BAB 8

4K 156 2
                                    

Sejurus mia masuk ke biliknya dia menghempas kuat pintu biliknya itu. Kesah apa dia, hatinya tengah menggelodak marah. Lagipun selepas sahaja hanif menghantar mia pulang hanif terus berlalu pergi. Ibu dan ayahnya pula keluar dan bakal pulang malam. Tinggal dia sahaja di rumah dua tingkat itu.

Mia terus melempar keras beg sandang miliknya entah kemana. Dia terus menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Dia menjerit geram semahu mahunya

"Arghhhhhhhhhhhhhh" mia menutup mulutnya dengan bantal kecil menahan teriakan kesalnya

Agak lama dia berkeadaan sebegitu. Memaki hamun. Mencaci bagai
Itu sahaja cara yang dia selalu lakukan untuk melepaskan kemarahannya, mengeluarkan kekesalan di dada.

Selepas dia merasa sedikit lega, kemaraharannya juga semakin reda dia lantas bangun menghampiri meja solek di hujung katil. Wajah diteliti dan ditatap melalui pantulan cermin. Mia menatap dirinya sendiri datar

Tanpa berlengah lagi dia segera berlalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk, menunaikan tanggungjawabnya. Mungkin kemarahannya akan sedikit reda apabila bersujud menatap yang maha-esa.

*******

Tok~ Tok~

Pintu bilik mia diketuk perlahan. Mia yang baru sahaja terjaga dari lenanya menguak langkah perlahan menuju ke muka pintu untuk membukanya.

"Yaallah mia?!" Mata mia terus membulat apabila mendengar ibunya menjerit dihadapannya. Mia memerhati ibunya yg sejak tadi memerhati dia dari atas dan bawah seperti hendak menerkamnya.

"Apa ibu?? Kenapa ni?" Tanya mia aneh

"Mia! Tak mandi lagi ka? Kenapa still pkai bju sklh ni. Yaallah mia. Kenapa ni?. Dah cepat pergi masuk mandi dulu. Lepastu turun makan. Patutlah dari tadi sunyi ja, tidur rupanya. Dah penat abg ketuk bilik mia tapi tak menyahut. Rupanya tidur. Haishh ni lahh sebab ibu kena naik atas sruh kamu mkn. Dah dah pergi cepat" soal ibunya bertubi tubi

Mia yang baru sedar dari kenyataan yang diberi melihat dirinya sendiri. Dia masih memakai seragam sekolahnya. Tudung sekolah masih tersarung elok di kepala. Mukanya..? pasti buruk dan selekeh. Boleh dikatakan seperti mayat hidup. Mana tak nya selepas usai menunaikan solat, dia terus melapkan matanya.
Sampai sekarang dia baru terjaga. Terjaga waktu nak makan malam. Lama gila tidur.

Kemudian mia hanya mengangguk faham
"Cepat ayah dan abg dah turun makan. Mia turun cepat, makan sama sama" pesan puan saf kemudian berlalu turun ke bawah. Maklumlah bilik mia berada di tingkat atas.

*******

Mia yang telah usai membersihkan dirinya turun ke meja makan. Rupanya jauh lebih baik dari tadi. Kelihatan ayah, hanif dan ibunya masih setia menunggunya

Mia melabuhkan punggung disebelah hanif. Puan saf menyedokkan beberapa senduk nasi ke dalam pinggan dan menggulurkan kepada mia. Mia menerimanya. Dia melihatkan lauk pauk yang terhidang dan mengambilnya.

Belum sempat mia memasukkan nasi kedalam mulut ibunya mula bersuara

"Memandangkan semua dah ada, ibu nk ckp skit." Yg lain hnya mengangguk mengerti. Mia menyambung aktiviti yang tergendala tadi. Dia melahap dengan penuh selera. Mana taknya sejak tengah hari lagi mia tidak makan.

"Esok ibu dan ayah dah rancang nak pergi ke vila ummi zaira kamu tu"

Hampir tersedak mia dibuatnya. Gelas minuman disebelahnya cepat cepat dicapainya lalu diminum. Dadanya digosok sedikit. Mata membulat. Jelas riak wajah terkejut terpampang.

"What!?" Kata mia sedikit menjerit. Gelas yang berisi air tadi diminum habis dan diletakkannya kuat.

Semua yang berada di meja itu memandangnya.

"Ibu dah beritahu ummi kamu. Mungkin kita akan duduk disana selama 2 atau tiga minggu" kata ibunya selamba. Pinggan nasi dicapai.

Mia memandang ibu,ayah dan hanif silih berganti. Tatapannya fokus ke arah puan saf.

"No ibu, mia taknak ikut" tolak mia. Dia sudah hilang selera makannya.

"Pahal taknak ikut? Dah jangan banyak songeh ikut ja" hanif menyampuk

"Diam lahh abg" marah mia menjeling tajam.

"Okay fine. Abg diam" Kata hanif geram. Mia hanya menjeling ke hanif. 'Biarlah kat dia. Ada aku kesah. Yang penting skrg ni. Aku tkknk ikut' rungut mia yang jelas dia saja yang mampu dengar.

"Mia, mia kena ikut. How matter of it ever. Fullstop dear" kata puan saf tegas. Kalau tak disuruh begitu memang alamatnya takan ikutlah anak gadisnya itu. Memang degil tahap gaban. Dia kadang kadang menjadi lelah dengan sikap degil dan kekanak kanakkan mia.

"I say too that i don't wanna go. Please ibu, biar mia duduk rumah ja. Jaga rumah. Ibu, ayah dengan abang ye lahh pergi. Mia tak nak ikut. Mia taknak pergi" kata mia. Hanif disebelahnya dipandang meminta simpati. Sesekali dia mencuit abangnya itu tetapi respon yang diterima hanyalah "chill, just follow it"

"No syg. Rumah tak perlu dijaga
ibu dah suruh orang jaga. So now, Ibu kata pergi, pergi. Jangan bantah. Tahun lepas kita tak balik sana pun kan. Sebab mia janji nak balik tahun ni. So dear, did what are you promise it. Tunaikan janji"

Encik sharif hanya memerhati dua beranak itu tanpa niat untuk menyampuk. Kang kalau menyampuk susah

"Bu kalau mia tak ikut takpa kan. Tak penting pun kan pergi. Kenapa mesti pergi?!" Tanya mia geram

"Kalau tak penting kita takkan pergi. Mia mesti ikut. Kenapa degil sangat ni? Balik rumah ummi ja. Mia sayang ummi kan. Balik yer. Mia, Apa yang mia takut sangat ni smpai macam tuu tak nak pergi. Just believe that everything will be okay. " pujuk puan saf lagi.

Mia tidak menjawab dan hanya menggeleng kata tak nak.

"Mia,semua dah siap. Kita pergi sekejap ja." kata encik sharif yang sejak tadi membisu. Nak tamatkan semua ni taknak masalah ni berlarutan.

"No ayah. Mia nak enjoy holiday ni. Nak spend time ngan kekawan. Nak hangout. Lagipun tahun ni kan dah nak exam. Nak study. So please ibu, ayah. Mia tak nak ikut." Kata mia yang sengaja memberi seribu alasan
Abangnya sesekali dilihat untuk meminta sedikit bantuan. Bantu dia untuk pujuk ibu. Yakinkan ibu. Dia taknak ikut. Tapi hanif hanya membuat muka selamba. langsung tidak dipandang.

'Dia niii kan buat buat tak faham ka apa. Aishh sah sah merajuk ni. Dasar abg jahat. Benci abg' marah mia di dalam hatinya

'Erm, abg bukan tahu menahu langsung sebab apa aku bantah keras nak balik. Aishh mcm mna ni. Aku taknak balik situ. someone help me' desis hati mia lagi. Rasa nak menangis pun ada

"Dah jangan bagi banyak alasan. Saja kan mia ni. Mia, dah banyak masa yang mia luangkan dengan kawan kawan. Apasalahnya kali ni mia luangkan masa dengan family pulak.
Yang belajar tuu boleh belajar dekat rumah ummi. Settle kan masalah. Now just do what i say" tegas puan saf lagi

"Tuu lahh, kau nii. Ikut je lahh. Dah penat ibu pujuk kau,ajak kau selama ni dari tahun tahun lepas lagi. Kesian ibu. Mia ni kan. Tak pernah berubah. And kau kan selalu ja bagi alasan yang sama setiap tahun Tapi kali ni kau dah ada kemajuan, kau tambah satu alasan lagi. Hahaha. Study konon" usik hanif seronok menyakat mia kemudian terima lah dia satu cubitan keras dari tangan si adik

"Auchhh sakit lahh" ucap hanif yang mengosok gosok tempat yang terkena cubitan. Mia hanya membuat muka 'padan muka kau'

"Serious ni dik, ikut ja. Tak meyesal pun. Kesian ibu. Kesian ummi juga" ucap hanif kelihatan serious. Haah ni la baru nama nya abang. Hahahaha

*****

Hye semua. Lama tk update kan. Maklumlahh bz skit. So How semua.?? Sorry kalau tertypo. Semua please vote. And one more thing author tengah proses buat story baru. Nnti bila dah publish author bg tahu. Nnti bca bca lahh yer. Thanks semua. Muahhh bye
Vote yer jngn lupa.

Only LOVE Kau [C]Where stories live. Discover now