Aku berdeham lagi mengikut retak sendiri sambil mengeringkan rambut panjangku yang masih basah .Telefon bimbitku berbunyi buat ke tujuh kalinya . Aku kira tau . Aku reling mataku melihat skrin telefon . Aku dah agak mesti si penyebok tu .
Apalah yang dia ni nak ?
Ahh , mesti pasal tadi . Tak sangka pula dia orang yang jenis ambil serius . Aku hanya melawak je . Itupun untuk cepatkan masa untuk firdaus datang ke rumah .
Telefon aku berbunyi lagi .
Dan lagi . .
Dan lagi . .
" Apa ! " aku menjawab panggilannya .
" Tolong batalkannya . " rayunya tiba - tiba ? Batalkan , batalkan apa ? Aku tak faham .
" apa maksud kau batalkan ? "
" Batalkan perkahwinan awak dengan firdaus . "
Aku ketawa tanpa tapis . Dia buat lawak maharaja lawak mega ke ? Apa yang si fauzi ni merepek ni . Aku kahwin dengan si pengawas tu ? Wei ! Memang tak la . Dia tak suruh pun memang aku akan tolak . Bangkah sekuat - kuatnya ! sekeras - kerasnya !
" Apa yang kau melalut ni ? Sejak bila aku nak dengan adik kau ? "
" Sekarang . Awak perlu batalkan perkahwinan tu . Tolong , Nadzirah . "
" Eh , kau tak betul ke ? Kan aku cakap aku tak kahwin dengan Firdaus . Adik kau muda lagi kot . Aku tak pandang la budak mentah . " aku cakap lepas . Ops , aki baru sedar . Asalah mulut ni lantang sangt nak bocorkan semua .
" Saya dah agak mesti papa awak tak beritahu awak perkara yang sebenar . "
Aku mula kusut . Perkara yang sebenar apa pula ni ? Kahwin , aku kahwin ? Bersuamikan orang yang lagi muda daripada aku ? Tak terlebih muda .
" Perkara sebenar ? "
" Yes . This is about your wedding . "
" Kau boleh tak jangan main - main . Tak lawak okey , Fauzi ! "
" Nadzirah , saya serius sekarang ni . Tak ada masa untuk saya tipu awak . Now , lebih baik awak jumpa papa awak dan batalkan sebelum terlambat . Ayah saya cakap ianya akan batal kalau awak menolak . "
" okey - okey . Wait ! If , kalau la betul apa yang kau cakap sekarang ni . . why tak adik kau je yang tolak ? Kenapa mesti aku ? "
" sebab your father yang merisik Firdaus untuk awak . Ayah dan Ibu saya terpaksa terima . Jadi , only you sahaja yang boleh lakukan . Please , Nadzirah .Lakukan demi saya . "
Aku terdiam saat fauzi mengatakan papa yang merisik Firdaus untuk . . aku ? Like seriously ?? Aku berkahwin with that guy ? Pengawas yang mentah dan bakal suami yang jauh lebih muda daripada umur aku ?
Lagi sekali aku cakap . .
Like seriously ??
" ..... Demi kau ? "
" ya , please . . " rayunya semakin perlahan . Asal suara serak - serak ni ? Haha , takkan la dia . .
" woi , kau nangis ke ? Alah tak matang langsung la kau ni . Kalau betul aku taknak kahwin lagi la . I'm not ready yet to be a wife , lebih lagi kepada pengawas tu ! Never ! "
" No . Saya lelaki . Dah , sekarang awak pergi sekarang sebelum terlambat . "
Aku ketawa .
" Chill laa , kau sendiri cakap tanpa jawapan persetujuan daripada aku . . ianya tak akan terjadi . " kataku penuh yakin .

YOU ARE READING
Gadis Kuliah Bakal Isteriku
RomanceAimin Nadzirah gadis kuliah berumur 23 tahun telah kembali ke zaman sekolah menengah di atas arahan papanya sendiri . Dia mempunya ibu tiri yang baik tetapi dianggap ibu tirinya perampas keluarganya . Hidup Aimin hanya ada mak imah yang dianggap seb...