GKBI 18

6.1K 307 3
                                    

Aku memasukkan kunci ke dalam , enjin dihidupkan . Niat di hati boleh la aku belah awal , tak perlu aku ke klinik dengan paksaan si pengawas tu . Hehe . . Sedia ? Jom kita balik . Nanti ! Kemudian baru aku sedar akhirnya . Asal bengap sangat aku ni . Macam mana aku nak bawa motor sedangkan tangan kanan aku cedera ?

Aku menampar - nampar dahiku berkali - kali disebabkan fikiran cetek yang baru aku sedar . Tak ada gunanya aku balik pun . Arhhhh !! Mampu lihat budak - budak sekolah ni balik dan kini hanya tinggal aku seorang diri . Seronok betul .

Aku menghentak kepalaku di kepala meter motorsikal aku pula . Serius aku cakap , ini adalah perkara yang paling lembab pernah aku buat ! Itulah niat tak sampai , masalah pula yang timbul .

Untuk kedua kalinya . Benarkan aku . Arhhhhh !!!!

" Nadzirah ? Kenapa awak tak balik lagi ? Kerja dah siapa ? "

Aku mengangkat muka manakala tangan kiriku mematikan enjin . Sudah , aku redo jelah apa yang nak jadi - jadi la . Memang tak ada pilihan . Nak telefon papa datang ambil aku ? Boleh je . Tapi aku tak nak ! Aku dah cakap aku tak perlukan bantuan sesiapa .

" kau rasa ? "

Fauzi seperti biasa menerima sahaja kata - kata kasar daripada Aimin . Baginya dapat bercakap dengan pilihan hati sudah puas untuknya . Tapi lain pula bagi Aimin .

Mata fauzi menangkap balutan tali leher pada tangan kanan aku . Dia merenung seperti mengenali tali leher itu , agaknyalah . Dah aku tengok asyik tenung sampaikan boleh tembus tapak tangan aku ni . Dia mendekati lalu berniat untuk menyentuh tanganku . Cepat - cepat aku menarik laju .

" kenapa dengan tangan tu . Luka ? " tanya fauzi risau .

" Biasa . sikit je ni . "

" Nak saya bawa ke hospital ? "

Haa , sudah . Dah nama pun klinik aku terpaksa jejak inikan pula hospital yang tak nak aku pergi . Boleh pula , yang si fauzi penyebok ni pun satu asal la prihatin sangat kat aku . Tapi , apa - apa pun memang tak lah . Seorang ajak ke klinik , seorang ajak ke hospital . Apa kes la dua orang mamat ni . Tak faham aku dibuatnya .

" Aku tak nak . "

" Marilah kita pergi check , saya tegok macam teruk je . "

Aku menghembus nafas lembut . Tak faham bahasa betullah . " Kau jangan risau sangat boleh tak ? Tangan aku ni kebal . " aku mengoyangkan tangan aku ke kiri dan ke kanan . Nak di tepuk karang ada juga menjerit macam tarzan . Tak pun tarzan pun kena letak jawatan disebabkan jeritan maksimum aku . Haha . .

" tengok . "

Fauzi berpeluk tubuh . Dia memandangku dengan wajaj bosan . Okey , muka ini lah agaknya ada dapat tumbukan ke dua kalinya dalam hidup aku . Tumbukan pertama dah aku hadiahkan pada Zaff . Lelaki tak guna tu .

" Awak ni degil kan ? Atau awak nak saya call papa beritahu keadaan awak ? " soalnya .

Dan . . excuse me ? Dia gelar papa aku papa ? Betul kan . . dia panggil papa aku dengan panggilan papa ? Bukan Dato kan ? Wah , tindakan yang paling berani dan amat perasan . Sejak bila pula dia ni ada ikatan keluarga dengan aku ? Dan sejak bila aku ada abang , lebih lagi macam dia ?

Gadis Kuliah Bakal Isteriku Where stories live. Discover now