Ilham tidak dapat bersuara. Suaranya tersekat di kerongkongnya. Pandangan matanya tajam setajam katana. Dia memandang Papanya dengan perasaan jijik. Orang tua didepannya sekarang ini nampak sekecil semut. Perlukah dia menghormati orang tua didepannya atau masih menganggapnya sebagai darah kandungnya? Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia bunuh sekarang juga. Manusia binatang seperti ini tidak layak hidup. Orang macam inilah yang merosakkan bangsa dan agama.
Terfikirkan agama, Ilham menutupkan matanya. Dia cuba untuk menenangkan api yang membara di dalam dirinya. Ilham membuka semula matanya dan melangkah menuju ke Suri yang terikat di katil. Mata Suri merah begitu juga dengan pipinya. Jelas kelihatan bekas birat 5 jari di pipinya yang bengkak. Bibir Suri pecah dengan kesan darah yang sudah kering. Ilham mencapai selimut yang tercampak di lantai dan menutup badan Suri yang terdedah menampakkan baju dalamnya. Kain Suri sudah terangkat separas pangkal pehanya. Ilham melepaskan ikatan di kedua-dua belah tangan Suri. Jelas kelihatan kesan lebam di pergelangan tangan Suri akibat jerutan tali yang mengikatnya. Ilham menutupkan matanya, tidak sanggup melihat kesan-kesan lebam di badan Suri. Melalui kesan lebam itu, Ilham tahu betapa Suri melawan cuba melepaskan dirinya daripada tua bangsat yang ingin memperkosanya. Apabila Ilham membuka matanya, Suri memandangnya dengan pandangan yang membuatkan hati Ilham seperti hancur berkecai. Pandangan betapa Suri terluka dan ketakutan. Air mata Suri yang sememangnya dari tadi mengalir tak berhenti bertambah laju membuatkan kedua pipinya basah. Bibir Suri yang pecah menggigil ingin bersuara.
"Sh....it's okay baby. I ada di sini." Ilham memeluk Suri untuk melegakan dan menghilangkan ketakutan Suri. Ilham dapat merasakan betapa rapuhnya perasaan Suri kali ini. Suri tidak membalas pelukan Ilham, esakan tangisannya semakin kuat dan badannya longlai. Ilham mengusap belakang Suri agar dia tenang.
"Berambus kau Ilham. Kenapa kau balik?" Papa bersuara dari belakang. Ilham melepaskan Suri dan Ilham perasan perubahan riak wajah Suri apabila memandang Johan. Ketakutan di wajahnya jelas kelihatan. Bara api yang tinggal dalam dirinya mula memercikkan apinya. Dengan sekilas Ilham memusingkan badannya ingin menghadapi Papanya sebagai anak jantan. Malam ini tiada lagi rasa hormat atau rasa berdosa jika Ilham dilabelkan sebagai anak derhaka. Papanya masih lagi buta dan tuli tapi langkah Ilham terhenti separuh jalan apabila dia melihat pistol diacukan tepat ke mukanya.
Ilham merasakan tangannya dipegang oleh tangan sejuk Suri. Ilham menoleh melihat Suri memandangnya. Ilham menganggukkan kepalanya seolah-olah sedang bertelepati antara mereka berdua. Suri mengangguk sekali tanda faham dan melepaskan tangannya. Ilham membuka bajunya dan menghulurkannya pada Suri. Segera Suri mencapai dan menyarung pada tubuhnya.
"Papa, apa Papa buat ni. Papa tahu siapa perempuan ni?" Ilham menunjukkan jari telunjuknya pada Suri.
"Aku tahu. Tapi dia milik aku. Banyak betina di luar sana kenapa yang aku punya juga yang kau mahu." Johan bersuara keras.
"Dia bukan betina pa. Dia isteri saya, menantu Papa!"
"Ah..itu aku tak peduli. Perjanjian Bakar dengan aku dah tertulis, dia milik aku. Kau menghancurkan plan aku Ilham. Tapi aku lega..kau belum merasai dia lagi. Jadi dia memang dah ditakdirkan untuk aku." Johan tersenyum sinis seolah-olah mengejek Ilham sebagai jantan dayus.
"Dia isteri saya. Takkan Papa nak jadi haruan makan anak. Papa ni bapa mertua dia. Sedar lah Papa. Insaf." Ilham cuba untuk menasihati bapanya sendiri.
"Kau jangan nak mengajar aku. Kalau bukan aku, kau ni tak akan nampak dunia ni. Sekarang berambus."
"Tidak sekali. Saya takkan keluar dari rumah ini tanpa Suri. Jika Papa berdegil mahukan Suri, langkah mayat saya dulu." Ilham mengambil selangkah di hadapan Suri cuba untuk melindungi Suri dari Papanya.
"Jika itu yang kau mahukan Ilham. Lagipun aku tak pernah menganggap kau ni anak aku." Selepas habis Johan bersuara, Johan melepaskan sedas tembakan ke Ilham, mengenai bahunya. Ilham terpelanting kebelakang akibat impakan tembakan pistol tersebut. Suri yang dari tadi hanya mendiamkan diri menjerit sekuat hatinya apabila melihat Ilham ditembak. Sepantas kilat Suri berlari mendapatkan Ilham yang tersandar di dinding menahan kesakitan.
"Ilham..are you okay? Jangan tinggalkan I, Ilham, talk to me baby." Suri teresak-esak sambil memegang tangan Ilham. Tangan Itu digenggam erat ke dadanya.
" Suri..i'm okay. Jika you ada peluang, you lari keluar dari rumah ini. I akan cuba alihkan perhatian Papa. Lari sekuat hati you dan sejauh mungkin. Don't worry about me." Ilham bersuara perlahan seakan-akan berbisik.
"No baby. I takkan tinggalkan you. I takkan tinggalkan you....kali ini." Suri mendekatkan kepalanya ke sisi kepala Ilham. Dia tidak mahu perbualannya dengan Ilham didengari oleh Johan.
"No Suri... Run. Papa sudah gila. Dia dikuasai nafsu syaitannya. Lari dan ini adalah arahan dari suami you. Please obey." Ilham menggunakan autoritynya sebagai suami untuk membuatkan Suri lari menyelamatkan diri. Suri hanya menggelengkan kepalanya berulangkali sambil memegang tangan Ilham erat, tidak mahu melepaskannya.
"Patuh cakap I Suri." Dengan bantuan sokongan dari Suri Ilham cuba berdiri untuk menghadapi Papanya. Tangan Suri digenggam erat dan Ilham menarik Suri rapat dibelakangnya. Suri hanya mengikutinya dengan berat hati.
"Papa sanggup bunuh anak sendiri demi mengikut nafsu syaitan Papa." Ilham melangkah selangkah menghampiri Johan. "Papa sanggup nafikan saya ini anak Papa."selangkah lagi diambil. "Papa sesat dengan dunia Papa dan tiada sesiapa yang dapat membantu Papa untuk bawa Papa ke pangkal jalan." Kali ini 2 langkah pula diambil. Kali ini pistol yang masih diacukan pada Ilham sudah mengenai dada Ilham. "Papa sesat dan tidak layak hidup di dunia ini!" Sepantas kilat Ilham melibas pistol di tangan Johan dengan tangan kosongnya. "Now Suri! Run!" Ilham menjerit dan dengan tidak bertangguh Suri berlari ke pintu yang terbuka luas tanpa menoleh lagi. Ilham telah memberinya arahan untuk lari dan dia tidak boleh engkar. Tidak untuk kali ini.
Langkah Suri terhenti apabila dia mendengar bunyi tembakan kali ke dua. Serta merta kakinya menjadi longlai. Di fikirannya hanya terfikirkan Ilham. Air matanya yang telah berhenti, mengalir semula. Suri tidak mampu melangkah lagi. Tangannya yang menggigil menutup mulutnya yang sedang menangis teresak-esak. Suri kebuntuan di antara meneruskan lariannya atau kembali semula ke rumah Johan untuk menyelamatkan Ilham. Tapi apa maknanya lagi hidup jika Ilham sudah tiada . Suri tidak sempat meminta maaf kepada Ilham. Dosa Suri pada Ilham terlalu banyak. Suri menguatkan tekad dan melangkah perlahan menuju semula ke rumah Johan tapi langkahnya terhenti semula. Jika dia kembali ke rumah, Johan akan memperkosanya. Ilham telah menyuruhnya lari. Jika dia lari, dia tidak dapat melihat dan memeluk Ilham untuk kali terakhir, itupun jika berkesempatan. Suri benar-benar hilang arah. Kakinya yang longlai tidak mampu menampung badannya menyebabkan Suri jatuh terduduk di jalan.
YOU ARE READING
Suri Ilhamku
RomanceSuri telah berjanji pada dirinya untuk tidak berkahwin walaupun sekali dalam hidupnya. Tetapi akibat perjanjian Bakar dengan Johan, Suri dipaksa Mak Biah untuk berkahwin dengan Ilham. Ilham mengahwini Suri demi menyelamatkan Mak Biah. Dapatkan Johan...