata dan hati hanya kerana mengikut nafsu. Ilham berharap, dia sempat sampai ke rumah Papanya sebelum terlambat. Ilham menggenggam erat stering keretanya sehingga tangannya menjadi putih. Pedal minyak diperah habis.
Ilham memberhentikan keretanya betul-betul di belakang kereta Papanya. Jangkaannya tepat. Papa jarang berada di rumah, biasanya Papa akan tinggal bersama perempuan simpanannya. Rumah ini lebih sesuai di panggil rumah tumpangan atau rumah ke dua bagi Papa. Tapi hari ini Papa ada di sini, di rumah yang jarang berpenghuni ini. Hanya waktu siang hari, rumah ini akan dihuni oleh orang gajinya dan apabila tugasnya selesai, orang gaji Papa akan pulang semula ke rumahnya. Jadi hari ini Papa memang sengaja balik kerana hanya dia dan Suri sahaja di rumah ini. Jadi Papa bebas melaksanakan nafsu jahatnya pada Suri. Tiada orang yang akan dengar sekiranya Suri menjerit dan tiada siapa yang boleh bantu Suri. Tapi Papa silap, Suri adalah isteri Ilham. Ilham sanggup berkorban nyawa demi Suri. Ilham takkan benarkan sesiapa menyakiti Suri. Suri adalah nyawanya. Menyakiti Suri sama seperti menyakiti dirinya.
Ilham membuka pintu rumahnya dan melangkah masuk. Ilham berdiri di tengah-tengah rumah cuba memasang telinga dan meninjau sekeliling rumah mencari bayang Suri atau Papanya. Sunyi dan rumah ini cahaya lampunya samar-samar. Ilham mengatur langkah untuk ke tingkat atas apabila tiba-tiba dia terdengar Suri menjerit. Ilham melangkah besar, mengambil 2 anak tangga dalam satu langkah, menuju ke bilik Papanya. Apabila pintu bilik Papanya ditolak kuat oleh Ilham, mata Ilham terbeliak melihat apa yang di depan matanya. Tangannya yang menggigil digenggam erat sehingga urat-uratnya timbul, mukanya merah seperti udang di bakar, giginya diketap kuat sehingga rahangnya bergerak-gerak. Jantungnya seperti terhenti dari berdegup dan dadanya seperti mahu pecah melihat Papanya. Dia tahu apa yang bakal dilakukan oleh Papanya tapi dia cuba menafikan dan masih berharap yang Papanya masih lagi seorang manusia bukannya binatang. Tapi harapan tinggal harapan. Binatang tetap binatang. Ilham tak sanggup lagi melihat kerakusan Papanya pada Suri dan dengan seluruh kekuatan yang tiba-tiba sahaja membuak keluar dari dalam dirinya, Ilham bertempik kuat dan menyentap lengan Papanya sehingga Papanya tersembam jatuh ke lantai.
"Ilham!" Johan terkejut melihat Ilham dan dengan sekali hayun, Ilham menumbuk tepat pada muka Johan membuatkan pandangan Johan berpinar.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...