GKBI 01

21.4K 516 13
                                    

Seperti biasa waktu harianku , bangun pagi , bersihkan diri , mendirikan solat , makan dan keluar . Aku ni pelajar universiti , jurusan perguruan . Dari dulu sampai sekarang memang cita - cita aku nak jadi guru .

Guru apa ?

Aku gemar budak - budak . Jadi cikgu tadika la jawabnya . Dah lebih 5 tahun aku dekat Uni ni . Hari ini adalah tugasan terakhir aku untuk tamatkan pelajaran dan dapatkan kerja tetap .

Oh , lupa aku juga pelajar yang terkenal dekat Uni . Sebut je nama aku semua kenal . Haha . . bukan nak berbangga dah memang terkenal dengan pelajar datang lewat ke kelas . Bukan sekali dua , setiap hari .

Prof semua dah jemu nak denda aku . Nak beleter ? memerli jaga anak , suami ? Semuanya mampu simpan dalam hati  . Tak pernah serik  la , telingga aku dah lali dengar ayat yang sama memanjang .  senang cerita aku tak kesah .

Ada juga sekali , aku kena perli dengan prof Sarah , siap kata Universiti moyang aku , huishh . . . main nama moyang aku pula .

Lantak laa . . perempuan rare macam aku mana boleh tepati masa , ye tak ?
Dah , malas nak beleter pagi-pagi . Aku memang dah lambat . Lintang - pukang aku lari . pintu kuliah aku tolak kuat .

" Lambat lagi , Puan Aimin Nadzirah ? " singa betina sudah mencekak pinggang . Cermin matanya diperbetulkan sedikit . Mulut dia . . perhhh merah menyala dah macam lampu isyarat aku tengok . . Hahaa

" macam biasa prof . " aku jawab selamba lalu pergi mengambil tempat bersebelahan dengan kawan karibku , bernama Sabrina Amira .

Dia menggangkat beg sandarnya lalu diletakkan pada hujung kakinya untuk membenarkan aku duduk .

" Kamu nak dibuang daripada Uni ke Aimin ?" tegas suaranya menusuk telinga aku .

Para sekelas aku hanya membisu serta menikmati drama kami . Macam biasa la ...

" kalau sekadar cakap tak perlu rasanya prof , nak buang saya ? Buang sekarang . Tak perlu mengugut benda yang tak mampu dibuat . " aku membalas sekeras-kerasnya .

" kamu memang dah keterlaluan Aimin . Saya ni prof kamu , guru kamu . Mana pergi hormat kamu pada saya ?" muka singa betina mula memerah menahan marah .

" sejak prof rampas sesuatu yang bermakna pada saya . "

Setelah menggukapkan sebaris ayat itu , Prof Zulaikha terdiam . Dia memang faham apa yang aku maksudkan tadi .

" Min , sudahla tu . Kau nak semua orang tahu ke pasal ni ?" Sabrina menegurku separuh berbisik . Aku mula sedar , aku terlepas cakap pula .

Aku pandang sekelilingku . Semua seakan terpingga - pingga serta memandangku inginkan penjelasan . Mahunya tak terkejut , prof zulaikha a.k.a singa betina terdiam hanya sebaris ayat tu aje .

Aku duduk , berlagak seperti tiada apa yang berlaku .

" Jumpa saya lepas kuliah . " katanya tiba - tiba .

Aku hanya mendiamkan diri , mengganguk tidak , menggeleng pun tidak . Nak jumpa aku ? Wei , memang tak la aku nak jumpa . Lebih baik aku berlajar , ulangkaji dekat rumah .

--------

" kau ni gila la babe . "

" sedap , mulut kau cakap aku gila . Kau jangan aku , berlajar ilmu pertahankan diri tau . Jangan main sembur je . " aku menghempas buku nota di atas meja , badan aku sandarkan pada kerusi .

Gadis Kuliah Bakal Isteriku Where stories live. Discover now