Aku membuka pintu tanpa memberi kata aluan untuk masuk . Mood aku semakin meninggi , rasa mahu mandi di kolam renang yang ada dibelakang rumah .Tulah cara untuk aku bertenang atau bersedih , tempat yang aku cari mesti kolam renang . Bagi aku berenang adalah sesuai untuk aku lepaskan tekanan . Air . Air buatkan aku tenang , lebih lagi di pantai .
Dulu , aku selalu pergi ke pantai bersama - sama mama . Setiap kali , mama tahu aku sedih atau ada masalah , mama mesti akan bawa aku ke sana .
Tapi sekarang , tak lagi . Aku hanya melepaskan masalahku di dalam bilik yang berkunci ketat .
Papa ?
Hump ! Jangan harap la . Dia sendiri pun tak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tidak suka . Buktinya , papa berkahwin dengan perempuan tu .
Aku tahu , dan aku dah berjanji dengan mak Imah aku akan cuba berbaik dengan singa betina tu . Tapi . . . mungkin lambat sedikit . Atau tunggu aku berumah tangga ? Itu pun belum tentu .
" cik Aimin dah balik ? "
Aku mengganguk lemah . " papa mana ? "
" Encik Asyraf dan Puan Zulaikha mencari Cik Aimin . "
" cik Aimin baru lepas menangis ke ? Ada masalah di sekolah ? " mak Imah yang perasan pada wajahku bertanya ingin tahu . Sebab inilah aku sayang Mak Imah , dia seperti mama .
Aku menggeleng . Lemah .
" Aimin nak release tension di kolam renang . kalau papa dah balik , jangan beri dia datang . Kalau dia nak jumpa Aimin , minta dia tunggu di bilik bacaan . " aku pesan separuh siap . Aku dapat rasa papa pasti akan memanggilku .
" Mak Imah maklumkan pada Encik Asyraf yang Cik Aimin dah balik ye ? "
Aku mengganguk , membenarkan . Tanpa berlengah aku menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurku . Tombol pintu aku pulas , langkah ku kecil mengampai tuala lalu disidai ke atas bahu kananku .
Tudung sekolah yang disarung aku buka berserta butang baju sekolahku . Pakaian untuk aku berenang sebentar lagi aku bawa menuju ke blik air bersertakan tuala yang ada di bahuku .
----------
Aku membawa telefon bimbitku lalu diletakkan di atas meja dan berserta tuala mandiku yang bersebelahan dengan ruangan pintu .
Aku meregang tubuhku sedikit sebelum mula berenang . Tiba - tiba telefon bimbitku berbunyi . Aku melihat sahaja , biar tidak berjawab . Ia berbunyi lagi . Penting agaknya .
Aku lihat pada cermin kaca telefonku . Fauzi ? Apa dia ni nak ?
Memanggil - Fauzi penyebok
Aku meleret ke arah kanan , menjawab panggilannya .
" Assalammualaikum . " ucapku lemah .
" waalaikummusalam . Awak ada mana ? " tanyanya dengan nada kerisauan .
" Rumah . "
" kenapa tak beritahu saya , awak dah balik ? Risau saya dibuatnya . "
" aku dah beritahu dengan budak pengawas tu minta maklumkan pada kau . Dah jangan kacau aku . "
" Nanti . "
Aku membiarkan tanpa bertanya .
" Awak okey ? If anything I can help ?"
" Nope ! Assalammualaikum . " terus aku matikan . Telefon aku matikan berserta mengeluarkan bateri telefonku . Aku tak nak siapa ganggu aku .
----------

YOU ARE READING
Gadis Kuliah Bakal Isteriku
RomantikAimin Nadzirah gadis kuliah berumur 23 tahun telah kembali ke zaman sekolah menengah di atas arahan papanya sendiri . Dia mempunya ibu tiri yang baik tetapi dianggap ibu tirinya perampas keluarganya . Hidup Aimin hanya ada mak imah yang dianggap seb...