"Ilham, jom lunch." Zaidi tiba-tiba terpacul di muka pintu pejabatku.
"Sorry bro. Aku dah ada date hari ni."
"Ko ni kalau aku ajak memanjang aje ada date. Pagi date, tengahari date, petang date malampun date. Masa bila pula kau ni tak ada date ni Ilham." Aku tersenyum mendengar kata-kata Zaidi.
"Kau ni macam angau je aku tenguk. Telefon memang tak lepas dari tangan tu. 24 jam telefon, kalau tak sms. Facebook jangan cakaplah. Active sekarang kau dengan FB kau. Dulu sebulan sekalipun susah aku nak tenguk kau update FB kau tu. Tengah-tengah meeting kau boleh tersenyum seorang. Lunch time sharp 1 kau dah keluar. Kau kenapa sekarang ni Ilham."
"Nothing. Just busy dengan hal sikit."aku menjawab ringkas.
"Hal apa?. Come on...just tell me. You tak pernah berahsia dengan aku selama ni Ilham. I'm Zaidi, your best friend. Even kau kahwinpun akulah best man kau. Tell me, tell me."
"Best man? Sejak bila kau jadi best man aku. Aku kahwinpun aku turun seorang. Akupun tak tahu malam tu aku akan dikahwinkan. So macammana pula kau ni boleh jadi best man aku?" Sengaja aku mengusik Zaidi.
"Sejak malam kau kahwin, aku melantik diri aku sendiri untuk jadi best man kau memandangkan kau tak lantik aku. Lagipun masa tu hanya aku seorang wakil dari pihak kau so automatik akulah best man kau."
"Suka-suka hati kau je." Aku tersenyum lagi bila mengenangkan malam perkahwinanku yang penuh drama. Dari malam yang ku sangkakan panas antara aku dan Suri berakhir dengan kejutan apabila Suri bertindak melarikan diri di malam pertama kami. Tapi sekarang jika planku berjalan lancar, aku boleh memiliki Suri semula. Kali ini aku akan pastikan Suri takkan lari lagi. Dia milikku.
"See see. Senyum seorang lagi. Kau ni kenapa. Tersenyum-senyum macam ni, risau pula aku tenguk. Skru kau yang mana satu tercabut ni Ilham."
Aku ketawa besar mendengar perkataan skru tercabut dari Zaidi. Seimbas aku teringat saat aku mula bertemu dengan Suri. Perkataan skru tercabut inilah yang menyebabkan Suri mahu menerimaku. Zaidi memandangku, bengang. Tiada kata-kata dari mulutnya. Jelas terpancar di wajahnya betapa bengangnya Zaidi.
"Okay okay. Sekarang aku busy dengan Suri. Puas hati kau."
"Suri? Ikan emas kau." Zaidi terkejut. Dia tak menyangka yang aku sekarang ini busy dengan isteriku sendiri.
"Yeps,my only gold fish." Aku bersandar pada kerusi ku sambil menghayungkan kerusi kedepan dan kebelakang.
"Tapi Surikan tak mahu terima kau so macammana kau boleh...Ah you know..."
Aku tersenyum tapi pada masa yang sama aku melepaskan nafasku yang berat.
"Okay..aku anggap antara kau dan Suri masih tak baik lagi. Dia masih menafikan kau ni suami diakan."
"Not really Zaidi. Susah aku nak cakap. Dia terima aku tapi bukan sebagai suaminya. Hanya kawan. Kami hanya kawan."
"Ha? Kawan? Kawan saja? Kenapa boleh jadi macam tu pula. Dan kau pula macammana? Mana perginya kuku kau Ilham. Setakat perempuan aku rasa kau takde masalah nak tundukkan mereka semua. Siapa yang tak kenal kau. Kenapa dengan Suri, kuku kau, kau simpan."
"Entah lah. Susahlah dengan dia. Dia tak seperti perempuan lain. Dia aku sukar nak duga apa dalam hatinya apa dalam fikirannya. Dia, senang nak kata jinak merpati. Boleh didekati tapi bila nak pegang lari. Dah banyak cara aku buat untuk menangkapnya tapi selalu terlepas juga. Dah berbulan aku keluar dengannya tapi bila aku ajak makan malam berdua mula lah tak mahu. Tak pun dia bawa si Fira kawan dia tu sekali."
"Hai macam tu pula. Ayat power kau, kau dah cuba?"
"Aku dah buat semua. Aku tunjukkan yang aku ni berduit tapi dia tak pandang. Aku bawa dia shopping, dia bayar pakai duit dia. Aku bawa makan kat restoran mewah, dia tak mahu bawa aku pi gerai pak Ali."
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...