Plan Ilham- Luahan Hati

987 18 2
                                    

Segalanya berjalan lancar antara aku dan Suri. Suri mula menerimaku dengan tangan terbuka. Jika dulu dia takut untuk keluar berdua denganku, sekarang tidak lagi malah kadang-kadang dia pula yang mengajakku keluar dan sudah tentu tanpa Fira. Aku rasa aku lebih banyak menghabiskan masaku dengan Suri berdua berbanding bersama Fira. Ini memudahkan lagi rancangan ku untuk membuatnya menerimaku.

Zaidi akan mengadakan parti di rumahnya hujung minggu ni nanti. Parti sempena menyambut tahun baru dan dia mahu menyambut tahun baru di rumahnya. Selalunya kami akan menyambut di pub, kami akan berhibur sepuas hati dan sudah tentu ianya jadi parti persendirian tapi kali ini Zaidi mahu kelainan katanya. Aku tak membantah ideanya malah aku rasa ianya sangat menenangkan. Sudah tentu berparti di rumah Zaidi ianya tak sebising di pub tapi aku lebih suka jika ianya hanya parti sambil berbual dan berjumpa kawan lama.

Sudah tentu aku mengajak Suri sebagai temanku memandangkan Suripun sudah kenal Zaidi. Aku hanya memperkenalkan Zaidi sebagai kawan satu universiti ku dan Zaidi banyak membantu dengan tidak memecahkan tembelang ku. Aku memandang kotak putih di tanganku. Kotak putih yang berisi gaun untuk Suri pakai pada malam parti tu nanti. Aku tak sabar mahu melihat Suri memakainya.

Aku menekan loceng rumah Suri dan tidak lama kemudian Suri membuka pintu rumahnya.

"Ilham, masuklah." Suri tersenyum sambil menjemput ku masuk ke rumahnya. Rumah Suri sudah seperti rumah ke 2 ku. Aku rasa aku lebih banyak menghabiskan masaku di rumah Suri. Kadang-kadang aku membantunya mengemaskan rumah jika dia terlalu sibuk dengan kerja, tapi sudah tentu Suri hanya melekat di depan laptopnya manakala aku pula yang buat semua kerja mengemas. Aku tak kisah semua tu. Dari aku tak tahu buat kerja kemas mengemas ni, sekarang aku dan tahu bagaimana mahu guna vakum. Dari aku tak tahu membancuh air milo, sekarang Suri sudah ketagih dengan milo ku. Lebih sedap dari milo yang dia buat katanya. Aku bangga bila dia memuji dan menggemari milo ku.

"Busy?" Aku bertanya sepatah.

"Yea, banyak kerja. Sorry, I tak boleh keluar malam ni. I kena settle kan semua malam ni juga, if not parti di rumah Zaidi I tak boleh pergi. I kena habiskan sebelum tahun baru."

"Tak apa Suri. Kita order pizza saja. I faham you busy. I tak mahu kacau you sebab I mahu kita sambut tahun baru bersama di rumah Zaidi. Zaidi memang harap sangat kita pergi." Aku menghulurkan kotak putih ke tangan Suri. Dia memandang sambil mengerutkan dahinya.

"Apa ni Ilham."Suri bertanya.

"Bukalah. I mahu you tenguk sendiri."

Suri membuka kotak putih dan tergamam. Dia memegang lembut baju yang aku berikan seperti tidak mahu baju tersebut tercarik, kemudian dia memandangku pula.

"Untuk apa you buat ni semua Ilham. I dah ada baju I sendiri. You tak perlu menghabiskan duit you untuk I. Nanti orang kata I ni pisau cukur pula Ilham."

"Pisau cukur apanya Suri. You bukan cukur sesiapa pun. You berhak dapat ni dari I. I mahu you pakai baju ni ke parti tu nanti tapi I tak sabar nak tenguk you pakai so I mahu you cuba sekarang."

"Sekarang Ilham? Hem...nanti lah." Suri tersenyum memandangku.

"Oh no Suri, sekarang. I tak sabar nak tenguk."

"Kemudian je." Suri menggigit bibir bawahnya dan tersenyum. Aku tahu ada sesuatu dalam kepala Suri yang sedang dia fikirkan.

"Suri..s.e.k.a.r.a.n.g!" Aku membuat muka serius pada Suri. Dia mengerling padaku dan aku membetulkan dudukku. Aku tak boleh mengawal diriku jika Suri menggigit bibirnya. Ia membuatkanku terangsang. "And Suri, jangan gigit bibir you." Aku mencapai bantal kecil yang Suri jadikan sebagai perhiasan di sofanya dan meletakkannya diatas ribaku. Aku perlu menyembunyikan ketegangan yang sedang berlaku di antara 2kakiku.

Suri IlhamkuWhere stories live. Discover now