Pagi itu mia ke sekolah seperti biasa tetapi pada pagi tu secara tak sengaja mia bertembung dengan zaq. Bagi zaq memang tak ada apa apa tapi bagi mia. Oh no!
"Err zaq.." mia gelabah. Sebenarnya mia mahu bagitahu perkara sebenar pada lelaki itu kerana merasakan ini waktu yang sesuai. Dia tidak mahu lagi memberi harapan palsu buat zaq. Walaupun hatinya juga sedikit sebanyak mula mencintai lelaki itu.
"Saya nak bagitahu awak sesuatu"
"Apa?"
Zaq menanti...Mia memberanikan diri merenung tepat ke dalam anak mata zaq sebelum bercakap.
"Saya tahu awak sukakan saya kan.." Mia melihat zaq mengangguk dengan pertanyaannya."Tapi maaf saya tak boleh-"
"Cukup! Saya tak nak dengar" potong zaq
"Tapi saya-"
"Saya kata saya tak nak dengar", potong zaq lagi tetapi kali ini dia memutuskan untuk pergi dari situ.Mia yang geram melaung kuat nama zaq
"Zaq awak tak boleh petingkan diri!" Zaa mendengar nya berhenti melangkah. Dia tidak menoleh memandang mia tapi hanya mendengar."Awak kena faham saya! Saya tersepit antara dua orang, dua situasi dan dua perasaan! Saya buntu. Tolong.. tolong lupakan saya! Saya taknak awak mengharapkan cinta dari saya sebab saya tak boleh balas cinta awak tu. Jadi tolong.. tolong lupakan saya! Kalau boleh jangan jumpa saya lagi. Saya harap awak faham! Maafkan saya..." seusai meluahkan segalanya mia berlari pergi dari situ. Mia menangis terisak isak di tepi koridor. Mulutnya ditekup dengan tangan supaya tidak mengeluarkan suara.
Sebaliknya zaq masih tidak berganjak dari situ dan hanya memikirkan kata kata mia tadi. Sukar dia untuk menerima dan menelan setiap butir kata kata gadis itu.
Zaq meraup wajahnya kasar kemudian dia berlari entah kemana. Tapi yang pasti zaq tak akan mudah mengalah! Dan dia mesti cari mia!
*********
Dari tadi zaq hanya memerhati mia. Kemana gadis itu pergi pasti dia akan ikut. Nasib lah masuk dalam toilet dia tak ikut..
Selepas waktu persekolahan berakhir seperti selalu, mia akan pergi ke hospital melawat Irash termasuk hari ini juga. Hujung minggu ini irash dah dibenarkan pulang. Entah berita itu gembira atau tak. Hmm--
Mia yang pergi ke hospital pun diikuti zaq. Yang peliknya mia langsung tak perasaan dengan kehadiran zaq.
"Apa mia buat kat sini?" Kata zaq yang masih terus menerus mengikuti gadis itu kemana saja. Sampai didepan bilik irash, zaq tidak ikut masuk sebaliknya hanya memerhati dari luar.
"Ini kan bilik......"
Lama juga mia berada didalam. Hampir penat zaq menunggu. Sejam,dua jam berlalu tapi masih tiada tanda yang mia hendak keluar. Eishh!tak boleh jadi ni!
Tanpa rasa bersalah zaq menempuh masuk. Kelihatan mia dan seorang lelaki yg.. hahaha! Amat dikenalinya. Maybe. EH! Sedang berbual mesra tanpa menyedari kehadirannya disitu.
"Ehem,ehem"mendengar saja suara zaq,mia lantas menoleh. Terkejut mia melihat zaq yang berada disitu. Cepat cepat dia bangun menghampiri zaq.
"Zaq awak buat apa kat sini?" Kata mia sedikit berbisik. Takut nanti irash salah faham pulak.
"We need to talk" kata zaq ringkas.
"Tak ada apa apa yang nak dicakapkan lagi. Dah lebih baik awak keluar sekarang." Suruh mia.
"Selagi awak taknak cakap dengan saya selagi tuu saya akan ada disini" tegas zaq. Hadoii!!
"Iyelah iyelah,nanti kita bincang tapi sekarang saya nak awak keluar dari sini dulu. Please zaq..."
Zaq hanya menatap mia sekilas kemudian berlalu. Bukan berlalu keluar dari bilik itu tapi! Berlalu pergi ke arah irash yang terbaring di atas katil.
'Apa kau buat ni zaq?'"Zaq isyar, kawan mia" kata zaq. Eh tadi kata kenal sangat!
Zaq menghulurkan tangannya kepada irash dan irash menyambutnya seraya berkata
"Irash afif, teman lelaki mia qaysara"
________________
Huaaaaa apa ni? Zaq kenal irash ka? Irash kenal zaq ka? Diorang saling kenal ka? Ohmyy!! Huaaaa
Vote and comment
YOU ARE READING
Only LOVE Kau [C]
Teen Fiction[Also known as; Cinta Highschool] Cinta? Adakah cinta sejati itu wujud? Cinta yang benar benar mengambarkan bagaimana perasaan itu. Saat bercinta semuanya terasa indah tetapi saat disakiti bagaikan semuanya hancur. Nak melupakannya sukar. Mengapa...