GKBI 49

5.7K 250 5
                                    


Aku menjenguk kepala terlebih dahulu , lihat mana la tahu dia masih mandi atau sedang mendirikan solat ? Elok balik dari tempat kerja aku terlebih dahulu menyerang bilik air  .  Kononya dah balik awal . Waktu sekolah tadika kan jauh lebih awal dari sekolah menengah ?

tak ke kalut aku nak mengemaskini diri ? Aku rasa lebih baik aku ceritakan semuanya pada Firdaus . Aku yakin firdaus faham . Pasal bangunan tu lebih sempurna kalau aku tak masuk campur . Mungkin bangunan tu hanya untuk menarik minat orang-orang sahaja .

Fauzi ? hm . Mungkin aku perlu carikan seseorang untuk dia . Yalah , bagi memudahkan dia lupakan aku . Tak adalah rumit keadaan kalau cinta 3 segi muncul . Kesah lama biarkan jadi kenangan . Masa untuk fauzi move on .

Zaikal . Cikgu dah tetapkan masa depan cikgu . Jadi , ini yang akan cikgu lakukan .

sedang aku motivasi diri sendiri tiba - tiba bahu aku dicuit oleh cari seseorang . Perlahan-lahan aku menoleh kebelakang . Aku tahu firdaus la orangnya . Sebab dalam rumah ni hanya ada aku !

so , buat apa pening kepala nak fikir orang lain . Lagi terang-terangan sudah tau . Buat apa nak cari lampu suluh sampai terbakar mentol nak cari juga ?

" Hai ? " aku mulai rasa kekok .

" Hai . Sayang buat apa tu ? Mengintai siapa ? "

" Am ... tak ada siapa . " aku menayang gigi sebaris . 

" Yeke ? atau nak larikan diri daripada biy ? " soal firdaus membuatkan aku bertambah resah .

jap ! kenapa pula aku nak rasa resah ?

aku menggeleng pantas . " Ehh , mana ada ! Tengok ni sayang ada depan biy . Asal pula nak larikan diri ? " dolah aku menyelamatkan diri .

" sayang dah ready ? "

"Hah ? " aku mula cuak . Mata aku melilau ke sekeliling . Firdaus mengusik aku dengan melangkah kehadapan sedikit demi sedikit . 

Aku merasai Firdaus melingkari pinggang aku pula apabila aku mula menggundur dengan mata masih terpejam . Takut babe , apa pula maksud aku dah sedia belum ?

" kenapa pejam mata ? biy dah tak hensem ke ? " usiknya .

" Hensem .. cuma ready untuk apa ? " soal aku ingin tahu .

" Lahh , dari tadi jadi macam ni sebab tak faham ke ? " aku menagganguk .

" sayang .. kan sayang cakap nak beritahu berita gembira ? biy tanya sayang dah sedia ke belum nak beritahu biy ? " terangnya .

aku sengeh sebaris dengan kekok .

aku menamparnya secara spontan . " Kalu ye pun tak perlu la guna ayat tu . Buat sayang cemas je . "

" cemas ? sayang fikir lain ye ? " usiknya lagi . Lagi memerah laa muka aku . Dia ni kalau sehari tak mengusik memang bukan suami aku la jawabnya .

" ishh , mana ada ! Dah la jum . " ajak aku .

" mana ? "

Aku menariknya supaya mengikuti aku . Tapi , dia pula buat keras macam patung batu . Mahunya melayang aku ditariknya macam tu . Nasib la tak jatuh terduduk . Kandungan ni kena jaga .

" cakap nak ke mana ? "

" ruang tamu la . " jawab aku meleret .

" kenapa tak dalam bilik ? " see ? dia mula mengusik lagi .

" Nak kena penampar roti canai nak ? Cepatla .. kata nak tahu beritahu gembira ? Lagi banyak biy mengusik sayang lagi lama berita ni tertangguh . " kata aku dalam keadaan perpura-pura tegas . Aku jadi mcm dulu baru tahu . Nak mengusik sangat !

Gadis Kuliah Bakal Isteriku Where stories live. Discover now