Taehyung's pov
Memandangkan hari ini adalah Weekend dan aku bercadang untuk melawat Hanna, dan mahu mengajaknya keluar bersama. Hari ini boleh dikira dah hari ketiga dia demam, aku berharap dia sudah sembuh dan ceria seperti biasa.
Sebab .....
Aku rindu ...
Rindu nak tengok dia senyum, ketawa dan tersengih ..
Kim Hanna, awak orang pertama yang buat saya jadi segila ini, saya .. saya - ss
"Taehyung? Dah lama sampai? Kenapa tak masuk je? .." Tegur seseorang kepadaku yang masih duduk diatas superbike ku ini.
Lamunan aku, khyalan aku mati akan teguran itu. Lantas aku berpaling melihat orang yang menegurku itu sambil tersengih, malu ..
"Ken hyung, hehe sorry saya memang ingat nak tunggu kat luar je .." Ujarku tersengih kepadanya. Haishh malunya bila orang melihat kita berangan, lagi lagi dengan keadaan aku yang masih lagi duduk diatas motor ini.
"Dah, mari masuk dulu. Hanna tu entah dah bangun ke belum dia tu .." Ken mempelawa aku masuk, bahuku ditariknya sekali apabila aku masih tidak berganjak dari motor kesayanganku itu.
"Kita breakfast sekali ye? Kai, baekhyun pun ada sekali jugak .." Katanya lagi membuatkan senyuman aku mati.
Kai?
Haah kai, oppa hanna.
Okay, matilah aku. Dah la aku main serkap jarang pasal dia dulu.
Chill, chill relax taehyung.
Kau boleh! Demi hanna!
"Taehyung? .."
"Taehyung?.." Panggil ken lagi membuatkan lamunan aku hilang dan pergi.
"Ouh ha, ye hyung kenapa?" Soal aku menggelabah. Yelah sempat mengelamunkan?🙈
"Ishh kamu ni dah macam hanna pulak, bila panggil termenung aje .." Tergeleng geleng ken hyung yang mengatakan aku sama macam hanna.
Jodoh kuat ni ishh 😂😂😂
"Jemput duduk, kita breakfast bersama okay? .." Ajak ken hyung lagi.
"Ke kamu nak kejutkan hanna dulu? Kalau kamu nak, pergilah naik ke bilik dia. Hyung benarkan .." Belum sempat ken menghabiskan ayat, ayatnya dipotong laju oleh seseorang.
"Benarkan ape ni ken?" Soal seorang jejaka yang pendek dan agak comel ini.
"Takde apelah, kau ni suka sangat mencelah bila aku nak berborak dengan orang lah" marah si ken apabila ayatnya dipotong sebegitu sahaja.
Dapat aku agak lelaki yang berbaju t shirt polo dan juga seluar jeans pendek ini siapa, yeah dia la si baekkie hanna ..
"Kau, bukan ke .." Kata baekkie bila dia terpandangkan muka handsome aku ini. Ya, apa baekkie? Apa?
"Taehyung. Kim taehyung .." Ujarku lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.
Baekkie yang masih mahu menjawab pernyataan aku ini terus menyambut huluran tangan aku.
"Haa kau la, adik suho hyung kan?" Ujarnya lagi. Nasib dia tak ingat aku yang menganggu hanna pada hari yang mereka keluar bersama. Kalau tak, matilah aku 😂
"Haah, adik suho hyung .."
"Ken hyung, tae pergi dulu ya?" Pintaku pada ken yang sedang menghirup americano itu.
"Pergilah .." Balasnya pendek. Lalu aku bangun dan menuju ke arah lift rumah itu.
"Ehhh weyhhh .."
YOU ARE READING
Hold me tight. | KIM TAEHYUNG |
RandomHOLD ME TIGHT - 2015 SECOND FANFIC. Senang untuk mulut mengatakan benci, dan mengungkapkan kata putus tetapi ianya tidak sama seperti hati. Kerana hati terlampau lembut untuk berkata begitu. "Kim hanna, let's break up. I'm give up on you now!" - Kim...