"MIA QAYSARA!" laung puan saf dari jauh. Kelihatan puan saf melangkah laju ke arah mia. Satu tamparan melekat di pipi mulus milik mia
Pak~
"Ibu..." mata mia membesar. Dia menatap puan saf bagaikan tidak percaya bahawa ibunya sanggup menamparnya. Dia mengusap ngusap pipinya yang merah. Yang lain juga terpampam dengan tindakan drastik yang berlaku.
"Apa yang engkau dah buat ni hah mia!! Kalau kau marah dekat ibu sekalipun sebab bawak kau datang sini. Kau tak patut nak buat macam tu dekat erin. Memalukan sungguh!!" tengking puan saf
"Dah laa tu saf, malu lah orang tengok. Kawal sikit kemarahan awak tu. Ingat sekarang kita tengah ada dekat hospital ni. " pujuk encik syarif menenangkan keadaan
Selepas sahaja erin pengsan di taman dia segera dikejarkan ke hospital dan mia terus mengabarkan berita itu kepada ahli keluarga yang lain
"Tak abang. Budak ni memang dah melampau. Tak habis habis nak buat masalah. Hey engkau apa yang engkau tak puas hati lagi?! Tengok ummi kau tu" puan saf menunjuk nunjuk puan zaira yang menangis terisak isak mengenangkan nasib puterinya itu. Mia hanya mendiamkan diri. Air mata sekuat mungkin ditahan dari jatuh. Dia masih terkedu dengan tindakan ibunya untuk kali pertama megangkat tangan hanya demi membela nasib perempuan itu. Dan menuduh tanpa usul periksa terlebih dahulu
"Kau memang tak sedar diri! Patutnya dari dulu lagi aku bagi ja engkau dekat orang yang nak ambil kau. Tak payah kau nak malukan aku macam ni. Budak tak kenang diuntung" tangan puan saf sudah diangkat untuk menampar pipi mia untuk kali yang kedua tetapi cepat cepat hanif menahannya. Mia yang tadinya hanya mendiamkan diri hanya pasrah. Pipinya terasa panas. Air matanya deras mengalir
"Ibu sudah lah tu. Jangan pernah sesekali cakap macam tu dekat mia. Ini bukan salah mia, ibu. Sedarlah ibu!" hanif yang tadi hanya memerhati sudah tidak tahan adiknya diperlakukan begitu sedaya upaya untuk mempertahan mia.
"Diam kau hanif!...ka..."
"Dah laa tu saf. Bawak mengucap" tegas encik syarif
"Abang se...."
"Saf, sudah lah tu. Akak tahu ini bukan salah mia. Sem.... " belum sempat puan zaira menghabiskan ucapannya cepat cepat dipotong mia
"Hey perempuan! Kau tak payah nak bela aku sangat. Stop la belakon. Aku kagum sangat dengan lakonan mantap kau tu" sinis mia berkata. Puan saf yang mendengar mendengus marah. Geram dengan kata kata mia. Dia semakin mendekati mia untuk menampar mulut lancangnya itu
"Hah! Ibu tamparlah! Tampar. Mia dah tak kesah. Belalah perempuan tu. Bela! Mia memang anak yang tak berguna! Mia sedar! Kalau itu lah yang ibu nak! Okay mia akan pergi! Mia akan pergi dari hidup ibu! Biar ibu tak malu! Biar semua hidup bahagia. Maafkan mia sekali lagi ibu, sebab menyusahkan ibu, menyusahkan semua orang. Halalkan makan minum mia. Maafkan segala salah silap mia." mia menangis apabila berkata sebegitu. Wajah wajah orang tersayang ditatap.
"Mia jangan macam ni mia. Ibu kan memang macam tu. Mia jangan lah macam ni. Mia kena sabar. Mia.." rayuan hanif tidak diendahkan mia sebaliknya mia hanya tersenyum menyakinkan.
"Ibu.. Dengar dulu penjelasan hanif. Semua tak macam apa yang ibu sangka" jelas hanif kepada ibunya
"Kalau kau nak pergi. Pergi cepat sikit.!" Tegas puan saf berkata tanpa menghiraukan ucapan hanif.
"Saf jangan macam ni. Mia dah lah tu. Jangan ambil hati sangat. Mia balik vila dulu. Berehat dulu" kata encik syarif cuba untuk memujuk mia
"Betul tu mia.." kata puan zaira pula
"Kau diam" tegas mia kepada puan zaira
"Ayah takpa. Mia faham tapi tolong bagi mia masa. Ibu, ayah, abang, mia pergi dulu" putus miaKemudian dia berlalu pergi.
Panggilan hanif memanggilnya tidak dihiraukan. Air mata semakin deras mengalir.Beri aku masa untuk aku perbaiki dan lupakan semuanya. Doakan yang terbaik. Moga doa dan redha ibu dan ayah sentiasa membimbing mia. Maafkan mia ummi, ibu. Erin, ara doakan erin cepat sembuh. Yaallah sampai hatinya erin rahsiakan tentang penyakit yang dihidap olehnya. Kanser hati?! Yaallah besar sungguh ujianmu. Sembuhkan dan kuatkan dia yaallah. Kuatkan ummi. Tabahkan mereka semua yaallah. Mia akan kembali. Abang, jaga ummi, ibu, erin dan ayah untuk mia. Jaga mereka selalu. Mia akan jaga diri. Insyaallah
*******
YOU ARE READING
Only LOVE Kau [C]
Teen Fiction[Also known as; Cinta Highschool] Cinta? Adakah cinta sejati itu wujud? Cinta yang benar benar mengambarkan bagaimana perasaan itu. Saat bercinta semuanya terasa indah tetapi saat disakiti bagaikan semuanya hancur. Nak melupakannya sukar. Mengapa...