Mia berkira-kira untuk duduk dimana maklumlah budak baru, seorang sahaja, belum ada teman untuk menemani dia. Jadi sekarang dia akan makan seorang diri..
"May I sit here?" Tanya mia sopan kepada beberapa orang pelajar di meja itu
'Harap harap ramah. Boleh dibuat kawan' bisik hati kecilnya
Mereka memandang antara satu satu lain kemudian berbisik sesuatu yang pasti tidak dapat didengari di gegendang telinga mia
'Fuhh main bisik bisik pula. Kalau tak bagi tu cakap je lahh penat tau tak aku berdiri lama lama macam ni!' Marah mia namun hanya diungkap kan didalam hati sahaja
Mereka kembali memandang mia dan sepertinya telah membuah keputusan
Ceh ·_·
"What? Nak duduk? Hey budak kampung. Sebelum kau datang sekolah ni ada kau cermin dulu tak muka kau. Kau tengok layak tak kau duduk sekolah ni? Duduk sekolah ni pun tak layak tambah tambah nak duduk sekali dengan kitaorang. Hey! Blahh lahh tempat ni tak sesuai dengan kau!"
Pfttt mulut minah ni macam longkang! Hello aku just tanya boleh duduk ke tidak. Kau tak faham bahasa English ka apa. Tiba tiba ja nak mengutuk apa kes!!!
Fuhhh sabar mia. Sabar! Kau dah janji kan tak nak marah marah. So abaikan ja..
And anyway yang pasal cakap nak dibuat kawan tu aku tarik balik. Mati hidup balik aku tak mau!
Mia memaki seguni geng budak budak disitu sebelum dia berjalan perlahan lahan ke meja yang lain.
Namun tatkala ingin melangkah pergi dia merasakan tangannya seolah olah ditarik oleh seseorang. Serta merta dia menoleh ke arah gerangan itu
"Hmmm?"
"Kalau sudi marilah duduk dengan kitaorang" ohh irash rupanya yang menarik tangan mia tadi. Dia juga yang menyoal mia
Waduhhh manisnya muka..Suara pun lembut, merdu ja. Boleh melt aku ni!....
Mia sudah mati akal. Kaku dia..
"Err.. boleh ka?" Soal mia
"Eh mestilah boleh, kenapa tak pulak. Lagipun nak duduk makan je kan"
Lantas itu mia segera duduk di sebelah irash bersama sama dengan...... geng irash yang lain. Kat situ ada zariq juga. Yang lain tu mikael,mike,eryz dan lys. Lys yang paling menonjo riak muak tak sukanya apabila irash tiba tiba memanggil mia duduk sekali disitu.
"Irash! I balik kelas dulu lah eh. Jumpa nanti" kata lys yang masam mencuka. Jealous!
Irash tidak menjawab sebaliknya hanya membiarkan.
Gadis ysng bernama lys itu pergi dengan hati yang panas! 'Eee minah ni memang tak tahu malu. Yang irash ni pun kenapa tetibs baik semacam ja. Eishhh!!'
"Btw, nama saya irash afif awak boleh panggil saya irash or what else lahh yang awak rasa nak panggil. Saya tak kisah" ujar lelaki itu sambil melemparkan senyuman manis kepada kekasih hati nya itu.
'Mia....mia..... akhirnya dapat jugak jumpa awak. Lepas jugak rindu betahun tahun saya ni pada awak even awak tak kenal siapa saya ni' luah hati kecil irash
Mia membalas senyuman itu sebelum menjawab
"Saya mia, mia qaysara. Well awak boleh panggil saya mia""Awak kelas 5AO1 kan?"
"Macam mana awak tahu"
Irash tergelak kecil dan mia berkerut tahi pelik!
"Bukan kita sekelas ke?" Ujar irash
"Ye eh. Kenapa saya tak perasan pun" soal mia pelik
"Hahahaha mana saya tahu" irash hanya ketawa diikuti mia yang ketawa apabila melihat irash yang ketawa melebih
Hahahah! Well aku dah mula selesa dengan lelaki ni.....
Semua yang ada dimeja itu memandang pelik ke arah mereka. Nampak macam kawan lama. Rapat semacam tapi.. tadi siap intro bagai? Haih pelik pelik
"Haih bro seronok nampak, kitaorang tak nak kenal kenal ke? Mia?" Zariq tiba tiba bersuara
"Ohh mia. Kenalkan ni zariq... mikael, mike and the last one eryz.....,and bla..,bla...
********
Harini ini genap sebulan mia berada di sekolah itu. Sepanjang tempoh itu dia hanya berkawan dengan irash afif. Entah kenapa hanya dia yang mahu berkawan dengan mia. Mia juga baru tahu yang irash rupanya anak pemilik sekolah ini. That means... daddy mesti kenal! Irash ni famous and top student kat sekolah ni. Dah lah hemsem,kaya, bijak, baik. Fuhh lelaki idaman!......
"Mia? Mia? MIA!" Panggil irash.
"Hah? Apa apa?"
"Awak berangan apa ahh? Saya panggil dekat seribu kali tapi awak still berangan" irash mengeleng kepala sambil tergelak kecil melihat gadis itu
"Eh awak ni, mana ada lahh. Awak tanya apa tadi?" Mia cuba menafikan. Dah berangan tu mengaku je lahh!
"Saya tanya... harini awak practice lagi ka?"
"Practice? Ha ah? Asal eh" soal mia kembali
"Tak.. ingat nak ajak awak pergi tengok wayang. Date lahh katakan....." jawab irash sambil mengeyitkan mata
Fuhhhh cair......
Mia menyiku sedikit tangan irash dan tergelak kecil apabila mendengar irash berkata sebegitu. Kena cover sikit.....
"Ishh awak ni... sorry lahh rash tak boleh. Apakata awak ajak orang lain. Lys ka?"
"It's okay. Emmm kalau macam tuu saya nak teman awak lahh"
"Teman pergi mana?"
"Practice lahh"
"Tapi-......."
"Eh takda tapi tapi. Jumpa awak nanti ye sayang.." irash memotong ketika mia belum sempat menjawab dan lelaki itu berlalu pergi meninggalkan mia yang masih terpinga pinga
'Sayang?....'
***********
"Cik mia.. ini barang yang cik minta tadi" ujar fayrell si bodyguard
"Terima kasih fayrell. Oh ya... mommy dengan daddy ada tanya apa apa tak kat awak?" Soal mia
"Emmm, datin dengan tan sri haritu ada minta saya tunjukkan rumah cik mia....."
"Hah?! Pastu,pastu awak bagitahu tak?" Mia serta merta panik
"Tak cik, saya selalu bagitahu yang cik mia selalunya tak ada kat rumah"
......
"Fayrell, awak tahu kan yang saya percaya kan awak dan saya hanya harapkan awak sorang ja untuk rahsiakan semua ni. Awak boleh pegang pada janji kan?" Tanya mia penuh berharap
'Siapa lelaki tuuu?'
******
I'm sorry guys sebab baru sekarang miz dapat update. Lately ni miz busy sikit. Miz harap reader puas hati lahh dengan yg miz published ni. Hopelyfull you guys enjoy with it. If korang nak comment apa apa, nak tanya apa apa or nak bagi idea apa apa sangat lahh dialu alukan. Jangan lahh diam menyepi ja readers....
And the last one jangan lupa vote yer. Thank you reader. Nanti miz update lagi. Luv you guys...
YOU ARE READING
Only LOVE Kau [C]
Teen Fiction[Also known as; Cinta Highschool] Cinta? Adakah cinta sejati itu wujud? Cinta yang benar benar mengambarkan bagaimana perasaan itu. Saat bercinta semuanya terasa indah tetapi saat disakiti bagaikan semuanya hancur. Nak melupakannya sukar. Mengapa...