Promote - nursyaza17
Nur Dalisya menjadi seorang mangsa buli di sebuah sekolah perempuan . Dia merupakan anak yatim dan menetap di rumah penjagaan iaitu Rumah Tercinta . Diasbabkan satu insiden , dia bertekad untuk membunuh diri . Namun Nur Daliya datang menjadi penyelamat Dalisya ketika sedang dalam lawatan sekolah .
Dalisya sedar dalam keadaan amnesia . Dia yang disalah anggap sebagai Nur Daliya dibawa pulang . Akan tetapi , ingatannya semakin pulih . Dia terpaksa berlakon menjadi Nur Daliya dan menyelesaikan masalah - masalah yang terdapat disitu .
Keadaan bertamabh buruk apabila Iris Aqilah berpindah ke sekolah itu apabila papanya dipundahkan ke Kuala Lumpur disebabkan pekerjaan . Iris yang kuat menyatakan bahawa Nur Dalisya itu hanya berlakon , cuba membongkarkan segalanya .
Namun , kehadiran Fareez Farhan yang melindungi Nur Dalisya daripada dibuli Iris sedikit sebanyak membantu Nur Dalisya . Rahsia yang dipendam juga diluahkan kepadanya kerana dia yakin Fareez boleh diercayai . Dalam diam Fareez menaruh perasaan terhadapnya yang berbeza perwatakan dengan Nur Daliya yang sensitif dan berahsia berbanding Nur Dalisya yang seorang periang .
Tetapi , Nur Dalisya menyukai Firash Arshad iaitu kawan kepada akak kembarnya namum berhutang budi terhadap kebaikan Fareez Farhan .
Siapakah yang akan dipilih Nur Dalisya ? Bagaimanakah akhirnya rahsia yang dipendam terbongkar ? Adakah Nur Dalisya akan berjaya keluar daripada terus dibuli ? Masih hidupkah Nur Daliya ? Apakah dan berjayakah masalah yang timbul diselesaikan ?
Semuanya akan terungkai dalam novel SIAPA ?
______________________________________
GKBI 30
" Aimin , kita dah sampai . "
Aku tersedar sambil menggosok - gosok mata aku yang masih mengantuk .
" kat mana ni ? "
" dalam kereta . "
Aku mencebek . Suka loya buruk dengan aku . Fikir aku suka kot ?
" Dah , jangan nak mulut itik sangat . Keluar tolong aku angkat beg. "
" beg kita satu je pun . Kau kan lelaki , aku perempuan . Mana larat ." aku membodek . Itulah resepi memujuk si suami untuk membuat kerja kepada isteri .
" Mengada la kau ni . Kalau ya pun takkan kau nak tidur sini ? Homestay ada tidur dalam la . "
Aku masih berkeras untuk sambung tidur . Firdaus yang geram dengan gelagat keras isterinya mula turun daripada perut kereta . Beg bagasi sudah dibawanya keluar terlebih dahulu .
Sekarang giliran si isteri pula . .
Pintu disebelah tempat duduk aimin dibukanya luas . Pipi Aimin ditamparnya lembut . " Bangun . "
" 5 minit la kau ni . " aku menolak tangannya yang menyentuh pipi aku .
" 5 minit - 5 minit . Asal tak minta 5 jam je ? Tak ada , bangun sekarang . "
Aku masih keras . Tiada respon .
" kau nak aku bawa kau masuk tau kau sendiri ? "
" Ishh , tak nak la ! "
" kalau tak nak , bangun . Jangan cabar aku Aimin . Aku pantang dicabar ni . " firdaus memberi amaran keras . Tapi aku buat tak ambil kesah . Siap hadiahkan nguapan mengantuk lagi .
Pintu kereta aku dengar ditutup . Dah belah la tu . 5 minit je , bukan 5 jam .
5 minit lebih sudah pun berlalu aku masih tidur , Firdaus akhirnya meminta bantuan Sabrina untuk membawa bagasi mereka . Sabrina mengganguk sahaja . Sabrina memang suka sangat lebih lagi bab mengenai aku . Semua dia ikutkan .
YOU ARE READING
Gadis Kuliah Bakal Isteriku
RomanceAimin Nadzirah gadis kuliah berumur 23 tahun telah kembali ke zaman sekolah menengah di atas arahan papanya sendiri . Dia mempunya ibu tiri yang baik tetapi dianggap ibu tirinya perampas keluarganya . Hidup Aimin hanya ada mak imah yang dianggap seb...