Selendang yang dipakai diperkemaskan sebelum pintu lif terbuka. Tingkat 6 ditekan. Sempat dia bernyanyi perlahan sebelum berjalan keluar dari lif.
"Selamat pagi cik Mia"
Mia membalas sapaan itu dengan senyuman tipis.
Susuk tubuh dua orang yang amat dikenalinya didekati.
"Hello, lovebird"
Satu tangannya melambai dan satu lagi diletak diatas meja.
Dua orang yang tadinya asyik bersembang, kalut berdiri. Terutama si lelaki.
"Selamat pagi cik Mia"
Mia tergelak kecil.
"See? Husband to-be kau ni sopan tahu. Good morning Fayrell"
Erin yang mendengar mencebik. Fayrell disisi yang tersenyum dipandang tajam.
"Eleh kau, kau kan bos dia dulu. Of course la kekok bila nak cakap informal dengan kau"
"Dulu okay je? Hahah lagipun Fayrell kan dah jadi bos besar."
Langkah mereka bertiga diatur sambil mulut masih lincah berkata.
"Esok-esok okay lah tu"
Mia mengangguk seraya tergelak kecil.
"So, dah ready?"
Melihat angggukan Erin, pintu bilik mesyuarat dibukanya perlahan.
Diambil tempat dihadapan, diikuti mereka berdua. Mia hanya mengangguk menyuruh mereka yang lain duduk. Mukanya kemudian diangkat untuk melihat semua orang dan saat itu jua pandangannya jatuh pada seorang lelaki yang sibuk menunduk melihat kertasnya.
Pen yang dipegangnya jatuh. Terus lelaki itu memandangnya dan pandangan mereka bersatu. Mia memandang Erin yang turut sama membuat reaksi sepertinya. Tangan Mia terketar sebelum mengalihkan pandangan kepada lelaki itu semula.
"HE should know us! Dia abang kau Erin, takkan kau tak tahu apa apa?!" Fail yang dipegang Mia dihempuk kuat ke meja. Wajah Erin dipandang.
"Mia kau boleh sabar tak? Stop marah-marah macam ni. Bukan kau sorang je yang terkejut, aku pun sama!" mendengar kata-kata Erin, Mia memandang lama gadis itu.
"I think you know something. Tell me Erin!"
Erin mengela nafas berat. Sofa berdekatan didukinya diikuti Mia. Mereka saling berpandangan.
"Aku tak tahu Mia apa yang jadi dengan abang Irash. Baru sekarang aku jumpa dia selepas dia menghilangkan diri sebaik je kau fly ke germany. Aku rasa dia balik UK dengan uncle Arman. Dah 5 tahun aku tak jumpa dia. What you can expected? Aku tak tahu Mia, kenapa abang Irash tak kenal kita. Atau itu mungkin bukan abang" Erin melepaskan keluhan lagi.
Mia menggeleng laju menindakkan. "Aku tahu itu Irash, Erin! Aku kenal pandangan mata tu. Dia Irash, aku tahu!"
Tak mungkin dia salah. Walaupun dia tak tanya sendiri tapi pandangan mata itu sudah cukup menyakinkan. Kenapa Irash tak kenal mereka? Tak mungkin dia berpura-pura sebab itu nampak begitu asli. Irash, kenapa dengan awak ni!
"Cukup Mia. Itu bukan abang!"
"Itu Irash!"
Mereka berdua saling membisu. Sebelum Erin membuka kata semula.
"Kalau bukan sebab kau tolak abang, abang takkan hilang dan jadi macam ni. Selepas kau tinggalkan dia, sekarang kau nak terhegeh-hegeh macam ni? Stop dreaming Mia, you're late! Abang dah benci kau!"
Mia mencerlung memandang Erin. Mukanya merah menahan marah. Sungguh dia terkesan dengan kata-kata Erin itu.
"Kenapa kau salahkan aku sorang? Kalau kau dengan abang kau tak tipu aku, semuanya takkan jadi macam ni. Jangan buat macam semua ni salah aku sorang!"
Pintu bilik dihempas Mia kuat. Pandangan pekerja yang melihatnya diabaikan. Pintu lif didekati dengan perasaan marah.
Dia perlu cari Irash!
SETIAP sudut diperhatinya mencari kelibat Irash. Sepatutnya waktu ni Irash akan pulang. Mungkinkah dia bukan pekerja disini?
Melihat susuk tubuh yang dicarinya, Mia pantas mendekati.
"Irash!"
Mendengar namanya disebut, Irash pantas memberhentikan langkahnya. Dia wanita tadi. Irash hanya memandang pelik Mia yang tercungap-cungap.
"Iya. Kenapa?"
"Awak pekerja disini?"
"Tak lah. Saya cuma ada kerja dekat sini. Gantikan kawan saya. Emm kenapa awak panggil saya?"
Mia memandang lama wajah lelaki itu. Ouh alu rindu dengan suara ini. Aku rindu dengan wajah ini. Aku rindu segalanya. Awak tak rasa benda yang sama Irash? Hampir sahaja Mia menangis. Dia menunggu dan menanti Irash selama ni terutama perasaanya yang tak berubah. Walaupun ada sedikit kebencian, namun rasa kasih melebihi segalanya.
"Irash, It's me."
"Excuse me?"
Mia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Kenapa dengan awak Irash!
"Ini saya Mia. Awak kenapa Irash! Kenapa awak layan saya macam ni. It's hurts Irash. Sakit." Rintih Mia. Dadanya dipegang menahan rasa.
Sekali lagi wajah Irash berkerut. Riak muka Mia sedikit membuat hatinya sebak.
"Apa maksud awak? Saya betul-betul tak kenal siapa awak"
Hati Mia semakin sakit apabila mendengar ungkapan yang dirasakan bukan palsu atau gurauan. Wajah itu dipandang.
"Please let me know you are lying or let me know all this just a dream. Please Irash, say something!"
Irash melepaskan keluhan. What wrong with this girl? Jam ditangan dikerling sepintas.
"Yes I'm Irash but seriously miss, I really don't know who are you dan ini realiti. I'm sorry but could you aside? I'm in rushing"
Mahu menahan, tapi dirasakan yang dia sudah tak mampu. Irash.. Air matanya jatuh.
Haloaa? So how? Voteandcomment ye 💙
YOU ARE READING
Only LOVE Kau [C]
Novela Juvenil[Also known as; Cinta Highschool] Cinta? Adakah cinta sejati itu wujud? Cinta yang benar benar mengambarkan bagaimana perasaan itu. Saat bercinta semuanya terasa indah tetapi saat disakiti bagaikan semuanya hancur. Nak melupakannya sukar. Mengapa...