Cerita lama

1.2K 17 0
                                    

Mak Biah POV

Perasaan dan fikiriranku bercelaru. Bagaimana ni, Suri berkeras untuk tidak mahu berkahwin dengan Ilham. Hujung bulan ni jika Suri masih tidak berkahwin dengan Ilham, Johan.... Johan akan menuntut haknya. Kalaulah harta boleh ku ganti untuk Suri, akanku serahkan segalanya pada Johan. Tetapi perjanjian antara Bakar dengan Johan, aku tahu dengan harta yang tak seberapa yang aku ada, masih tak cukup untukku tebus.

Bakar... Hatiku bagai disentap apabila teringatkannya. Tak habis-habis lagi masalah yang ko hasilkan. Dari ko hidup sampai ko mati, ko memang tak izinkan aku hidup aman. Ko memang berhati kejam. Aku dapat merasakan perasaan benci dan marah ku meluap-luap. Setiap saat perasaanku bagaikan dibaja. Semakin hari semakin subur semakin bertunas benciku pada Bakar. Kalaulah Bakar masih hidup, aku sendiri yang akan membunuhnya. Akanku cincang Bakar sampai lumat dan buangkan mayatnya ke dalam perigi belakang rumahku ni. Biar dia mati tak berkubur, tak bernisan.Baru puas hatiku. Tapi sekarang persoalan yang lebih penting,perlukah aku berterus terang dengan Suri. Kalau aku berterus terang, bagaimanakah penerimaan Suri. Aku pasti dan aku dapat bayangkan reaksi Suri jika aku memberitahu perkara sebenar. Dia takkan diam dan tak akan menangis. Baginya air matanya bukan untuk Bakar. Baginya Bakar bukan bernilai sangat sehingga dia akan menangis kerananya. Aku tak hirau apa tindakannya tapi yang paling ku risau ialah apa yang tersimpan di dalam hatinya. Aku tak mahu Suri menjadi pendendam, anti lelaki. Walaupun Bakar adalah syaitan dalam hidup kami tapi aku tidak mahu Suri menjadi anak derhaka. Aku tak ajar anakku untuk menjadi seorang yang kurang ajar, tak tahu menghormati bapanya sendiri. Bakar adalah masalah ku, biar aku saja yang hadapinya tapi si syaitan tu telah melibatkan Suri pula.

Johan pula rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia. Aku ingatkan dialah manusia yang paling baik yang pernah aku kenal tapi rupa-rupanya hatinya penuh dengan dendam. Kerana cintanya tidak aku balas, dendamnya sampai ke tua. Masih panas dalam ingatan ku ketika Johan menunjukkan surat perjanjiannya dengan Bakar. Senyumannya tak mungkin aku akan lupakan.

Flashback

"Apa ni Johan. Surat apa ni Johan" sambil aku mengambil surat yang Johan hulurkan.

" Hah ko bacalah." Aku membaca isi kandungan surat tersebut. Semakin ku baca semakin sempit dadaku, semakin kabur penglihatanku.

"Perjanjian apa ni Johan. Kenapa Ko ada surat ni. Ini tandatangan Bakar ni. Apa lagi yang dia buat. Aku dah tak tahanlah Johan dengan masalah-masalah dia. Dia ni pandai buat masalah je, tapi aku yang kena pikul bebannya. Aku tak mahu ambil tahu lagilah" keluhku.

" Ish ko ni bacalah sampai habis. Kan ada tulis semua tu. Eloklah ko baca sendiri. Kalau aku cakap, nanti ko tak caya".

Aku mengambil surat yang ku letakkan atas meja kopi ku dan membacanya semula. Aku rasakan nafasku terhenti seketika.

"Bakar berhutang dengan ko Johan. Kenapa ko bagi dia pinjam Johan. Ko kan tau dia kaki judi. 10,000 bukan sikit Johan."

" Eh! Ko silap tu Biah. 10,000 tu dulu, sekarang dah lebih. Ko tak baca ke setiap bulan yang dia lewat bayar, bunganya 10,000. Ko kira lah sendiri sekarang dah berapa."

Aku mencongak-congak dalam kepala. 3 juta. Terlopong mulut ku setelah ku tahu jumlahnya. Johan tersenyum.

"Mana aku ada duit sebanyak ni Johan. Kenapa baru sekarang ko nak tuntut. Kenapa masa si Bakar tu hidup ko tak minta padanya. Aku takde duit"

Senyuman Johan semakin lebar. Meluat pula aku melihatnya.

"Kenapa ko tersenyum Johan. Lain macam je ko ni."

"Biah, Biah. Kenapa aku nak minta pada Bakar. Yang berhutang Bakar, bukan aku. Pandai berhutang pandailah membayar. Aku bukan pengemis nak minta duit kat Bakar."

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now