BAB 13

3.4K 143 4
                                    

"Apa yang awak cuba buat ni hah?! Saf, awak sedar tak mia tuu anak awak? Kenapa awak tergamak cakap macam tu. Kemana pergi kasih sayang yang selama ni awak beri?" soal encik syarif geram. Ketika berada di hospital tadi dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia sudah banyak bersabar.

"Ibu. Kenapa ibu buat semua ni? Tanpa dengar dulu penjelasan mia. Penjelasan hanif?" soal hanif pula

"Penjelasan apa yang ibu kena dengar. Dah jelas semua depan mata. Penjelasan apa lagi? Tuu dekat hospital erin tengah kritikal. Tu semua sebab sapa. Sebab sapa?!"

"Ibu yakinkah semua tu sebab mia? Terlalu yakinkah ibu?"

Puan saf tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri

"Hanif, masuk dalam cepat. Rehat dulu. Tenangkan fikiran" encik syarif memberi isyarat untuk memberhentikan pentengkaran kecil itu. Kepala serabut memikirkan masalah kelurganya itu.

Tetapi hanif sama sekali tidak berganjak. Dia sama sekali tidak mahu adiknya dituduh sebegitu. Terutama dituduh oleh ibu kandungnya sendiri. Dia harus membela mia. Harus!

"Ibu tahu tak erin tuu sakit apa? Sakit apa ibu? Erin menghidap penyakit kanser hati! Kanser hati ibu!" mata encik syarif dan puan saf membulat. Kenyataan apakah itu?

"Ap...a??" puan saf memandang suami dan anaknya silih berganti. Hanif merengus dan mengambil langkah naik ke atas tanpa menghiraukan panggilan kedua orang tuanya.

"Apa ni abang? Betul ka? Yaallah.... Erin.. Kenapa kak zaira langsung tak bagitahu?" puan saf terlihat gusar mendengar kenyataan itu. Hatinya sebak.  Rasa bersalah, marah mula menampak di dalam hati. Rasa bersalah terhadap mia. Rasa kasihan terhadap anak buahnya itu. Dan rasa marah terhadap kakaknya.

Encik syarif tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri. Sofa embuk disisi  dilihat dan dia melabuhkan punggung disitu. Wajahnya diraup beberapa kali. Cubaan apakah ini? Tak habis habis melanda keluarga ni.

"Dah saf. Nanti kita fikirkan semuanya. Lebih baik sekarang kita ambil wudhuk solat dulu. Panggil hanif jugak. Kita tenangkan diri dulu. Kita berdoa supaya mia baik baik saja. Erin pun sembuh. Mari" ajak encik syarif. Dia melangkah perlahan naik ke atas. Puan saf mengangguk lemah dan segera mengikuti langkah suaminya itu.

*******

"Assalamualaikumwarahmatullah
Assalamualaikumwarahmatullah"
Memberi salam kekanan dan kekiri

"Alhamdulillah. Astagfirullahhala'zim" hanif bersalaman dengan ayah dan ibunya

"Maafkan ibu hanif, maafkan saf abang. Saf khilaf. Saf langsung tak nak dengar penjelasan mia. Tak nak dengar penjelasan hanif. Saf tak tahu apa yang saf tengah fikir waktu tu. Saf terkejut sangat bila dapat tahu erin tengah kritikal.. Dan.."

"Sudah lah tu saf. Semua dah berlaku. Abang faham. Semua bukan salah saf sepenuhnya. Salah abang jugak. Dah yang penting sekarang kita mesti doakan kesembuhan erin. Kita mesti ada dekat sisi zaira sekarang ni. Dia perlukan kita. Dia dah tak ada sapa sapa lagi" jelas encik syarif menepuk perlahan bahu isterinya untuk menenangkannya. Puan saf hanya tersenyum lalu mengangguk lemah

"Betul tu ibu. Maafkan hanif juga sebab tinggikan suara dengan ibu tadi. Ampunkan hanif ibu. Hanif minta maaf" tangan ibunya diraih dan dicium ikhlas

"Ibu maafkan"

*******

"Kak zaira" panggil puan saf apabila mereka sekeluarga menampakkan diri hadapan wad kecemasan itu

Puan zaira menoleh ke arah mereka. Senyuman hambar diberikan.

"Kak..." tanpa meneruskan ucapannya, puan zaira terus menghambur pelukan memeluk erat  adiknya meminta kekuatan. Dia tidak kuat. Tangisannya pecah. Puan saf hanya membalas pelukannya itu dan mengusap lembut belakang puan zaira.

"Kak..." mereka melepaskan pelukan dan memandang antara satu sama lain. Encik syarif dan hanif hanya duduk di sebelah memerhati. Hanif sejak tadi sibuk menghubungi mia bagai nak pecah handphone itu. Dia teramat risau.

"Kenapa perkara sebesar ni langsung tak bagi tahu saf sekeluarga. Kak anggap kitaorang ni siapa. Sampai nak berahsia. Kitaorang berhak tahu. Dan tadi... Mia.. Kenapa kak?!" puan zaira hanya mendengar tanpa niat untuk berkata sepatah kata pun. Dia menundukkan wajahnya. Jelas riak bersalah terpapar.

"Akak tak sangka semua ni akan jadi macam ni. Akak tak fikir semua tu. Fikiran akak buntu. Yang akak fikirkan masa tu cuma erin. Erin.. Akak tak sempat nak jelaskan. Maafkan akak."

"Kak.. Semua dah jadi bubur. Semua salah saf. Akak tak salah dan lagipun mia dah pun pergi. Dan kami langsung tak tahu mia ada dekat mana sekarang ni" jelas puan saf

"Mia..... Takpa nanti akak akan upah orang untuk cari mia. Akan akan cuba sedaya upaya"

"Terima kasih kak. Saf harap mia baik baik ja. Saf takut. Saf takut mia pergi. Saf taknak kehilangan dia lagi. Cukuplah dulu"

"Shhhh saf. Apa awak cakap macam tu. Saya yakin mia pandai jaga diri. Dan saya akan berusaha untuk cari mia sehabis dan secepat mungkin" celah encik syarif apabila mendengar isterinya berkata sebegitu.

"Sama sama kita berdoa" putus puan zaira

"Ye kak. Akak tak payah risau sangat pasal mia. Kami yang ada ni pun dah cukup. Akak fikirkanlah pasal erin tu. Fikirkan pasal diri akak jugak. Jangan terlampau penat, jaga kesihatan akak. Erin perlukan akak"

"Akak tak tahulah. Akak buntu"

"Sabar kak. Saf akan selalu ada dengan akak"

********

"Yaallahh mana aku nak pergi ni?! Baju apa pun langsung tak bawak. Takkan aku nak balik vila pulak kut. Nanti diorang kata aku ni acah acah ja nak pergi. Haduhhhh!" omel mia. Dia menilau nilau disekitar bandar itu

"Mana aku nak pergi ni?!"
"Duduk hotel?"
"Wehh mia kau ni bukan kaya sangat nak duduk hotel. Sedar diri tu sikit"
"Duduk hotel malam ni. Esok baru fikir balik. Cari keja ka pastu balik selangor. Ermmm good idea!"
Mia akhirnya mendapatkan idea yang bernas setelah berfikir selama berminit minit

-----

"Abang abang.. Abang!! Sini abang. Tengok tu. " panggil seorang wanita dalam lingkungan 40-an memanggil manggil suaminya (who's them. Hahah. Tkpa nnti thu jgk)

Suaminya pun menoleh untuk melihat apa yang ditunjukkan isterinya itu

"Apa?" tanya si suami
"Ishh abang ni. Tuu abang. Yaallah itu bukan mia kaa abang. Mia?! Yaallah Mia qaysara!" sungguh teruja wanita itu menyebut nyebut nama mia.

Sedang asyik mia berjalan melintasi lebuh raya tanpa menoleh ke kanan dan kiri. Tiba tiba

PIN!! PIN!! PIN!

ARGHHHHHHHHH---

"YAALLAHH MIAAAAAA!!"

Dah update. Sorry kalau lambat. Biasalah author akan update seminggu sekali ja. Tu pun maybe double update. Huhuhuh
Mia? What happen. Aishh makin tragik ini cerita. Still wait for next chapter. Maybe esk update. Hahaha dah la kut merapunya.  Selamat malam semua. Bubye!
Opss lupa! Pesanan- jangan lupa vote yer reader!

Only LOVE Kau [C]Where stories live. Discover now