Jin mula memikirkan semula kata kata hanna pada malam itu sambil berbaring di atas katil bagi menghilangkan kepenatan setelah mereka berlima keluar makan dan berkaraoke petang tadi yang ingin melayan karenah jungkook dan jimin itu. Dia percaya hanna tidak tersilap dengan apa yang dilihatnya. Dia yakin bahawa, memang hanna betul dengan apa yang dia katakan. Bahawa namjoon lah orangnya itu.
Namjoon? Tapi takkanlah dia? Dia dekat london kot? Namjoon ...
"Arggghhhhhhhhh ..." jin menjerit sekuat hati sambil berguling guling ke kanan dan ke kiri apabila otaknya mula sakit memikirkan perkara tersebut. Menyusahkan ..
"Tapikan .. boleh jugak kot?" Jin mula menukar posisi bersila sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Ketukan pintu yang agak perlahan dan terus sahaja pintunya dikuak oleh seorang monster comel itu membuatkan dia berpaling dan memandang ke arah pintu ..
"Yah Kim Seokjin! Kau tiada kerja ke nak terjerit cam pondan malam malam gini huh?!" marah si yoongi yang bersweater dan berseluar pendek itu. Dia menjeling tajam ke arah jin yang hanya mampu terduduk sambil tersengih menggaru kepala itu ..
"Hehee, sorry yoongi ahh tadi aku ada nampak benda yang macam lipas terbang lalu tu yang terjerit tu hehh" jin menjawabnya sambil bersujud diatas tilamnya seakan akan meminta maaf.
"Kau memang suka mengacau aku time aku ada mood nak feeling tidur ni kan?! urghh .." yoongi mula mendekati jin dan ...
Dushh ..
Kepala jin disekehnya perlahan. Jin mula mengaduh kesakitan ..
Kurang asam jawa betul si yoongi ni rosak rambut handsome aku huh .. tidur je kerja dia 24/7 jam
Jin membetulkan kembali rambutnya dan dalam pada masa yang sama yoongi di tolaknya perlahan dan ianya menyebabkan yoongi terdorong ke belakang ..
"YAHH KIM SEOKJIN .."
"YEAH HAHAHA, YOONGI AHH STOP TUNJUK MUKA KAU MACAM TU BUAT AKU RASA NAK KETAWA JELAH .." jin membalasnya sambil menahan perutnya. Sungguh dia berasa gembira apabila dapat mengusik sahabatnya itu, Min yoongi. Terlampau comel ketika marah ..
"EII KAU NI KAN MEMANGLAH" Yoongi mula membuka langkah menghampiri Jin sekali lagi dan jin pantas menjauhinya ..
"Okay .. aku minta maaf. Ehee janganlah marah yoongi, aku saja je pleasee .." jin mula menunjuk aegyonya yang comel itu kepada yoongi.
"Ei dahlah malas aku nak layan kau. Sakit hati aku!" Yoongi terus beredar mendekati pintu namun langkahnya terhenti apabila jin memanggilnya semula ..
"Yoongi ahh, budak budak dah tidur?" Soal jin umpama Si Omma kepada yoongi yang sudah mengenggam tombol pintu bilik jin itu ..
"Dah, dorang siap terbongkang tidur dalam bilik masing masing .. apa nak jadi pun aku tak tahulah, dengan tak mandinya terus tidur. Dah la aku nak tidur bye! " Yoongi terus membuka pintu dan berlalu pergi meninggalkan jin seorang diri.
Awal nak mati dorang tidur, baru pukul 7.30 petang kot .. apa nak jadilah makhluk makhluk ini ..
Jin berbaring semula, matanya mula menghadap dinding semula ingin mentafsir kata kata hanna itu. Jin ingin mencari kepastian, kesasihannya.
Apa salah hanna? Kenapa namjoon jadi macam ni? Hmm ..
Pinkkku Pinkkuuu...
Bunyi ringtone yang agak comel itu adalah menandakan bunyi pesanan ringkas SMS masuk ke Iphone6 plus Jin ..
"Aku tunggu kau dekat Coffee house, tempat yang selalu kita lepak. Jangan lambat, aku tak suka menunggu .." - KNJ
Terkerut kerut dahi Jin apabila membaca pesanan itu. Walaupun ringkas namun sukar untuk difahami ..
YOU ARE READING
Hold me tight. | KIM TAEHYUNG |
DiversosHOLD ME TIGHT - 2015 SECOND FANFIC. Senang untuk mulut mengatakan benci, dan mengungkapkan kata putus tetapi ianya tidak sama seperti hati. Kerana hati terlampau lembut untuk berkata begitu. "Kim hanna, let's break up. I'm give up on you now!" - Kim...