Sepanjang perjalanan balik ke KL, ibu tak banyak bersuara. Ibu lebih banyak termenung dan memandang antara aku dan Ilham. Apa yang ibu sedang fikirkan agaknya. Aku membiarkan dahulu ibu dengan lamunannya. Bila masa yang sesuai tiba, aku akan korek cerita sebenarnya. Sekarang, biar ibu berehat dahulu.
Perjalanan yang aku rasakan paling lama dalam sejarah hidupku akhirnya berakhir di kondo ku. Perjalanan yang sepatutnya 2 jam, aku rasakan seperti 12 jam. Hanya DJ di radio yang memecahkan kesunyian.
"Ok ibu, kita dah sampai and Ilham thanks ye."
"Ibu tak mahu tinggal sini. Rumah ni tinggi sangat. Ibu gayat. Ilham, ibu mahu tinggal rumah Ilham je. Bawa ibu ke sana. Tinggal kat sini, ibu tak boleh bernafas. Sakit dada ibu ni tenguk ke bawah."
Ilham hanya memandang padaku. Aku juga terkejut dengan kata-kata ibu.
"Ibu...mana boleh ibu tinggal di rumah Ilham. Rumah Su kan ada. Kita tinggal sini je. Sini pemandangannya cantik. Sunyi dan ada privacy. Kita naik ye ibu."
"Ibu tak mahu. Rumah Ilham. Jika tak hantar je ibu ke rumah orang tua. Ibu lagi selesa tinggal di sana. Sekurangnya tapak kaki ibu ni, pijak juga ke tanah. Bukannya duduk tinggi melangit kat atas tu."
"Ibu...apa ibu cakap ni. Takkan Su nak letak ibu kat rumah orang tua. Su ni masih hidup masih boleh jaga ibu."
"Ibu gayat Su. Jantung ni sakit bila ibu tenguk ke bawah."
"Jadi ibu janganlah tenguk bawah."
"Ibu ni dah tua Suri Hani. Kepala ibu ni sakit fikir masalah kamu. Kalau kamu ni dari dulu dengar cakap ibu semua ni takkan terjadi Suri. Ini tidak, ikut sangat keras kepala kamu tu. Saling tak tumpah ikut perangai bapak kamu. Asyik nak buat ibu ni sakit jantung. Kalau dari dulu kamu dan Ilham ni hidup macam laki bini, masalah ni takkan timbul. Sekarang masalah dah jadi berat. Johan gila tu dah datang tuntut kamu. Apa ibu boleh buat Suri. Apa lagi yang ibu boleh buat. Semalam dia bakar rumah, cuba nak bunuh ibu. Esok tak tahu apa yang dia akan buat. Kamu ni anak degil kamu tahu tak. Kalau ibu tahu bapak kamu buat macam ni, kalau ibu tahu kau ni degil macam ni, baik ibu picit-picit je kamu masa kamu kecil sampai mati. Senang masalah pun tak ada. Degil!" Air mata ibu ku lihat mengalir ke pipi.
"Apa ibu cakap ni. Siapa Johan. Kenapa dia bakar rumah kita ibu. Apa kena mengena dengan abah." Aku memandang tepat ke wajah ibu.
"Papa bakar rumah ibu? Papa cuba bunuh ibu? Oh tuhan...." Ilham melorotkan kedua tangan ke rambutnya. Ilham mula gelisah.
"Siapa Papa, Ilham. Apa semua ni. Suri tak faham. Ilham you macam dah kenal lama ibu I. Ilham.......oh no. Ilham you....." Aku tak dapat meneruskan kata-kataku. Aku tak dapat bayangkan Ilham di depanku ini, selama ini adalah orang yang paling aku benci. Baru semalam aku meluahkan perasaanku padanya. Selama ini Ilham menipuku. Aku tak boleh terima, aku tertipu selama ini. Jadi selama ini ibu tahu dan mungkin Fira juga tahu. Aku tak dapat bayangkan mereka mempermainkan ku, memperbodohkanku. Aku rasa sangat bodoh menjadi alat permainan mereka. Aku melangkah setapak kebelakang cuba menjauhkan diriku dari Ilham dan ibu.
"Su...biar I explain. I buat semua ni untuk kita." Ilham cuba menarik ku kepadanya tapi aku menapak kebelakang lagi.
"Suri...beri I peluang terangkan semuanya pada you." Aku berasa telinga ku seperti bergema. Aku tak dapat mendengar kata-kata Ilham. Aku segera memalingkan diriku untuk lari dari Ilham dan juga ibu.
"Suri Hani, jangan kamu nak lari lagi. Tak cukup lagi masalah yang kamu buat. Jangan nak buat perangai. Kali ini ibu mahu kamu dengar cakap ibu. Setapak kamu melangkah, kamu bukan anak ibu lagi. Apa berlaku pada kamu, ibu takkan masuk campur. Kamu patut bersyukur, Ilham sanggup berkahwin dengan kamu. Berdiri kamu di situ!" Ibu kali ini betul-betul bersuara tegas. Mendengar suara ibu, kakiku menjadi lembik tidak mampu melangkah lagi seolah-olah dipaku dimana aku berdiri sekarang ini.

YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...